Kita yang merupakan seorang anak, pekerja ataupun ada tanggunggan ini semestinya mesti sekurang-kurangnya membuat dua hingga tiga pinjaman yang penting untuk keperluan hidup. Contoh macam pinjaman kereta, pinjaman rumah ataupun pinjaman peribadi. Ini kerana anda merasakan anda boleh membayar balik semula komitmen tersebut. Akan tetapi berkemungkinan pinjaman anda itu boleh menjadi hutang lapuk jika anda tidak membayar balik pinjaman seperti dalam perjanjian atas faktor-faktor seperti, menggunakan duit untuk kecemasan, lewat bayar, mengutamakan duit ke perkara yang lain, kekurangan dana dan sebagainya. Jadi untuk mengelakkan anda dari mempunyai hutang yang akan membuat anda kena blacklist dengan bank, jom baca cara selesaikan hutang lapuk ini.
Apa maksud hutang lapuk
Hutang lapuk ini adalah satu hutang yang terhasil dari tunggakan pinjaman yang tak dibayar-bayar dan boleh mengakibatkan kesan buruk kepada kewangan anda dan menjadikan ianya lebih melarat jika dibiarkan begitu sahaja tanpa menyelesaikannya. Boleh juga membawa anda kepada muflis ataupun bankrap!
Cara-cara selesaikan hutang lapuk
Jika diri anda buntu dah nak buat macam mana selesaikan hutang-hutang lapuk ini, jangan risau ada caranya.
Jadi ini antara cara-cara nak selesaikan hutang lapuk anda.
1. Utamakan keperluan dari kehendak
Anda mesti dah biasa dengar keperluan dan kehendak ini apa. Tapi kadang-kala terlupa juga untuk guna cara selesaikan hutang lapuk ini.
Keperluan ini sesuatu benda yang diperlukan untuk rutin kehidupan seharian kita. Contoh macam, rumah/tempat tinggal, telefon bimbit, kereta, baju pakaian, makanan, elektrik, air dan lain-lain lagi. Manakala kehendak ini adalah seperti, fast food, pakaian dan barangan yang berjenama, melancong ke luar negara, membela haiwan peliharaan dan lain-lain.
Oleh itu bila anda sudah mendapatkan gaji atau mempunyai dana, digalakkan diri anda untuk bahagikan gaji anda untuk komitmen yang perlu dilunaskan dahulu. Contoh macam, loan kereta, loan rumah, pembayaran ansuran yang anda ambil, bil air, bil elektrik, bil telefon dan lain-lain lagi. Jangan lupa
Jika ada lebih dana atau wang untuk diri anda boleh sahaja belanjakan kehendak-kehendak yang anda inginkan. Tapi berpada-padalah dalam berbelanja itu.
2. Cara selesaikan hutang lapuk dengan bantuan bank dan perancangan kewangan
Kita tahu memang pihak bank yang luluskan dan bagi pinjaman dekat kita dan mereka juga yang akan blacklist nama kita kalau biarkan pinjaman jadi hutang lapuk. Anda perlu membersihkan nama dari blacklist. Kalau tidak, nama akan jadi busuk.
Sebenarnya, anda sebagai peminjam yang tidak dapat nak bayar pinjaman secara on time, boleh buat perbincangan dengan pihak bank untuk bantu rancang balik pembayaran yang tertangguh itu semula. Contoh macam, tarikh due date itu bila dan berapa bayaran setiap bulan yang anda mampu bayar dan juga sebagainya. So dari situ, kalau ada tunggakan yang berlaku boleh dielakkan menjadi hutang lapuk.
Selain itu juga, anda boleh juga pilih cara selesaikan hutang lapuk dengan mendapat bantuan perancang kewangan. Perancang kewangan yang bertauliah dan berlesen. Anda boleh sahaja tanyakan kawan-kawan anda yang menjadi financial planner ataupun mencari di internet.
Ini kerana perancang kewangan ini akan menasihatkan anda dan memberi guide untuk bayar apa dahulu dan macam mana nak hapuskan hutang lapuk anda.
3. Selesaikan hutang kad kredit dan kad visa anda
Ini antara sebab-sebab mengapa hutang lapuk menjadi semakin banyak juga. Hanya disebabkan hutang kad kredit dan kad visa yang dibiarkan begitu sahaja tanpa membuat perbincangan dengan bank.
Sebenarnya kad kredit dan juga kad visa anda boleh dielakkan menjadi hutang lapuk dengan cara, membelanjakan kad tersebut tidak sehingga kadar maksima.
Dalam pada masa yang sama, untuk pengetahuan anda, dana di dalam kad kredit dan juga kad visa anda boleh dipindah milikkan kepada akaun bank lain dengan kadar faedah yang rendah sehingga 0%. Tapi itu bagi sesetengah banklah. Bukanlah semua. Tanya dahulu dengan pihak bank macam mana. Jadi dari situ kau boleh settlekan segala hutang lapuk yang ada dan dalam pada masa yang sama, kau boleh elakkan kad kredit dan kad visa anda ada hutang lapuk.
4. Buat jualan barangan yang tidak dipakai
Apabila tengok sekeliling rumah anda itu, rasa macam rimas pula tengok barang ada sana sini. Kalau nak buang sayang orang ada hadiahkan mahupun belanja. Tapi hidup pula sekarang ini penuh dengan hutang lapuk sana sini.
Jadi apa kata dari simpan barang-barang yang tak terusik langsung itu sampai jadi berhabuk, baik anda jual sahaja.
Zaman sekarang ini ada pelbagai aplikasi yang boleh digunakan untuk jual barang-barang anda yang tak terpakai itu. Contohnya macam, Carousell, Shopee, Lazada. Dekat sosial media pun boleh, dekat Facebook, TikTok ataupun Instagram.
Katakanlah anda ada barang yang vintage ataupun rare, kaji harga sebenar dia dan harga pasaran sekarang ini. Kalau melalui kajian itu, barang anda sangat tinggi nilainya, letakkanlah harga seperti di pasaran.
5, Cuba lakukan kerja sambilan
Ini antara cara yang paling senang dan memudahkah untuk anda kalau nak selesaikan hutang lapuk.
Kerja sambilan ini atau part time tak semestinya kena kerja di pasaraya 24 jam ataupun kena keluar dari rumah. Anda boleh lakukan kerja sambilan dari rumah.
Misalnya kalau anda ada bakat dalam memasak, boleh jual makanan atau dessert dari rumah. Kalau anda ada bakat dalam bidang design, boleh jadi graphic designer freelance dan kerja sambilan yang lain-lain.
Melalui wang kerja sambilan ini, anda akan ada side income selain gaji anda. Kumpul-kumpul lama-lama jadi bukit.
6. Ini cara selesaikan hutang lapuk paling berkesan!
Cara ini yang paling utama dan penting sebenarnya. Mungkin diri kita tidak tekankan perkara ini bermula dari lakukan apa-apa pinjaman ataupun ansuran.
Caranya adalah bayar pinjaman dan ansuran tepat pada waktunya!
Mudah sahajakan?
Dia macam ini. Katakanlah anda seorang yang pelupa nak bayar komitmen ikut due date, minta sesiapa ingatkan ataupun buat memo dekat telefon bimbit anda. Tak adalah tertangguh.
Akhir kata
Jadi macam mana, susah ke senang nak selesaikan hutang-hutang lapuk yang ada itu? Kalau senang, Alhamdulillah.
Bagus juga anda ada inisiatif untuk selesaikan hutang-hutang itu sebabnya tidaklah memudaratkan diri anda mahupun orang sekeliling anda untuk masa akan datang. Bak kata pepatah, sediakanlah payung sebelum hujan.
Untuk yang ada kereta, lebih bagus kalau cepat-cepat buat full settlement loan kereta supaya bebas hutang.
Selamat maju jaya dari kami!
Semoga dipermudahkan segala urusan.