What's Hot

    Aku tahu, kau sekarang tengah tercari-cari cara macam mana nak print statement Bank Rakyat kan? Google sana, Google sini, tapi masih tak jumpa.

    Jangan risau, aku akan kongsikan dengan kau.

    Cara Print Statement Bank Rakyat Online

    Untuk dapatkan penyata Bank Rakyat, kau perlu ada Internet Banking Bank Rakyat. Kalau tidak, memang tak boleh masuk dalam Perbankan Internet iRakyat.

    Ini langkah-langkah ringkas untuk kau download dan Print Statement Bank Rakyat.

    1. Layari laman web rasmi Bank Rakyat di sini: https://www.irakyat.com.my
    2. Kau kini berada di laman utama Perbankan Internet Bank Rakyat
    3. Login irakyat.com.my seperti biasa
    4. Masukkan Username
    5. Sahkan frasa Secure Phrase seperti yang terpapar
    6. Masukkan Password
    7. Tekan butang Login
    8. Kalau semuanya berjalan lancar, kau akan masuk ke dalam dashboard iRakyat
    9. Pilih pada Account Info > Account Overview
    10. Pilih akaun seperti yang terpapar
    11. Klik pada Account Detail untuk mendapatkan maklumat terperinci
    12. Klik View Transaction History untuk melihat sejarah transaksi sebelum-sebelum ini
    13. Klik Transaction History Period untuk memilih tarikh atau bulan yang dikehendaki
    14. Download statement Bank Rakyat yang dikehendaki
    15. Buka penyata yang dimuat turun sebentar tadi dalam format PDF
    16. Untuk mencetak, pastikan ada sambungan ke printer
    17. Tekan butang Print
    18. Selesai

    Jangan kau buat-buat terkejut tengok baki duit simpanan Bank Rakyat kau yang tak berapa banyak itu.

     

    Ada Cara Print Mini Statement Bank Rakyat di ATM?

    Ya, memang ada cara untuk kau dapatkan statement Bank Rakyat melalui ATM.

    Selalunya, ia dipanggil penyata mini Bank Rakyat yang bertujuan untuk melihat transaksi terkini.

    Ikuti panduan mudah ini:

    1. Cucuk kad ATM Bank Rakyat kau ke dalam ruangan kad mesin ATM
    2. Pilih Bahasa yang ingin kau gunakan untuk berurusan di ATM
    3. Masukkan nombor PIN ATM kau
    4. Tunggu seketika
    5. Pada laman menu utama, tekan Lain-Lain Urusniaga
    6. Tekan Khidmat Penyata
    7. Tekan Penyata Mini
    8. Tekan Cetak
    9. Tunggu seketika
    10. Penyata mini kau yang selesai dicetak akan keluar
    11. Selesai

     

    Boleh Download Penyata Bank Rakyat Guna App iRakyat?

    Ya, memang boleh.

    Cuma aku tak rajin nak tulis guide Bank Rakyat ini sebab caranya agak renyah.

    Kena download apps Bank Rakyat, login, klik sana, klik sini.

    Leceh.

    Tapi kalau kau rajin, boleh sahaja cuba cara untuk dapatkan statement Bank Rakyat guna apps iPhone dan Android.

    • Untuk iPhone, download iRakyat Mobile Banking melalui Apple App Store
    • Untuk Android, download iRakyat Mobile Banking melalui Google Play

    Aku harap, kau boleh godek-godek sendiri nanti.

     

    Kenapa Perlu Print Statement Bank Rakyat
    Terkini?

    Ada banyak sebab seseorang itu memerlukan penyata terkini Bank Rakyat.

    Selalunya, mereka-mereka ini mahukan statement Bank Rakyat untuk membuat permohonan pinjaman kereta, pinjaman rumah ataupun pinjaman peribadi Bank Rakyat.

    Ini kerana bank-bank seperti Bank Rakyat perlu mengesahkan pendapatan kau.

    Takkan Bank Rakyat nak bagi kau pinjam duit tapi kau tak ada gaji bulanan.

    Ini penting bagi Bank Rakyat untuk pastikan kau mampu bayar komitmen bulanan.

    Untuk penyata mini Bank Rakyat melalui ATM, selalunya ia adalah untuk simpanan peribadi.

    Kadang-kadang, ada orang yang memang sengaja cetak penyata mini untuk lihat transaksi Bank Rakyat
    terkini.

     

    Akhir kata

    Diharapkan agar perkongsian berkenaan cara print statement Bank Rakyat secara online dan juga melalui ATM ini akan memudahkan lagi urusan perbankan kau.

    Semoga bermanfaat.

    Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

    Leave A Reply