Aku tahu, kau sekarang tengah tercari-cari cara macam mana nak print statement Hong Leong Bank
kan? Google sana, Google sini, tapi masih tak jumpa.
Jangan risau, aku akan kongsikan dengan kau.
Cara Print Statement Hong Leong Bank Online
Untuk dapatkan penyata Hong Leong Bank, kau perlu ada Internet Banking Hong Leong Bank. Kalau tidak, memang tak boleh masuk.
Ini langkah-langkah ringkas untuk kau download dan print statement Hong Leong Bank:
- Layari laman web rasmi Hong Leong Bank di sini: https://www.hongleongconnect.my
- Anda kini berada di laman utama Perbankan Internet Hong Leong Bank
- Login hongleongconnect.my seperti biasa
- Masukkan Username
- Sahkan gambar keselamatan iaitu Security Picture yang terpapar
- Masukkan Password
- Tekan Login
- Kalau semuanya berjalan lancar, anda akan masuk ke dalam dashboard Hong Leong Connect
- Pilih menu Statement/Invoice
- Klik Online Statement
- Pilih akaun sama ada Savings atau Current Account
- Pilih Download Statement untuk muat turun penyata bank terbaru
- Pilih View History untuk melihat tarikh dan bulan yang dikehendaki
- Download statement Hong Leong Bank tersebut
- Buka penyata yang dimuat turun sebentar tadi dalam format PDF
- Untuk mencetak, pastikan ada sambungan ke printer
- Tekan butang Print
- Selesai
Jangan kau buat-buat terkejut tengok baki duit simpanan Hong Leong Bank kau yang tak berapa banyak itu.
Ada Cara Print Statement Mini Hong Leong Bank di ATM?
Ya, memang ada cara untuk kau dapatkan statement Hong Leong Bank melalui ATM.
Selalunya, ia dipanggil penyata mini Hong Leong Bank.
Walau bagaimanapun, tak semua bank ada fungsi ini.
Memandangkan aku tak ada akaun Hong Leong, aku tak dapat nak share dengan lebih terperinci.
Secara umumnya, kau boleh cuba langkah-langkah berikut:
- Cucuk kad ATM Hong Leong Bank kau
- Masukkan nombor PIN
- Cari fungsi Penyata Mini
- Tekan menu Penyata Mini di ATM
- Tunggu sebentar
- Cetakan resit kecil akan keluar
- Statement mini akan terpapar
- Selesai
Boleh Download Penyata Hong Leong Bank Guna Apps?
Ya, memang boleh.
Cuma aku tak rajin nak tulis guide Hong Leong Bank ini sebab caranya agak renyah.
Kena download apps Hong Leong Bank, login, klik sana, klik sini.
Leceh.
Tapi kalau kau rajin, boleh sahaja cuba cara untuk dapatkan statement Hong Leong Bank guna apps iPhone dan Android.
- Untuk iPhone, download HLB Connect Mobile Banking App di Apple App Store
- Untuk Android, download HLB Connect Mobile Banking App di Google Play
Kenapa Perlu Cetak Penyata Hong Leong Bank
Terkini?
Ada banyak sebab seseorang itu memerlukan penyata terkini Hong Leong Bank.
Selalunya, mereka-mereka ini mahukan statement Hong Leong Bank untuk membuat permohonan pinjaman kereta, pinjaman rumah ataupun pinjaman peribadi dengan Hong Leong Bank.
Ini kerana bank-bank seperti Hong Leong Bank perlu mengesahkan pendapatan kau.
Takkan Hong Leong Bank nak bagi kau pinjam duit tapi kau tak ada gaji bulanan.
Ini penting bagi Hong Leong Bank untuk pastikan kau mampu bayar komitmen bulanan.
Untuk penyata mini Hong Leong Bank melalui ATM, selalunya ia adalah untuk simpanan peribadi.
Kadang-kadang, ada orang yang memang sengaja cetak penyata mini untuk lihat transaksi Hong Leong Bank terkini.
Akhir kata
Diharapkan agar perkongsian berkenaan cara print statement Hong Leong Bank secara online dan juga melalui ATM ini akan memudahkan lagi urusan perbankan kau.
Ingat, semasa isi borang untuk apa-apa permohonan dengan Hong Leong Bank nanti, isi betul-betul.
Pastikan print statement dari HLB Connect tersebut elok-elok sebelum submit sebagai dokumen sokongan.
Baru cantik mata memandang.
Semoga bermanfaat.