What's Hot

    Tengah cari cara nak cetak penyata UOB Bank ke tu? Bertenang. Jangan menggelabah sangat.

    Tarik nafas dalam-dalam. Aku ada caranya.

    Cara Cetak Penyata UOB Bank Online

    Untuk dapatkan penyata UOB Bank, kau perlu ada Internet Banking UOB Bank. Kau kena login siap-siap.

    Ini cara mudah untuk kau download dan cetak penyata UOB Bank.

    1. Pergi ke website UOB Bank di sini: https://pib.uob.com.my
    2. Pastikan ada berada di laman utama Internet Banking UOB Bank
    3. Login uob.com.my seperti biasa
    4. Masukkan USERNAME
    5. Sahkan frasa Secret Word seperti yang terpapar
    6. Masukkan PASSWORD
    7. Tekan butang Login
    8. Sekiranya tidak ada masalah untuk log masuk, anda akan masuk ke dalam dashboard UOB Bank
    9. Klik Overview > e-Statement
    10. 

Sila buat pengesahan melalui aplikasi UOB Mighty (jika ada)
    11. Klik Latest statement untuk penyata bulan terkini
    12. Klik Previous statement untuk penyata bulan-bulan terdahulu
    13. Jika tidak, sila pilih tarikh atau bulan yang dikehendaki
    14. Download statement UOB Bank tersebut
    15. Buka penyata yang dimuat turun sebentar tadi dalam format PDF
    16. Kalau nak print, sila buat sambungan pada pencetak
    17. Tekan butang Print
    18. Selesai

    Kalau baki duit simpanan UOB Bank kau ada juta-juta, jangan boros pulak.

     

    Macam Mana Nak Cetak Penyata Mini UOB Bank di ATM?

    Selain daripada dapatkan penyata yang berhelai-helai melalui laman web UOB Bank, kau juga boleh dapatkan penyata mini.

    Cuma bukan semua bank menyediakan fungsi mencetak penyata mini melalui ATM.

    Tapi kau boleh cuba.

    Apa yang nak kongsi cuma langkah-langkah umum:

    1. Cuba cucuk kad ATM UOB Bank
    2. Cari menu Penyata Mini
    3. Ini kalau kau pilih menu Bahasa Melayu
    4. Tapi kalau kau pilih pilihan bahasa sebagai English, kau cuba cari menu Mini Statement
    5. Pilih menu tersebut
    6. Kertas resit kecil akan dicetak keluar melalui ATM
    7. Selesai

    Tak susah mana pun.

    Cuma kena godek-godek sikit apa yang ada dalam paparan ATM UOB Bank tersebut.

     

    Nak Muat Turun Penyata Guna Apps UOB Mighty Boleh Tak?

    Apa pulak tak boleh.

    Memang boleh.

    Cuma aku malas nak tulis panduan untuk dapatkan penyata UOB Bank menggunakan aplikasi yang sedia ada di App Store dan Play Store.

    Guna web UOB Bank pun dah cukup sebenarnya.

    Tapi kalau nak nak cuba, silakan download app UOB Bank sendiri.

    • Bagi iPhone, boleh muat turun aplikasi UOB Mighty melalui Apple App Store
    • Bagi Android, boleh muat turun aplikasi UOB Mighty melalui Google Play

     

    Penting ke Penyata UOB Bank Terkini?

    Untuk hari-hari biasa yang tak ada apa-apa, penyata UOB Bank memang tak penting.

    Tapi bila kau perlu buat permohonan apa-apa, ia memang diperlukan.

    Contohnya, apabila kau nak apply loan kereta, loan rumah ataupun personal loan, kau perlu sediakan penyata UOB Bank.

    Biasalah, bank pun nak tahu kau mampu bayar hutang atau tidak nanti.

    Kebiasaannya, penyata UOB Bank yang diperlukan adalah 3 bulan dan 6 bulan. Ada juga yang minta statement setahun.

    Cuma untuk penyata mini UOB Bank, ia tak boleh digunakan untuk apa-apa permohonan. Ini kerana statement mini ini hanyalah sekadar simpanan peribadi sahaja.

     

    Akhir kata

    Aku harap perkongsian tentang cara print statement UOB Bank secara online dan juga melalui ATM ini akan memudahkan lagi urusan perbankan kau.

    Semoga bermanfaat.

    Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

    Leave A Reply