Tengah cari cara nak cetak penyata Bank Rakyat ke tu? Bertenang. Jangan menggelabah sangat.
Tarik nafas dalam-dalam. Aku ada caranya.
Cara Cetak Penyata Bank Rakyat Online
Untuk dapatkan penyata Bank Rakyat , kau perlu ada Internet Banking Bank Rakyat . Kau kena login siap-siap.
Ini cara mudah untuk kau download dan cetak penyata Bank Rakyat.
- Pergi ke website Bank Rakyat di sini: https://www.irakyat.com.my
- Pastikan ada berada di laman utama Internet Banking Bank Rakyat
- Login irakyat.com.my seperti biasa
- Masukkan Username
- Sahkan frasa Secure Phrase seperti yang terpapar
- Masukkan Password
- Tekan butang Login
- Sekiranya tidak ada masalah untuk log masuk, anda akan masuk ke dalam dashboard iRakyat
- Pilih pada Account Info > Account Overview
- Pilih akaun seperti yang terpapar
- Klik pada Account Detail untuk mendapatkan maklumat terperinci
- Klik View Transaction History untuk melihat sejarah transaksi sebelum-sebelum ini
- Klik Transaction History Period untuk memilih tarikh atau bulan yang dikehendaki
- Download statement Bank Rakyat yang dikehendaki
- Buka penyata yang dimuat turun sebentar tadi dalam format PDF
- Kalau nak print, sila buat sambungan pada pencetak
- Tekan butang Print
- Selesai
Kalau baki duit simpanan Bank Rakyat kau ada juta-juta, jangan boros pulak.
Macam Mana Nak Cetak Penyata Mini Bank Rakyat di ATM?
Selain daripada dapatkan penyata yang berhelai-helai melalui laman web Bank Rakyat , kau juga boleh dapatkan penyata mini.
Cuma bukan semua bank menyediakan fungsi mencetak penyata mini melalui ATM.
Tapi kau boleh cuba.
- Cucuk kad ATM Bank Rakyat anda ke dalam ruangan kad
- Pilih Bahasa yang ingin anda gunakan untuk berurusan di ATM
- Masukkan Nombor PIN ATM anda
- Tunggu seketika
- Pada laman menu utama, tekan Lain-Lain Urusniaga
- Tekan Khidmat Penyata
- Tekan Penyata Mini
- Tekan Cetak
- Tunggu seketika
- Penyata mini anda yang selesai dicetak akan keluar
- Selesai
Nak Download Penyata Bank Guna Apps iRakyat Mobile Boleh Tak?
Apa pulak tak boleh.
Memang boleh.
Cuma aku malas nak tulis panduan untuk dapatkan penyata Bank Rakyat menggunakan aplikasi yang sedia ada di App Store dan Play Store.
Guna web Bank Rakyat pun dah cukup sebenarnya.
Tapi kalau nak nak cuba, silakan download app Bank Rakyat sendiri.
- Bagi pengguna iPhone, muat turun aplikas iRakyat Mobile Banking melalui Apple App Store
- Bagi pengguna Android, muat turun aplikas iRakyat Mobile Banking melalui Google Play
Penting ke Penyata Bank Rakyat
Terkini?
Untuk hari-hari biasa yang tak ada apa-apa, penyata Bank Rakyatmemang tak penting.
Tapi bila kau perlu buat permohonan apa-apa, ia memang diperlukan.
Contohnya, apabila kau nak apply loan kereta, loan rumah ataupun personal loan, kau perlu sediakan penyata Bank Rakyat.
Biasalah, bank pun nak tahu kau mampu bayar hutang atau tidak nanti.
Kebiasaannya, penyata Bank Rakyat yang diperlukan adalah 3 bulan dan 6 bulan. Ada juga yang minta statement setahun.
Cuma untuk penyata mini Bank Rakyat, ia tak boleh digunakan untuk apa-apa permohonan. Ini kerana statement mini ini hanyalah sekadar simpanan peribadi sahaja.
Akhir kata
Aku harap perkongsian tentang cara print statement Bank Rakyat secara online dan juga melalui ATM ini akan memudahkan lagi urusan perbankan kau.
Semoga bermanfaat.