Tengah cari cara nak cetak penyata Agrobank ke tu? Bertenang. Jangan menggelabah sangat.

Tarik nafas dalam-dalam. Aku ada caranya.

Cara Cetak Penyata Agrobank Online

Untuk dapatkan penyata Agrobank, kau perlu ada Internet Banking Agrobank. Kau kena login siap-siap.

Ini cara mudah untuk kau download dan cetak penyata Agrobank.

  1. Pergi ke website Agrobank di sini: https://www.agronet.com.my
  2. Pastikan ada berada di laman utama Internet Banking Agrobank
  3. Login agronet.com.my seperti biasa
  4. Masukkan Username
  5. Sahkan Security Image seperti yang terpapar
  6. Masukkan Password
  7. Tekan butang Submit
  8. Sekiranya tidak ada masalah untuk log masuk, anda akan masuk ke dalam dashboard Agrobank online
  9. Klik Accounts and Banking
  10. Klik Deposit Accounts
  11. Pilih akaun yang anda mahukan dapatkan penyata bank
  12. Pilih e-Statement
  13. Pilih tempoh melalui Statement Period
  14. Download statement Agrobank yang dikehendaki
  15. Buka penyata yang dimuat turun sebentar tadi dalam format PDF
  16. Kalau nak print, sila buat sambungan pada pencetak
  17. Tekan butang Print
  18. Selesai

Kalau baki duit simpanan Agrobank kau ada juta-juta, jangan boros pulak.

 

Macam Mana Nak Cetak Penyata Mini Agrobank di ATM?

Selain daripada dapatkan penyata yang berhelai-helai melalui laman web Agrobank, kau juga boleh dapatkan penyata mini.

Cuma bukan semua bank menyediakan fungsi mencetak penyata mini melalui ATM.

Tapi kau boleh cuba.

 

Nak Muat Turun Penyata Guna Aplikasi AGRONet Mobile Boleh Tak?

Apa pulak tak boleh.

Memang boleh.

Cuma aku malas nak tulis panduan untuk dapatkan penyata Agrobank menggunakan aplikasi yang sedia ada di App Store dan Play Store.

Guna web Agrobank pun dah cukup sebenarnya.

Tapi kalau nak nak cuba, silakan download app Agrobank sendiri.

  • Bagi pengguna iPhone, sila muat turun aplikasi AGRONet Mobile melalui Apple App Store
  • Bagi pengguna Android, sila muat turun aplikasi AGRONet Mobile melalui Google Play

 

Penting ke Penyata Agrobank Terkini?

Untuk hari-hari biasa yang tak ada apa-apa, penyata Agrobank memang tak penting.

Tapi bila kau perlu buat permohonan apa-apa, ia memang diperlukan.

Contohnya, apabila kau nak apply loan kereta, loan rumah ataupun personal loan, kau perlu sediakan penyata Agrobank.

Biasalah, bank pun nak tahu kau mampu bayar hutang atau tidak nanti.

Kebiasaannya, penyata Agrobank yang diperlukan adalah 3 bulan dan 6 bulan. Ada juga yang minta statement setahun.

Cuma untuk penyata mini Agrobank, ia tak boleh digunakan untuk apa-apa permohonan. Ini kerana statement mini ini hanyalah sekadar simpanan peribadi sahaja.

 

Akhir kata

Aku harap perkongsian tentang cara print statement Agrobank secara online dan juga melalui ATM ini akan memudahkan lagi urusan perbankan kau.

Semoga bermanfaat.

Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

Leave A Reply