Tengah cari cara nak cetak penyata BSN ke tu? Bertenang. Jangan menggelabah sangat.
Tarik nafas dalam-dalam. Aku ada caranya.
Cara cetak penyata BSN online
Untuk dapatkan penyata BSN, kau perlu ada internet banking BSN. Kau kena login siap-siap.
Ini cara mudah untuk kau download dan cetak penyata BSN:
- Pergi ke website BSN di sini: https://www.mybsn.com.my
- Pastikan kau berada di laman utama internet banking BSN
- Login mybsn.com.my seperti biasa
- Masukkan Username
- Sahkan Security Image seperti yang terpapar
- Masukkan Password
- Tekan butang Login
- Sekiranya tidak ada masalah untuk log masuk, kau akan masuk ke dalam dashboard BSN online
- Klik Account Overview
- Klik E-Statement
- Pilih akaun kau seperti yang terpapar
- Pilih Statement Period, iaitu tempoh tarikh atau bulan yang dikehendaki
- Download statement BSN yang dikehendaki
- Buka penyata yang dimuat turun sebentar tadi dalam format PDF
- Kalau nak print, sila buat sambungan pada pencetak
- Tekan butang Print
- Selesai
Kalau baki duit simpanan BSN kau ada juta-juta, jangan boros pulak.
Macam mana nak cetak penyata mini BSN di ATM?
Selain daripada dapatkan penyata yang berhelai-helai melalui laman web BSN, kau juga boleh dapatkan penyata mini.
Cuma bukan semua bank menyediakan fungsi mencetak penyata mini melalui ATM.
Tapi kau boleh cuba cara ini:
- Cucuk kad ATM BSN kau
- Pilih Bahasa
- Kami sarankan pilih Bahasa Melayu sebab lebih mudah faham
- Masukkan PIN
- Pilih Penukaran Pin / Urusan Lain
- Pilih Penyata Mini
- Tunggu sebentar
- Penyata ringkas akan dicetak keluar
- Selesai
*Caj 50 sen akan dikenakan dalam akaun kau.
Nak muat turun penyata BSN guna app boleh tak?
Apa pulak tak boleh.
Memang boleh.
Cuma BSN memang tak ada sediakan aplikasi telefon pintar untuk personal user. Kalau ada pun hanya untuk corporate user sahaja.
Jadi, kau guna web BSN pun dah cukup sebenarnya.
Penting ke e-statement BSN terkini?
Untuk hari-hari biasa yang tak ada apa-apa, penyata BSN memang tak penting.
Tapi bila kau perlu buat apa-apa permohonan, ia memang diperlukan.
Contohnya, apabila kau nak apply loan kereta, loan rumah ataupun personal loan, kau perlu sediakan penyata BSN.
Biasalah, bank pun nak tahu kau mampu bayar hutang atau tidak nanti.
Kebiasaannya, penyata BSN yang diperlukan adalah 3 bulan dan 6 bulan. Ada juga yang minta statement setahun.
Cuma untuk penyata mini BSN, ia tak boleh digunakan untuk apa-apa permohonan. Ini kerana statement mini ini hanyalah sekadar simpanan peribadi sahaja.
Akhir kata
Aku harap perkongsian tentang cara print statement BSN secara online dan juga melalui ATM ini akan memudahkan lagi urusan perbankan kau.
Semoga bermanfaat.