Tengah cari cara nak cetak penyata RHB Bank ke tu? Bertenang. Jangan menggelabah sangat.
Tarik nafas dalam-dalam. Aku ada caranya.
Cara Cetak Penyata RHB Bank Online
Untuk dapatkan penyata RHB Bank, kau perlu ada Internet Banking RHB Bank. Kau kena login siap-siap.
Ini cara mudah untuk kau download dan cetak penyata RHB Bank.
- Pergi ke website RHB Bank di sini: https://logon.rhb.com.my
- Pastikan ada berada di laman utama Internet Banking RHB Bank
- Login logon.rhb.com.my seperti biasa
- Masukkan Username
- Sahkan frasa Secret Word yang terpapar
- Masukkan Password
- Tekan Login
- Sekiranya tidak ada masalah untuk log masuk, kau akan masuk ke dalam dashboard RHB Now
- Pilih My Account > eStatement Management
- Pilih Saving Account
- Klik Next
- Sila ke bahagian eStatement Registration / Cancellation
- Pilih View Online
- Klik Preview
- Selepas itu, klik My Accounts sekali lagi
- Pilih View e-Statement
- Pilih Savings Account
- Pilih tarikh atau bulan yang dikehendaki
- Download statement RHB Bank tersebut
- Buka penyata yang dimuat turun sebentar tadi dalam format PDF
- Kalau nak print, sila buat sambungan pada pencetak
- Tekan butang Print
- Selesai
Kalau baki duit simpanan RHB Bank kau ada juta-juta, jangan boros pulak.
Macam Mana Nak Cetak Penyata RHB Bank Mini di ATM?
Selain daripada dapatkan penyata yang berhelai-helai melalui laman web RHB Bank, kau juga boleh dapatkan penyata mini.
Cuma bukan semua bank menyediakan fungsi mencetak penyata mini melalui ATM.
Secara umumnya, kau boleh cuba langkah-langkah berikut:
- Cucuk kad ATM RHB Bank kau
- Masukkan nombor PIN
- Cari fungsi Penyata Mini
- Tekan menu Penyata Mini di ATM
- Tunggu sebentar
- Cetakan resit kecil akan keluar
- Statement mini akan terpapar
- Selesai
Nak Muat Turun Penyata Guna Aplikasi RHB Mobile Banking Boleh Tak?
Apa pulak tak boleh.
Memang boleh.
Cuma aku malas nak tulis panduan untuk dapatkan penyata RHB Bank menggunakan aplikasi yang sedia ada di App Store dan Play Store.
Guna web RHB Bank pun dah cukup sebenarnya.
Tapi kalau nak nak cuba, silakan download app RHB Bank sendiri.
- Untuk iPhone, muat turun aplikasi RHB Mobile Banking di Apple App Store
- Untuk Android, muat turun aplikasi RHB Mobile Banking di Google Play
Penting ke e-statement RHB Bank Terkini?
Untuk hari-hari biasa yang tak ada apa-apa, penyata RHB Bank memang tak penting.
Tapi bila kau perlu buat permohonan apa-apa, ia memang diperlukan.
Contohnya, apabila kau nak apply loan kereta, loan rumah ataupun personal loan, kau perlu sediakan penyata RHB Bank.
Biasalah, bank pun nak tahu kau mampu bayar hutang atau tidak nanti.
Kebiasaannya, penyata RHB Bank yang diperlukan adalah 3 bulan dan 6 bulan. Ada juga yang minta statement setahun.
Cuma untuk penyata mini RHB Bank, ia tak boleh digunakan untuk apa-apa permohonan. Ini kerana statement mini ini hanyalah sekadar simpanan peribadi sahaja.
Akhir kata
Aku harap perkongsian tentang cara print statement RHB Bank secara online dan juga melalui ATM ini akan memudahkan lagi urusan perbankan kau.
Semoga bermanfaat.