Biasanya, ketika kita urgent nak guna sesuatu, masa itulah dia ada masalah. Anda yang sampai ke sini, mesti nak tahu kenapa Maybank2u tak boleh login bukan?
Jangan risau kami akan kongsikan kenapa masalah login ini berlaku.
Kena tak boleh login Maybank?
Kenapa Maybank2u tak boleh login?
Ada beberapa sebab utama Maybank2u tak boleh login. Antara sebab-sebabnya termasuklah:
- Masalah rangkaian: Pastikan anda mempunyai sambungan internet yang stabil dan cuba untuk muat semula laman web Maybank2u.
- Kesalahan ID pengguna atau kata laluan: Pastikan anda memasukkan ID pengguna dan kata laluan yang betul. Jika anda lupa kata laluan anda, ikuti langkah-langkah untuk menetapkan semula kata laluan.
- Akaun Maybank2u sudah tidak aktif: Akaun Maybank akan deactivate secara automatik apabila tidak digunakan lebih daripada 6 bulan.
- Akauan Maybank2u kena block: Apabila anda cuba memasukkan password yang salah banyak kali, mungkin akan kena block. Apabila ini berlaku, anda perlu hubungi pihak Maybank untuk unblock akaun anda semula.
- Penyelenggaraan sistem: Terkadang, Maybank mungkin menjalankan penyelenggaraan sistem, yang menyebabkan laman web atau aplikasi tidak dapat diakses. Dalam kes ini, tunggu sebentar dan cuba sekali lagi kemudian.
- Masalah peramban atau aplikasi: Pastikan anda menggunakan versi terkini peramban web atau aplikasi Maybank2u. Jika masalah berlanjutan, cuba gunakan peramban atau peranti yang berbeza.
- Sekatan akaun: Akaun anda mungkin disekat jika terdapat aktiviti mencurigakan atau jika anda memasukkan kata laluan yang salah berulang kali. Hubungi pusat khidmat pelanggan Maybank untuk bantuan lebih lanjut.
Selepas berjaya login nanti, anda boleh semak nombor akaun Maybank.
Tak boleh login Maybank2u, boleh login app MAE guna password yang sama tak?
Laman web Maybank2u dan MAE, kedua-duanya menggunakan username dan password yang sama. Kalau anda boleh login Maybank2u, anda juga boleh login MAE.
Namun, ada pengecualian.
Dalam kes-kes tertentu, ada juga kemungkinan servis MAE mempunyai masalah dan anda hanya akan mempunyai masalah untuk log masuk MAE sahaja.
Boleh log masuk Maybank, tapi kenapa Information not available?
Sekiranya anda boleh login ke dalam sistem Maybank2u, itu satu berita baik.
Cuma apa yang menjadi masalah ialah anda hanya akan dapat lihat paparan Information not available. Ini akan menyebabkan anda tidak dapat melihat Current balance, Available balance dan Choose an action.
Sila ambil maklum bahawa Information not available ini bukan hanya pada Maybank sahaja. Ia juga terpakai untuk MAE.
Apabila ini berlaku pada akaun Maybank atau MAE anda, anda perlu menunggu pihak Maybank menyelesaikan perkara ini. Untuk berita yang lebih pantas, ada baiknya anda follow akaun Twitter Maybank di @MyMaybank
Kenapa Maybank2u tak boleh transfer duit?
Ada beberapa sebab di mana anda tidak boleh transfer duit melalui Maybank2u.
Namun, sebab paling utama ialah anda cuba transfer lebih daripada limit yang ditetapkan.
Ramai yang mengadu mereka tidak boleh transfer lebih daripada RM1000. Sekiranya ini berlaku, anda boleh rujuk cara tukar limit Maybank2u.
Anda juga perlu menghubungi pihak Maybank Group Customer Care di talian 1300 88 66 88 untuk menyelesaikan masalah ini.
Akhir kata
Jangan panik jika tidak boleh login Maybank2u. Sekiranya anda mengamalkan langkah-langkah keselamatan yang ketat, akaun Maybank anda masih lagi selamat dan tidak digodam.
Pastikan berurusan terus dengan pihak Maybank untuk menyelesaikan segala permasalah berkaitan perbankan online. Hati-hati dengan scammer.
Semoga dipermudahkan segala urusan.
1 Comment
Nak tanya MAE memang tak ada password utk tengok akaun ke ?sebab kadang2 anak main handphone ni risau dia tengok2 baki dalam akaun