Jangan menggelabah kalau login MyBSN tapi tak jumpa cara macam mana nak buat BSN online transfer. Dan jangan nak banding-banding servis MyBSN dengan perbankan Internet yang lain seperti Maybank2u, CIMB Clicks dan lain-lain. Masing-masing ada pros dan cons.
Izinkan kami berkongsi.
Kenapa BSN online tiada transfer?
Cakap tak pandai, nanti marah. Siapa kata tak boleh buat transfer? Jangan suka-suka hati menuduh.
Sebenarnya ada. Cuma sekarang terma yang digunakan untuk transfer duit BSN ke BSN atau bank-bank lain ialah DuitNow. Jangan buat-buat tak tahu. DuitNow menjadi semakin popular dengan penggunaan e-Wallet.
Jadi, BSN online transfer sekarang guna DuitNow?
Ya.
Apa-apa pindahan yang anda mahu cepat, anda mestilah gunakan DuitNow.
Kalau anda masih tak tahu, DuitNow ialah satu perkhidmatan baru yang membenarkan anda untuk memindahkan wang ke akaun penerima. Bukan untuk BSN sahaja, malahan untuk semua bank-bank di Malaysia seperti Maybank, CIMB, Public Bank, RHB, Hong Leong dan macam-macam lagi.
Bezanya dengan pindahan wang biasa menggunakan GIRO ialah anda tidak memerlukan nombor akaun bank penerima untuk melakukan pemindahan.
Sebaliknya, anda hanya memerlukan ID DuitNow penerima untuk melakukan pemindahan. Ini bermakna, anda boleh buat Instant Transfer dari BSN ke bank-bank lain seperti Maybank, CIMB, Bank Islam dan lain-lain hanya menggunakan:
- Nombor Kad Pengenalan
- Nombor Telefon
- Nombor Passport
- Nombor Pendaftaran Perniagaan
- Nombor Akaun
Macam mana nak buat DuitNow BSN transfer online?
Terima kasih kerana anda sudah cool down. Buat kerja melibatkan duit, jangan marah-marah. Pasti ada jalannya. Yang penting, sila pastikan anda semak no akaun BSN siap-siap sebelum berurusan.
Selepas anda register BSN online banking, berikut ialah langkah-langkah untuk membuat BSN Instant Transfer:
- Layari laman web rasmi myBSN di sini: https://mybsn.com.my
- Masukkan Username
- Tekan butang Login
- Sahkan Security Image
- Jika imej tersebut ialah imej yang anda pilih semasa buat pendaftaran tempohari, tekan butang Yes
- Masukkan Password
- Tekan butang Login
- Jika tiada apa-apa masalah, anda akan masuk ke dalam sistem online banking myBSN
- Klik menu Transfer di menu sebelah kiri
- Akan ada beberapa pilihan iaitu:
- Own Accounts
- 3rd Party Account
- Interbank Fund Transfer
- Pilih Interbank Fund Transfer
- Anda akan berada di bahagian 1; Enter Transfer Info
- Untuk Enter Transfer Info, akan ada dua pilihan Transfer Type
- DuitNow
- Interbank GIRO
- Pastikan anda pilih DuitNow untuk membolehkan duit diterima sepantas kilat
- Jangan pilih Interbank GIRO. Jika anda pilih ini, transfer akan jadi lambat macam kura-kura
- Lengkapkan yang lain-lain seperti:
- From Account
- Transfer To
- Id Type
- My Favourites
- Amount (RM)
- Recipient Reference
- Additional Info (Optional)
- Other Details
- Notify Via Email
- Anda kini berada di bahagian 2; Transfer Confirmation untuk teruskan BSN online transfer
- Sila semak buat pengesahan bahawa semua maklumat pindahan wang adalah betul. Antaranya:
- Transfer Type
- From Account
- Beneficiary Details:
- Recipient’s Bank
- Recipient’s Name
- Account Number
- Transaction Type
- Payment Details:
- Amount (RM)
- Service Charge (RM)
- Recipient Reference
- Other Details
- Notify Via Email
- Seterusnya, anda akan dapat lihat ruangan TAC
- Klik Request TAC untuk menerima SMS di telefon bimbit anda yang berdaftar dengan BSN
- SMS ini mengandungi nombor-nombor yang perlu dimasukkan ke dalam ruangan TAC
- Masukkan nombor TAC yang diterima melalui SMS tadi
- Tick Yes, I confirm that I have read and understand for DuitNow Terms and Conditions
- Tekan butang Confirm
- Anda sekarang berada di bahagian 3; Transfer Acknowledgement
- Anda akan dapat lihat beberapa maklumat yang terpapar di sini:
- Reference Number
- Transaction Status (Successful)
- From Account
- Beneficiary Details
- Payment Details
- Amount (RM)
- Service Charge (RM)
- Recipient Reference
- Other Details
- Notify Via Email
- Balance After Transfer (RM)
- Transaction Date, Time
- Tekan butang Print untuk simpan maklumat-maklumat ini untuk rujukan akan datang
- Ini adalah penting sekiranya ada masalah duit tak masuk ke dalam akaun yang kita hantar tadi
- Tekan butang Add to Favourite jika ingin memudahkan urusan pindahan wang akan datang
- Tekan butang Make Another Transfer jika anda ingin buat urusan Instant Transfer ke bank-bank yang lain
- Selesai
Apa kelebihan guna DuitNow BSN?
Berdasarkan maklumat di laman web BSN, selain servis ini diberikan PERCUMA, ada banyak sebab anda perlu menggunakan DuitNow dalam membuat BSN online transfer.
Antaranya, anda boleh transfer duit pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Anda juga boleh semak baki akaun BSN melalui online di mana-masa sahaja.
Yang paling utama, anda tidak perlu ingat nombor akaun BSN lagi. Cukup sekadar anda tahu salah satu daripada ID DuitNow ini:
- Nombor telefon mudah alih (Maxis, Celcom, Digi, U-Mobile dan lain-lain)
- Nombor Kad Pengenalan
- Nombor Tentera atau Polis
- Nombor Passport
- Nombor Pendaftaran Perniagaan (SSM)
Selain itu, anda tidak perlu risau apabila menggunakan DuitNow kerana data anda selamat dan terjamin.
Saya masih tak faham cara guna BSN DuitNow. Macam mana?
Bagi yang masih terkial-kial dan tidak faham cara penggunaannya, dapatkan bantuan daripada pihak BSN di talian 1300 88 1900. Nyatakan masalah anda secara terperinci dan pihak BSN akan menbantu anda dengan kadar segera.
Akhir kata
Terima kasih banyak kepada pihak BSN kerana integrasikan DuitNow dalam BSN. Kini, BSN online transfer menjadi lebih mudah dan tidak perlu tunggu lama macam dulu-dulu.
Semoga dipermudahkan segala urusan.
10 Comments
550147385581
01133315840
086441
930719086441
0212641100042612
Baki akaun
025645
891121025645
Nak tahu nombor bank saya CM mne blh toly tk
Panduan yang jelas. Terima kasih.