Untuk sesiapa yang meminjam dengan Ah Long, usahalah cari cara selesaikan hutang Ah Long itu dengan segera. Jangan dibuat main bila berhutang dengan pihak macam ini. Bimbang tak aman lah hidup kau dibuatnya nanti.

Bila sebut sahaja pasal Ah Long ini, ramai orang tahu bahana apa yang akan menanti apabila dah terjerat dengan mereka. Tapi iyalah, kami tak salahkan juga orang yang dah terlibat dengan Ah Long ini sebab kadang-kadang ada orang yang tak jumpa pilihan lain untuk meminjam duit dan dah buntu atau terdesak sangat. Akhirnya terpaksa berhutang dengan Ah Long. Jadi, andai kata sekarang ini kau dah tersepit akibat berhutang dengan Ah Long. Macam mana kau nak selesaikan masalah ini? Kalau kau teringin nak tahu, mari baca di sini.Jemput baca perkongsian kami.

Walaupun mungkin cara ini tak seberapa. Tapi harap dapatlah bantu hidup kau yang dah macam telur di hujung tanduk itu.

Dapatkan bantuan daripada pihak berkaitan

Kau tahu tak, sebenarnya ada persatuan dan badan berkaitan yang boleh bantu mangsa-mangsa yang terjerat dengan Ah Long. Biasanya mereka ini adalah pihak yang bukan kerajaan ataupun kita panggil Non Government Organization (NGO).

So, boleh dikatakan mereka ini adalah pilihan pertama yang kau perlukan kalau kau dah tak boleh handle atau dah tak jumpa cara selesaikan hutang Ah Long. Antara persatuan atau badan berkaitan yang boleh kau minta bantuan adalah seperti:

  1. Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
  2. Persatuan Penyelesaian Pengguna Dan Peminjam Malaysia (PPPPM)
  3. Malaysian Chinese Association (MCA)

Untuk berurusan dengan pihak mereka, kau boleh layari laman web melalui link yang dah kami nyatakan di atas tadi. Semoga urusan kau dipermudahkan dengan adanya bantuan daripada pihak-pihak berkaitan ini.

Sebenarnya, kalau nak diikutkan ada banyak lagi persatuan yang boleh bantu. Tapi kami tak dapat nak selitkan semua atas sebab adanya persatuan yang dah tak aktif. Andai kata kau tahu mana-mana lagi persatuan yang boleh uruskan hal ini, jangan lupa kongsikan dengan kami.

Selesaikan hutang Ah Long mengikut tempoh yang dijanjikan

Adat berhutang mestilah kena bayar semula. Lebih-lebih lagi bila kau berhutang dengan Ah Long. Kami tahu memang Ah Long ini licik.

Mana taknya, kau rasa tak pernah miss lagi bayar setiap kali dia minta. Tapi sampai ke sudah tak habis-habis lagi bayar hutangnya. Ada orang yang dari muda sampai ke tua tak habis lagi bayar hutang Ah long.

Ini semua sebab mereka kenakan kadar bunga atau interest yang berlipat kali ganda dari apa yang sepatutnya. Itu pun agaknya belum masuk dengan caj-caj tersembunyi yang mereka kenakan.

Walau bagaimanapun, berbalik semula kepada adat kau berhutang. Nak tak nak, kau kenalah bayar balik. Yang paling penting jangan pernah skip langsung dan jangan pula lari dari bayar hutang. At least, kalau kau bayar on time dan tak pernah mengelak untuk bayar hutang, susah lah sikit Ah Long itu nak ambil kesempatan dekat kau.

Selain itu, kau jangan lupa untuk rekod, simpan atau catat segala perjanjian hutang kau dengan Ah Long itu. Setiap kali kau dah bayar balik pun kau catat. Andai kata kau kena game, bahan-bahan yang kau simpan itulah boleh jadi bukti untuk bantu kau kalau nak fight kes kau nanti.

Kalau tak boleh settle sendiri, minta pandangan orang lain tentang cara selesaikan hutang Ah Long

Ada sesetengah masalah yang kau tak akan boleh settle sendiri. Contohnya macam hal yang melibatkan Ah Long ini. Kalau dah sampai hidup kau pun tak selamat atau kaum keluarga kau pula yang diugut dan sebagainya, kau kena minta tolong dan pandangan orang lain.

Pandangan apa? Pandangan tentang apa lagi cara yang boleh bantu untuk kau selesaikan hutang Ah Long ini. Kadang-kadang jalan penyelesaian ini kau tak akan nampak bila dah terlalu buntu. Tapi dengan adanya pandangan, cadangan dan sokongan daripada orang lain, mungkin kau akan tahu apa yang patut kau buat.

Apa lagi boleh dibuat kalau dah tak jumpa cara selesaikan hutang Ah Long?

Andai kata kau dah terperangkap dan tak dapat fikirkan cara selesaikan hutang Ah Long dengan rasional. Kau buatlah solat hajat, solat istikharah dan doa banyak-banyak supaya Allah berikan kau petunjuk.

Moga-moga dengan segala usaha dan doa yang kau panjatkan itu, Allah bantu dan tunjukkan kau jalan keluar daripada masalah ini. Jangan pula kau buat yang bukan-bukan.

Ingat! Setiap masalah ada jalan keluar.

Akhir kata

Kesimpulannya, nak meminjam itu tak salah. Tapi janganlah ambil langkah mudah macam berhutang dengan Ah long ini. Kalau rasa terdesak sekalipun cubalah buat pinjaman kecemasan segera online ke, pinjam dari kawan ke dan di mana-mana sahaja asal bukan Ah Long.

Pinjam dengan mereka ini risikonya sangat besar, apatah lagi kalau buat pinjaman Ah Long guna ic orang lain. Memang semakin bertambah besar lah masalahnya. Silap-silap nyawa jadi taruhan nanti.

Diharapkan perkongsian ini dapat membantu mereka yang dalam kesusahan akibat terjerat dengan hutang Ah Long.

Semoga bermanfaat.

Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

57 Comments

  1. Muhammad Taufiq bin Mohamad yusop on

    Assalamualaikum tuan..sy Ada mslh pinjaman tuan..Baru2 ni sy Ada buat permohonan dgn satu syarikat pinjaman yg dikenali sebagai L&P enterprise..sy dah Mohon pinjaman sebanyak rm5000..sy telah menyerahkan kad bank sy kepada mereka atas tujuan utk company buat auto debit Di account bank sy…perjanjian yg mereka berikan dlm masa 2hari akn pulangkan kad bank sy..detail kad bank sy semua sy bagi mereka..sehingga sekarang sy Masih Lagi tak dpt kad bank sy..pinjaman sy belum dpt Dan sign agreement apa pun..mslhnya sekarang cuma mereka dah dpt detail kad bank Dan username serta semua online detail sy…masuk Hari ni dh jadi Hari keempat tuan kad bank sy dgn mereka..tapi sy tiada dpt pinjaman atau sign agreement apa2 lagi…tuan boleh Bantu sy?sy buntu tuan…

  2. Nurul zulkipli abdullah on

    Asalamulaikum , saya ada pinjam duit dekat money lender yang berlesen .sekarang ni saya tak dapat teruskan settle hutang saya pada mereka ..sebenarnya bukan saya yang berhutang disebabkan tolong kawan ,saya sanggup berhutang

  3. MD.fadzeli bin Ramli on

    Assalamualaikum saya ada masalah dengan pinjaman peribadi dekat dua orang tapi saya tak ada modal untuk selesai kan utang mereka sebab masa yg mereka bagi hanya 3 hari sahaja dan kini bunga telah bertambah banyak hingga mencecah 3000 macam mana saya nak bagi Setel semua ini

  4. Murni Binti Taib on

    Assalamualaikum..saya ada masaalah dgn along dimana Punca sebenarnya apabila ex-suami tidak memberi nafkah anak sy tiada pilihan saya terpaksa pinjam along,pada mulanya semua ok saya bole rolling tp nasib tk menyebelahi saya dimana saya tertipu dgn pinjam berlesen online yg menawarkan pinjaman yg mudah TETAPI perlu membayar jumlah yg ditetapkan tujuan saya adalah utk menyelesaikan hutang along…sejak itu saya tidak dpt utk rolling lg dn saya skrg tidak rasa aman lagi…saya ada berjumpa pihak PPIM tapi tetap tidak dpt mmembantu saya, pihak PPIM akan berunding dgn along sekiranya kita ada sejumlah Wang diberikan pada pihak PPIM utk PPIM tlg membayar pada along dan berunding bg pihak Kita.Saya betul betul buntu dimana saya bole dpt bantuan.

  5. Dyana jaafar 23 September 2022jam 1.25 pm
    Saya ada masalah Hutang ahlong dan saya sudah Bankrup dan tak dapat nak selesai kan semua Hutang tu. Tolong Saya dan bantu Saya. Bagaimana Cara Utk selesai semua ni. Saya sudah buntu dan dah Tak ada jln keluar dari bunuh diri. Ahlong Hari Hari mengangggu saya. Tolong Saya.

  6. Siapa kah yang dapat bantu Kita semua.. (kepada peminjam peminjam ah long) saya sudah buntu memikirkan semua ni. Ahlong Hari Hari mengangggu. Saya Tiada jln keluar lagi selain…..

      • Saya perlukan dorongn..skg nie sy tgh berusaha utk settlekan pinjaman ahlong dn sedang berurusan dgn pihak 3 saya buntu dgn cara bayaran tue kerana masa yg diberikan agak singkat mana nk carik duit dlm mase 2-3 minggu dgn jumlah bebelas ribu puan..huhu..nk minta tolong keluarga pun bukan dari golongan yg senang…

  7. Tuan..tolong saya tuan..saya terpaksa pinjam ahlong sebab kena santau..skrg saya di ugut..sbb tak dapat bayar..tolong saya tuan

  8. Rizuwan bin ahmad on

    Saya ada hutang ahlong sebanyak 5 ribu dan saya diminta untuk buat pembayaran secara bankin dekat ekaun mereka dan saya dah bayar sebanyak 880 masih kurang 900 dan diaorang perashugut saya jikalau saya tak buat bayaran saya akan di pukul oleh budak budak mereka

  9. Tuan.. sy turut mengalami masalah gangguan ahlong…pinjaman YG diberikan sedikit tetapi jumlah YG diminta terlalu tinggi…sy buntu sgt Dan xtahu NK buat apa LG..sy risau keselamatan ank3 Dan keluarga..mak sy xbrpe sihat..sy juga takut NK kemana²..bantulah sy tuan..

  10. Mohd shafiq bin makmur on

    Salam siapa yang blh tolong settle kes pijman ceti ahlong ye…Sya perlu bantuan dgn segera ni…Sya xdpt nk byr ni…ade tak yg sudi BG pijman rm5000 segera ye..ni Number wasap Sya 01128932120

  11. Palmerson noel on

    Hello saya Baru sahaja di call dari Pihak along Dan saya gagal bayar jumlah yang saya pinjam dulu..sekarang ni hutang sudah dinaikan ke 39ribu saya rasa buntu Dan kesian tengok anak bini sekarang ni macam mana cara Saya nak Elak semua ni bagaikan telur di hujung tanduk

  12. Alex Lucas Anak Lenggeng on

    Saya ALEX LUCAS ANAK LENGGENG @ Muhammad saufiq bin Lenggeng
    Saya buntu dengan masalah keuwangan….,agak mengurang dari bulan lepas…,jadi saya tersilap langkah dengan meminjam wang dari ah long melalui online…,dengan sebanyak Rm300 bayar balik dalam 7 hari dengan pejanjian sekiranya lambat sehari akan ada bunga Rm90….,kini belom sampai 10 hari….,sms tiba mengatakan pinjaman saya meningkat Rm3,500…., Saya amat memerlukan pertolongan

    • Bro,bayar aje yang ahlongkang bagi guna tu,tak payah bayar lebih2 seperti yang diaorang tuntut,lepas tu report polis mengatakan dah selesai bayar duit ah long

      • Boleh ke buat mcm tu.saya ada buat pinjaman 3000 tpi dpt 2400 saja.saya dh bayar selama 6 bulan sejumlah 2600 dah.tpi bulan ne saya skip bayar sebp lepas raya kan.kerja pun banyk shotdown.dia siap ugut2 saya nak viral kan saya.hmmmm dh la timpoh bayar balik 24 bulan.baru bayar 6 bulan pun dh 2600.bingung

  13. Semoga yang meminjam Ahlong diberi kecekalan hati yang kuat dalam menjalani ujian hidup. Ini lah Malaysia, masih belum merdeka dengan Ahlong. Lemmah.

    Come to worst, buat lah laporan polis di balai yang besar seperti Bukit Aman untuk backup diri.

    Update dan viralkan diri untuk selamat sebab zaman sekarang ni hanya Viral saja Kerajaan Malaysia akan lakukan sesuatu.

    Minta bantuan Pihak TV3 di Bandar Utama,PJ. Demi bantuan diri, keluarga, anak anak. Tebalkan sajalah muka untuk meneruskan hidup.

    Semoga kalian semua terselamat. Amin

    • Shamsudin ariffin on

      Sy shamsudin..sy tak mampu nak byr hutang along sekarang dah meningkat ke 1700 tolong la sy..sy sakit dah takmampu dah bekerja.dah 2kali strok

  14. suami pinjam along tanpa pengetahuan saya, kini dia tidak dapat membuat bayaran dan along mula kacau ahli keluarga yang lain. apa kita boleh buat?

  15. Azmi bin abdul ghani on

    Assalamualaikum tuan…sy mcm nie tuan..sy da mohon pinjaman segera dlm google..sy pinjam rm300 dapat tanga
    rm150 ..tempoh bayaran 7 hari…pada hari ke 3 sy dh byr rm100..da lagi baki rm200..lps tu sy terlewat bayar 1 hari dr rm200 jadi rm360…lps dia ckp rm360 ken settle sblm pukul 4pm..dlm pukul 3.30pm tu sy dh cube transfer ke akaun pihak dia dlm rm360..tapi xboleh..sy cuba byk2 kali smpai lh pukul 4pm lbh..lps tu sy tgk kt detail tu dh jd rm2600…mane sy da duit rm2600…sedangkan sy nk transfer rm360 xberjaya ke akaun dia..lps tu ble berbincang dgn pihak dia..dia srh plk masuk kn rm360 ke akaun lain plk..jd pihak dia tetap srh sy byr jgk rm21++ lg..sy dh buntu skrg..sy mane da duit sebanyak tu..skrg nie mslh pihak dia sbb mase sy nk transfer rm360 tu..akaun dia yg xleh trima..dia ckp akaun sy problem..tp ngapa mase dia srh transfer ke akaun lain boleh plk..skrg dia dh sebar kn ke semua family sy n kenalan2 sy..

  16. Assalammualaikum
    Saya mengalami semua masalah sama seperti komen-komen yg saya baca. Macam yg tuan ckp untuk mengelakkan dari ahlong buat tindakan, kena bayar on-time…tapi semakin lama semakin susah untuk saya selesaikan dan hutang semakin banyak…saya risau bila saya dah tak mampu bayar, merdeka akan viralkn kepada semua org dimedia social…saya sgt takut dan hampir buat tindakan bodoh….tolong tuan mcm mne sy nk selesaikan masalah ne, sy dh buntu

  17. Selamat Petang semua

    Saya mengalami masalah Ah Loong juga, tapi pinjaman bukan sendiri tapi saudara-mara. Dia buat pinjaman mengguna alamat rumah saya. Pelik sanggat Ah loong boleh pinjam tanpa pajak apa-apa barang dan minta bunga bunga tinggi.
    Ingat jelaskan pada mereka pun tak mau percaya datang saja bising dan buang cat.
    Ugut kita buat report Polis pun tak guna, dalam Group dia orang ada Dato Dato , Tan Sri, Polis dan lain lain.

    • Yaallah Kepada datok2 datin2 dan jutawan2 di dunia ini… semoga kamu semua terbuka hati boleh membantu saya.. saya dah buntu.. sekaran hanye dapat berdoa kepada allah saja.. mcmana nk cari jalan penyelesaian… tolonglah hamba mu ini… hutang dgn.ah long dah mencecah 25k.. mintak bantuan segera.. sebelum naik lagi…

  18. Uzair b. Samiran on

    Assalamualaikum tuan.. saya pon ada masalah dengan ah long tuan.. bantu saya tuan.. dah mcm nk gila ni… x tau nk buat apa dah… kesana kesini semua tak kene.. pinjaman saya dah hampir mencecah 20k… kenapa bole jadi banyak tu.. mula2 pinjam 1 tempat.. nk tutup 1 tempat.. kene pinjam 2 tempat.. sekarang dah 10 tempat tuan.. boleh tak bantu saya tuan.. saya sayangkan keluarga saya.. lagi kalau tengok isteri dan anak2.. allah .. nak menangis.. tolong tuan.. saya merayu sangat2

      • Saya pun ada masalah demgam ahlong bunga naik sampai 1k penalty lg 1k saya asalnya pinjam 3k in hnad 1500 je sbb katanya kena settlekan dengan company lama baru loan approve skrg ni saya buntu anyone boleh tolong tak? Kalau saya nak cancel plan dengan dia saya kena bayar 2k penalty kira total semua dekat 8k saya kena bayar dekat dia mana nak dapat banyak tu 😭 saya bayar bukan ikut bulan tapi duedate die letak semua dekat² tolong la anyone saya buntu ni if sesiapa dpt tolong saya bersumpah bayar balik😭 kalau boleh tolong whatsapp dekat no 01160542030 sumpah buntu

  19. salam, saya ada masalah jugak dengan ahlong ni, sampai dah tahap saya tak boleh nak bayar balik dah duit ahlong2 ni semua, saya dah tak tau nak buat mcm mna sampai dlu sya terpaksa mencuri dan dibuang kerja kerana nak settle hutang ahlong ni, skrg ni sy cuba lari dari ahlong2 dengan menukar no dan delete sosial media saya, tapi saya tak akan selamat saya tau, saya dah buntu, saya nak p ke PPIM msg tak berbalas saya nak cuba contact Mr Mustaffa khan pun dia duduk jauh, saya dah tak ada duit langsung dengan saya skrg ni habis bayar ahlong. saya perlukan bantuan yang teramat sngat. kepada yang boleh tolong, saya nak mintak tolong sngt2. lailahaila anta, subahanakaini kuntu minazalimin.

    • Jangan berurusan dengan MUSTAFA KHAN. Apa yang boleh saya katakan semua video yang kita tengok tu hanya setting. Saya baru berurusan dengan PHMM tapi feedback saya dapat sangat mengecewakan. Sampai di premis terus diminta bayaran RM100. Selepas berbincang kadar bayaran dikurangkan adalah tidak masuk akal dan jumlahnya adalah jumlah melebihi duit pinjaman yang saya pernah buat dengan ahlong. Andai kata saya setuju dengan jumlah itu saya dikenakan lagi RM400 utk bayar mereka pula. Selepas itu baru mereka akan mulakan operasi berbincang dgn pihak ahlong. Secara jujur MK tidak peduli dan tidak hormat orang lain sehingga tergamak bertindak mengherdik dan marah depan pelanggan depan pelanggan lain. Akhir sekali mereka akan meminta kita utk buat interview meminta feedback. Dan selepas itu dia memaksa kita utk membuat feedback di google review pula. Jadi kesimpulan pihak mereka tidak membantu apa2 sehingga kami tidak menyediakan jumlah yang mereka minta. Plus bayaran RM100 yang saya bayar awal tadi tidak tahu apa sebabnya. Demi Allah saya berikan review jujur dan saya baru saja pergi ke premis mereka tapi indah khabar dari rupa.

  20. Assalamualaikum…
    Kerana percayankan kawan sy YG terjerat.. sy Ada pinjam along, tp bukan untk sy tp untk kawan sy, mula2 dia bayar baik tp skrg dia dalam masalah, X mampu bayar hutang along.. sy Minta dianbayar, tapi dia.marah sy balik… APA harus sy buat? Sape2 blh TLG sy

  21. Jamaliah binti Sharif on

    Mk cik pun terjebak juga ngan along ni..skrg ni tertekan dgn ugutan demi ugutan nak simbah cat.nak langgar,along ni pun dah viral kat fb dan antar kat semua kwn2 sedara mara..adik beradik dah buat repot polis pun ,tapi along ni tmbh berani..jng ingat repot polis 24 jam polis mau jaga u ke..Ada ke sesiapa yg dpt membantu mk cik dlm masaalah Along ni…

  22. Jamaliah binti Sharif on

    Mk cik pun terjebak jugangan. Along ni.. dah x tau mana nak buat apa..asyik kena ugut je.ppinjam bukan byk.1k dpt kat tngrm600.tapilewat 4 hari dikira bunga sampai 5k..ada sesiapa yg ada idea mcm mana

  23. Saya ada pinjam 1k dpt d tgn 400rm..lewat bayar jadi bunga 3800 suda bayar ansur2 650+800+500..skrg masi lagi bunga 3300..mcm mna saya nak selesai kan masalah sya ni..skrg masi d ugut lagi…

  24. Nur Rusydiana Mohd Nor on

    Assalamualaikum..sy pun perlukan bantuan utk selesaikan masalah hutang ahlong….sy penat byr Bunga smggu 1300…modal niaga pun X cukup…asyik byr Bunga saja…sy.. memerlukan bantuan…Ada X YG buleh bagi cadangan utk sy…

  25. sya pun kena jerat dengan Along ni . Hmm ic kluarga smua dia thu lpstu kluarga lgi tknk bntu . Sya pinjam sbb nak berniaga .sbb dh bhnti kerja ikut suami pndah kpg dia. Klu kluarga boleh bntu saya tk buat pinjaman mcmni . Tpi kluarga jenis toksik dorg je btul . Sya harap ada la bntuan dkt sni 🥹🥹

  26. Kesian bila baca komen2 yang dah terjerat dengan ah long ni..kebanyakan mereka ni bukan jenis yang boleh runding, kalau tak dapat bantuan dari ppim atau phmm bayar dulu jumlah yang dipinjam samada pinjam dari kawan atau sanak saudara atau bank/koperasi..
    Kalau mereka minta bayar lebih sampai jumlah tak masuk akal, report ke polis nama, nombor telefon mereka dan nombor akaun yang digunakan..minta perlindungan dari polis jika dah sampai mengugut untuk buat apa2 yang membahayakan, ambil gambar mereka dan buat report polis atas talian https://ereporting.rmp.gov.my/
    Moga diberi petunjuk dan dipermudahkan jalan untuk cari penyelesaian bagi semua yang menjadi mangsa.

Leave A Reply