Buat anda yang mungkin baru saja beli kad SIM Digi Prepaid dan tak tahu cara aktifkan SIM Digi Prepaid tersebut. Anda tak perlu risau. Kami akan tunjukkan langkah-langkah mengaktifkannya di dalam artikel ini.
Jemput baca perkongsian kami. Untuk versi Bahasa Inggeris, boleh rujuk how to activate Digi sim card.
Aktifkan SIM Digi Prepaid
Apa dokumen yang diperlukan untuk aktifkan SIM Digi Prepaid?
Untuk proses pendaftaran dan pengaktifan kad SIM yang lebih lancar. Pastikan anda menyediakan terlebih dahulu salah satu dokumen seperti di bawah:
- Kad pengenalan diri.
- Pasport.
- Kad pengenalan diri tentera.
- Sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.
Cara aktifkan SIM Digi Prepaid
Panduan untuk mengaktifkan SIM Digi Prepaid adalah seperti berikut:
- Untuk mengakses halaman pendaftaran SIM, sila imbas kod QR pada pek SIM anda terlebih dahulu atau layari www.digi.com.my/ekyc.
- Setelah berjaya masuk ke halaman pendaftaran SIM, sila imbas bar code pada pek SIM anda.
- Setelah pengesahan berjaya, imbas ID atau dokumen pengenalan anda.
- Kemudian, lakukan swafoto pengecaman wajah untuk pengesahan identiti.
- Seterusnya anda akan dibawa ke halaman lain untuk melengkapkan proses pendaftaran.
- Anda boleh terus memasukkan kad SIM ke dalam telefon anda dan tunggu selama 2 hingga 5 minit untuk menerima SMS pengaktifan SIM.
- Ikuti arahan seterusnya sehingga selesai.
Apa yang perlu dibuat jika terjadi ralat semasa proses pendaftaran?
Jika anda menghadapi sebarang kesukaran semasa proses pendaftaran SIM Digi Prepaid. Sila ikuti panduan di bawah.
a) Situasi 1:
Barcode SIM telah pun wujud dalam sistem.
Penyelesaiannya:
Sila hubungi bahagian Khidmat Pelanggan Digi di talian 016 221 1800 untuk maklumat berkaitan.
b) Situasi 2:
Maklumat atau butiran yang diimbas daripada ID saya tidak sepadan.
Penyelesaiannya:
Imbas semula ID untuk memastikan butiran adalah tepat.
c) Situasi 3:
Pengecaman wajah gagal.
Penyelesaiannya:
Lakukan pengecaman wajah sekali lagi di kawasan yang lebih terang.
d) Situasi 4:
Anda menerima notifikasi semakan kelayakan gagal (“Kami tidak dapat meneruskan permintaan anda”).
Penyelesaiannya:
Sila hubungi bahagian Khidmat Pelanggan Digi di talian 016 221 1800 untuk maklumat berkaitan.
Ada pertanyaan lanjut mengenai SIM Digi Prepaid?
Sekiranya anda perlukan lebih banyak lagi penjelasan mengenai SIM Digi Prepaid. Anda boleh terus menghubungi talian 016 221 1800 atau merujuk halaman di sini help.digi.com.my.
Akhir kata
Diharapkan perkongsian cara aktifkan SIM Digi Prepaid ini dapat bantu anda aktifkan SIM Digi Prepaid anda dengan mudah.
Semoga bermanfaat.
4 Comments
Imbas simcard gagal terus
aktifkan
zaman sekarang..x jadi tukar je baru..pe susah..
Bab lain semue ok… tapi bile sampai bab swapfoto yg buat aku stresh sangat… harap di batalkan je part ni.. coz menyusahkan… puas tukar2x guna phone kawan2x tapi same gak… ape ke jadah doh???