Baki pinjaman peribadi BSN merujuk kepada jumlah wang yang masih perlu dibayar oleh peminjam kepada Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk pinjaman peribadi yang telah diambil. Ini termasuk jumlah pokok pinjaman yang belum dijelaskan serta sebarang faedah atau caj lain yang dikenakan.

Menyemak baki pinjaman peribadi BSN secara berkala adalah penting bagi membolehkan anda memantau status pinjaman dan memastikan bahawa anda sentiasa mengemaskini pembayaran mengikut jadual yang ditetapkan. Ini dapat membantu anda mengelakkan sebarang kelewatan atau tunggakan pembayaran yang boleh menjejaskan rekod kredit anda.

Sekiranya anda mendapati sebarang percanggahan atau ketidaktepatan dalam baki pinjaman anda, menyemak baki secara kerap membolehkan anda mengesan dan menyelesaikan isu tersebut dengan BSN secepat mungkin. Ini dapat membantu mengelakkan sebarang masalah atau salah faham pada masa hadapan.

Bagaimana Cara Semak Baki Pinjaman Peribadi BSN Online?

Anda boleh menyemak baki pinjaman peribadi BSN secara online dengan mudah dan pantas tanpa perlu mengira sendiri atau bergantung pada kaedah lain seperti SMS. Perbankan dalam talian BSN menyediakan cara yang selamat dan mudah untuk mengakses maklumat penting berkaitan pinjaman anda pada bila-bila masa.Berikut adalah langkah-langkah untuk menyemak baki pinjaman peribadi BSN secara dalam talian:

  1. Layari laman web perbankan dalam talian BSN di https://www.mybsn.com.my.
  2. Halaman utama MyBSN akan dipaparkan.
  3. Log masuk ke akaun mybsn.com.my anda seperti biasa.
  4. Masukkan nama pengguna (username) anda.
  5. Sahkan imej keselamatan (security image) yang dipaparkan untuk memastikan keselamatan akaun anda.
  6. Masukkan kata laluan (password) anda.
  7. Klik butang “Login” untuk meneruskan.
  8. Sekiranya log masuk berjaya, anda akan dibawa ke halaman utama akaun MyBSN anda.
  9. Klik pada “Account Overview” untuk melihat ringkasan akaun-akaun anda.
  10. Halaman “Account Overview” akan memaparkan senarai akaun anda, termasuk Akaun Simpanan, Kad Kredit, Akaun Pembiayaan, BSN SSP dan lain-lain.
  11. Sekiranya anda mempunyai pinjaman peribadi BSN, akaun tersebut akan disenaraikan di bawah “Financing Account”.
  12. Klik pada akaun pinjaman peribadi BSN anda untuk mendapatkan maklumat terperinci.
  13. Semak paparan yang memaparkan baki semasa pinjaman peribadi BSN anda.
  14. Anda boleh mengambil tangkapan skrin (screenshot) paparan tersebut untuk simpanan dan rujukan pada masa hadapan jika perlu.
  15. Selesai.

Baki tinggal sedikit, boleh buat penyelesaian awal personal loan BSN tak?

Mestilah boleh.

Pastinya pihak BSN mengalu-alukan penyelesaian awal bagi pinjaman peribadi anda.

Cuma lain bank, lain caranya.

Tak sama.

Tapi, satu perkara yang anda perlu ambil tahu, semak dulu dengan pihak BSN samada penyelesaian awal atau full settlement personal loan BSN ini ada penalti atau tidak.

Ada jenis bank yang tak benarkan si peminjam bayar awal.

Iyalah, mestila bank nak makan interest dulu.

Kalau bayar awal, dah tak adalah income daripada interest kan?

Untuk penjelasan yang lebih pantas dan tuntas, lebih baik anda hubungi customer service BSN.

Ikuti cara-cara seperti di bawah:

Buat panggilan ke BSN di talian 1-300 88 1900

Tunggu sebentar sehingga panggilan anda dijawab

Apabila panggilan sudah dijawab, perkenalkan diri anda

Maklumkan tujuan anda buat panggilan adalah untuk bertanya tentang full settlement personal loan

Berikan nombor akaun pinjaman peribadi BSN anda

Jika tidak ingat, berikan nombor Kad Pengenalan

Jika perlu, pegawai di talian akan bertanyakan soalan untuk pengesahan

Untuk proses verifikasi, sila jawab soalan-soalan yang ditanya

Pegawai bank di talian akan buat semakan terlebih dahulu

Baki pinjaman peribadi anda akan diberitahu

Tanya pegawai bagaimana cara untuk buat early settlement

Tanya samada boleh guna bank transfer atau bayar menggunakan cheque

Tanya lagi adakah ada apa-apa dokumen diperlukan untuk pembayaran

Tanya juga samada peminjam perlu hantar surat rasmi bagi penyelesaian awal

Tanya pegawai apa masalah yang akan timbul jika tidak bayar mengikut baki amaun yang tertera

Ini kerana ada banyak kes peminjam perlu berulang-alik ke bank semata-mata untuk dapatkan baki yang berjumlah beberapa sen sahaja

Catat semua maklumat penting yang diberikan

Ini penting untuk elakkan membuang masa

Buat persediaan dan kumpulkan semua dokumen yang diperlukan

Hadirkan diri ke cawangan bank tersebut

Selesai

 

Baki banyak lagi, boleh kurangkan bayaran bulanan pinjaman peribadi BSN tak?

Kalau komitmen bulanan anda tinggi, anda mesti tercari-cari jalan keluar kan?

Bertenang.

Selalunya, memang ada cara untuk kurangkan bayaran bulanan pinjaman peribadi.

Kaedah ini dipanggil “refinance”.

Cuma anda perlu buat semakan terlebih dahulu samada pihak BSN menawarkan perkhidmatan ini atau tidak.

Ini kerana tak semua bank boleh buat refinance personal loan.

“Refinance” itu hanya boleh dibuat dalam bank yang sama.

Kami akan kemaskini samada pihak BSN mempunyai perkhidmatan refinance untuk pinjaman peribadi atau tidak.

 

Tak fahamlah, apa itu refinance pinjaman peribadi BSN?

Bagi tak tak faham, mesti nak tahu apa itu “refinance personal loan” kan?

Kalau dalam Bahasa Inggeris, “re” itu bermaksud “sekali lagi”.

Contohnya kalau “replay”, itu bermaksud “main sekali lagi”.

Kalau “refinance”, itu bermaksud “pinjam sekali lagi”.

Dalam bahasa yang mudah, refinance itu ialah situasi di mana anda tukarkan pinjaman peribadi sekarang kepada pinjaman lagi.

Katakan hutang dah nak habis, anda buat hutang lagi atas hutang tersebut.

Pening kan?

Apa tujuan sebenar buat refinance?

Sebenarnya, ramai orang pilih untuk buat refinance BSN adalah kerana dapat duit tunai.

Panjang kalau nak cerita.

Tapi lebih kurang begitulah.

Dalam terma perbankan, ia juga dipanggil overlap.

Refinance pinjaman perumahan atau pinjaman kereta itu biasa.

Tapi refinance personal loan BSN ini bukan satu perkara biasa di Malaysia.

Jarang-jarang orang buat, tapi memang ada.

Cuma ingin kami tegaskan, jangan berhutang lebih daripada kemampuan.

Sila tengok keadaan poket dan dompet sendiri.

Jangan sampai terjerat diri sendiri.

 

Macam mana kalau nak tahu lebih lanjut status personal loan BSN?

Ya, kami faham yang anda tak dapat semua maklumat yang anda nak dalam artikel ini.

Lagipun, kami bukannya pegawai bank BSN.

Of courselah pengetahun kami pun terbatas.

Kami sarankan anda terus datang ke mana-mana branch BSN
yang berdekatan.

Boleh terus tanya direct berkenaan refinance BSN, overlap, penyatuan dan penyelesaian hutang serta macam-macam lagi.

Boleh ikuti panduan di bawah:

  1. Sila hadir ke mana-mana cawangan BSN yang berhampiran
  2. Pastikan bawa Kad Pengenalan untuk pengesahan oleh pihak bank nanti
  3. Pastikan anda ingat nombor akaun pinjaman peribadi BSN anda
  4. Ambil nombor giliran
  5. Ambil tempat duduk
  6. Tunggu sementara nombor dipanggil
  7. Jika nombor giliran sudah tiba, pergi ke kaunter tersebut
  8. Serahkan IC supaya pegawai bank boleh buat pengesahan identiti
  9. Pegawai bertugas akan membuat semakan akaun pinjaman anda
  10. Beritahu tujuan anda samada untuk buat refinance, overlap atau full settlement
  11. Soalan-soalan anda akan dijawab oleh pegawai tersebut
  12. Selesai

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian berkenaan cara semak baki pinjaman peribadi BSN ini akan memudahkan lagi urusan pembayaran balik anda.

Selagi belum langsai, jangan sesekali buat pinjaman BSN lagi.

Nasihat kami, selagi mampu bayar, bayarlah.

Jangan sesekali culas dalam membayar hutang.

Ingat, bayar hutang itu wajib.

Berdosa kalau sengaja tak nak bayar apa yang kita pinjam.

Semoga Allah permudahkan urusan kita semua.

Semoga bermanfaat.

Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

Leave A Reply