Adakah anda sampai ke sini sebab nak cari cara nak semak baki kad kredit Maybank anda? Iyalah, shopping sana-sini. Sikit-sikit Shopee. Sikit-sikit terkena racun TikTok Shop. Takut juga terlebih belanja guna credit card Maybank kan?

Jangan bimbang, jom kita check sama-sama.

Cara semak baki kad kredit Maybank online

Nak pantau berapa banyak sudah guna kad kredit Maybank, memang tak lah.

Lagipun, kadang-kadang bila guna kad kredit, dia tak terus masuk dalam latest transaction.

Terpaksa tunggu beberapa hari.

Tahu-tahu, dah banyak baki terkumpul.

Jadi, untuk elakkan hutang menimbun, ada baiknya selalu check balance credit card Maybank.

Guna online banking sahaja.

Ikuti panduan di bawah:

  1. Sila layari online banking Maybank di sini: https://www.maybank2u.com.my/
  2. Halaman utama Maybank2u akan terpapar
  3. Log masuk maybank2u.com.my seperti biasa
  4. Masukkan Username
  5. Tekan butang LOGIN
  6. Sila sahkan Security Image dan Security Phrase seperti yang terpapar
  7. Jika betul, klik butang YES
  8. Masukkan Password
  9. Sila teruskan dengan menekan butang LOGIN
  10. Sekiranya semuanya berjalan lancar, anda akan dapat masuk ke dalam sistem Maybank2u
  11. Klik pada menu CARDS di bahagian atas
  12. Klik kad kredit anda, contohnya Maybank Visa Ikhwan
  13. Pastikan nombor kad kredit tersebut adalah betul
  14. Lihat outstanding balance seperti yang terpapar
  15. Buat bayaran minimum jika perlu
  16. Sila screenshot untuk rujukan dan simpanan
  17. Selesai

 

Kalau nak check balance credit card Maybank melalui Customer Service, boleh tak?

Boleh.

Kebiasaannya, ada dua pilihan.

Satu, bercakap dengan robot. Tekan-tekan nombor, ikut arahan, terus dapat baki.

Kedua, bercakap dengan customer service terus.

Cuma ini kena tunggu lama sedikit.

Biasalah, talian sibuk.

Ramai orang yang berhutang kad kredit macam anda nak tau macam mana nak kasi settle.

Gurau!

Alahai, janganlah ambil hati.

Apa pun, boleh cuba follow panduan di bawah:

  1. Buat panggilan ke Maybank di talian 1-300-88-6688
  2. Tekan nombor 1, 2 atau 3 untuk pilih bahasa
  3. Kebiasaannya, 1 untuk Bahasa Melayu, 2 untuk Bahasa Inggeris dan 3 untuk Bahasa Cina
  4. Untuk memudahkan urusan, pilih sahaja Bahasa Melayu
  5. Tekan lagi nombor ikut arahan seperti yang dinyatakan
  6. Pilih sambungan ke Bahagian Kad Kredit Maybank
  7. Teruskan mengikut arahan daripada layanan automatik untuk mendengar baki kad kredit anda
  8. Jika anda selesa untuk bercakap dengan manusia, pilih untuk bercakap dengan khidmat pelanggan
  9. Tunggu sebentar sehingga panggilan anda dijawab
  10. Apabila panggilan sudah dijawab, perkenalkan diri anda
  11. Beritahu khidmat pelanggan, anda nak semak baki kad kredit
  12. Berikan nombor kad kredit anda, AMEX, VISA atau MASTERCARD Maybank anda
  13. Kalau tak ingat nombor kad kredit, berikan nombor IC
  14. Jika perlu, pegawai di talian akan tanya beberapa soalan untuk proses verifikasi
  15. Antara soalan-soalan popular Maybank ialah pernah guna untuk cash advance dalam masa 30 hari atau tidak, ada link dengan Touch n GO atau tidak, bayar bulan-bulan macam mana dan lain-lain lagi
  16. Untuk proses verifikasi ini, sila jawab soalan-soalan yang ditanya dengan betul
  17. Pegawai bank di talian akan buat semakan terlebih dahulu
  18. Baki kad kredit anda akan diberitahu
  19. Tanya pegawai jika anda ada apa-apa soalan berkaitan pembayaran baki kad kredit yang tertunggak
  20. Rekodkan dan simpan semua maklumat penting yang diberikan
  21. Jika baki kad kredit masih banyak, mungkin boleh cuba buat balance transfer Maybank
  22. Jika baki tidak banyak dan masih mampu bayar, buat pembayaran kad kredit Maybank
  23. Selesai

 

Kalau pergi branch Maybank untuk semak baki kad kredit, boleh ke?

Boleh memang boleh.

Tapi jarang-jarang orang buat.

Tapi kalau anda jenis veteran yang tak biasa guna Perbankan Internet, boleh sahaja datang ke cawangan.

Ini panduan yang ringkas untuk anda:

  1. Sila pergi ke branch Maybank yang berkekatan
  2. Pastikan bawa credit card dan IC untuk pengesahan oleh pihak bank nanti
  3. Jika tidak, catat nombor kad kredit anda untuk semakan nanti
  4. Ambil nombor giliran
  5. Duduk di tempat yang disediakan
  6. Tunggu seketika, sementara nombor dipanggil
  7. Jika nombor giliran sudah tiba, pergi ke kaunter tersebut
  8. Serahkan Kad Pengenalan supaya pegawai bank boleh buat pengesahan identiti
  9. Pegawai bertugas akan bantu untuk buat semakan baki kad kredit anda
  10. Jika perlu, minta pegawai print statement kad kredit anda sekali
  11. Sebelum beredar, pastikan tanya apa-apa soalan berkenaan baki tertunggak kad kredit anda
  12. Selesai

 

Kalau hutang kad kredit makin banyak, boleh buat balance transfer Maybank tak?

Mestilah boleh.

Balance transfer kad kredit itu biasa.

Normal.

Seperti yang dinyatakan di atas, anda perlu semak baki kad kredit Maybank anda dulu.

Dah dapat tahu balance, baru boleh rancang untuk penyelesaian baki.

Jangan semberono dan bertindak melulu.

Dengar orang buat balance transfer, anda pun nak buat juga.

Research dulu, baru buat keputusan.

Chup!

Sekadar mahu berkongsi berkenaan balance transfer yang juga dipanggil debt consolidation ini.

Senang cerita, dalam Bahasa Melayu dipanggil “penyatuan hutang”.

Anda satukan semua hutang-hutang yang ada dengan pelbagai bank ke satu bank sahaja.

Apa yang bagusnya dengan balance transfer ialah anda boleh pindahkan hutang kad kredit daripada Maybank ke mana-mana bank lain dengan 0% interest dalam tempoh tertentu.

Kebaikan paling utama yang orang nampak bagi balance transfer ialah tempoh bayaran menjadi semakin pendek.

Menarik kan?

Ya, memang menarik tawaran untuk buat balance transfer keluar dari Maybank.

Tapi ada keburukannya juga.

Memanglah dia kata 0% interest dan repayment period iaitu tempoh bayaran semula jadi semakin pendek.

Tapi kalau anda tak dapat jelaskan hutang tersebut dalam masa yang telah ditetapkan, siaplah anda kena sembelih dengan bank.

Ini maklumat umum sahaja.

Tak semua bank sama.

Lain bank, lain caranya.

Cuma jika anda beragama Islam, adalah lebih baik jika buat balance transfer kepada kad kredit Islamik yang patuh syariah berbanding kad kredit konvensional.

 

Boleh cerita lagi tentang balance transfer Maybank dan penyatuan hutang?

Masih tak faham?

Mari sini rapatkan saf.

Duduk depan sikit.

Kami nak kongsi cara kira-kira untuk balance transfer.

Katakan anda buat balance transfer bagi hutang pinjaman peribadi dengan Maybank sebanyak RM5,000.

Katakanlah tawaran yang diberikan ialah 0% interest.

Katakan pula pilih tempoh masa balance transfer selama 6 bulan.

Katakan lagi anda pilih untuk bayar minimum 1% sahaja iaitu RM50 setiap bulan.

Jadi, anda hanya akan bayar RM50 selama 5 bulan.

Maknanya di sini, pada bulan ke-6, anda perlu bayar baki RM4,750 secara penuh.

Kalau tidak, gula-gula dan janji 0% tadi akan bertukar semula ke kadar faedah yang asal.

Mungkin kadar faedah pinjaman peribadi yang asal itu setinggi 30%.

Gila kan?

Ya, memang gila.

Itulah cara bank cari untung.

Nama pun kapitalis.

Kalau anda tak pandai rancang, mesti sakit nak bayar interest tinggi.

Itulah, pandai pinjam, pandailah bayar.

Seperkara lagi, sebelum kami terlupa, selalunya anda perlu bayar one-time processing fee pada bank yang anda ingin pindahkan dari Maybank .

Cuma seperti kami kata, ini panduan umum semata-mata.

Lain bank, lain cara.

Semak dulu dengan mereka supaya cakna.

 

Akhir kata

Shopping

memang best, tapi bab nak bayar balik hutang kad kredit Maybank memang menyeksakan.

Diharapkan agar perkongsian berkenaan cara semak baki kad kredit Maybank ini akan memudahkan lagi urusan perbankan anda.

Nasihat kami, selagi boleh guna cash, gunalah cash.

Guna kad kredit di tempat-tempat yang perlu sahaja.

Memanglah boleh kumpul points, tapi selalunya ramai yang terbabas.

Disebabkan nak kumpul mata ganjaran, terbeli yang bukan-bukan.

Berbelanjalah berpada-pada.

Jangan lupa bayar hutang yang ada.

Sebaik-baiknya, selesaikan hutang kad kredit Maybank anda segera.

Semoga bermanfaat.

Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

Leave A Reply