Sekarang ini dah ramai sangat kita dengar yang diisytiharkan muflis atau bankrap. Tapi, macam mana kita nak check perkara ini? Boleh ke semak status bankrap online? Jawapannya boleh. Macam mana cara nak semak tu?
Jangan risau. Kami akan tunjukkan step-by-step melalui artikel ini.
1. Check melalui laman web MyEG
- Layari laman web myeg di sini: https://www.myeg.com.my
- Halaman utama web akan keluar
- Log masuk ke akaun myeg.com.my seperti biasa
- Pilih BAHASA
- Klik MASUK / DAFTAR
- Seterusnya, masukkan Nama Pengguna / Emel
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Log masuk
- Laman utama akaun akan dipaparkan
- Klik pada bahagian Bankruptcy & Liquidation Search
- Pada laman seterusnya, klik Bankruptcy Status Enquiry (Individual)
- Kemudian, baca makluman yang dinyatakan dan isikan maklumat anda pada ruangan yang disediakan
- Tekan butang Proceed
- Status bankrap anda akan keluar
- Selesai
*Anda akan dikenakan caj sebanyak RM12.50 untuk semak status bankrap individu di laman web ini.
2. Semak di laman web e-Insolvensi
- Buka website e-Insolvensi di sini: https://e-insolvensi.mdi.gov.my
- Halaman utama web akan terpapar
- Login ke akaun e-Insolvensi.mdi.gov.my seperti selalu
- Isikan Id Pengguna
- Isikan Kata Laluan
- Tekan butang Login
- Laman utama akaun anda akan keluar
- Sila lihat pada senarai perkhidmatan yang tersedia
- Pilih Carian Status Kebankrapan Individu
- Pada laman seterusnya, isikan butiran yang diperlukan pada ruangan kosong
- Tekan Tambah jika ingin menambah individu carian
- Jika tidak, tekan Teruskan
- Kemudian, buat bayaran
- Tekan butang Teruskan atau Bayar
- Selesai membuat pembayaran, halaman Semakan Pembayaran akan keluar
- Tekan Cetak KCR
- Keputusan atau status bankrap akan dipaparkan
- Tamat
*Anda akan dikenakan caj sebanyak RM10.00 bagi setiap semakan status bankrap individu di laman web ini.
3. Semak status bankrap menerusi laman web RILEK
Kalau diikutkan, anda boleh semak status bankrap online menerusi laman web RILEK di sini https://www.rilek.com.my.
Namun, buat masa ini perkhidmatan untuk membuat semakan status bankrap di RILEK masih di bawah penyelenggaraan sehingga tempoh masa yang akan dimaklumkan nanti.
Akhir kata
Untuk menyemak status bankrap menggunakan laman web seperti yang kami senaraikan di atas. Anda haruslah membuat pendaftaran akaun terlebih dulu.
Jika anda dah pun ada akaun atau dah selesai mendaftar. Bolehlah ikut step yang telah kami kongsikan di atas.
Apa-pun, diharapkan agar perkongsian kami mengenai cara semak status bankrap online ini dapat membantu anda yang memerlukan.
Kalau anda bankrap disebabkan kena tipu dengan scammer, ini ada cara nak dapatkan balik duit yang dah disonglap tu.
Kami doakan agar semua urusan anda dipermudahkan.
Semoga bermanfaat.