What's Hot

    Siapa dekat sini yang tak tahu makna Rujukan Penerima Tabung Haji dan apa yang patut anda masukkan di ruangan tersebut? Jika anda adalah orangnya. Maka anda telah berada di artikel yang betul.

    Di sini kami jelaskan kepada anda apa yang perlu anda pastikan mengenai tajuk ini untuk lebih faham.

    Jemput baca perkongsian kami.

    Apakah Rujukan Penerima?

    Rujukan Penerima adalah seperti nota oleh pemberi di dalam penyata bank atau resit ketika membuat pindahan wang dan sebagainya kepada pihak lain iaitu penerima.

    Ia adalah satu usaha oleh pihak bank untuk memberi akses kepada penerima melihat rujukan maklumat pindahan yang dinyatakan oleh pemberi dan ianya wajib diisi.

    Untuk pengetahuan anda, bahagian ini adalah digunapakai untuk kesemua jenis pindahan online mana-mana bank termasuklah Tabung Haji.

     

    Apa yang perlu anda isikan di bahagian Rujukan Penerima Tabung Haji?

    Menurut jawapan yang diberikan oleh pihak Tabung Haji berhubung soalan ini adalah anda boleh mengisi apa saja maklumat pada ruangan tersebut yang berkaitan dengan penerima.

    Sebagai contoh, anda boleh masukkan nama penerima, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan sebagainya asalkan ianya adalah maklumat mengenai penerima anda.

     

    Bila Rujukan Penerima Tabung Haji akan diperlukan?

    Rujukan Penerima Tabung Haji ini akan diperlukan ketika anda membuat pindahan atau transfer wang ke akaun lain menggunakan Tabung Haji online banking.

    Untuk lebih faham, katakanlah yang anda dah pun log masuk ke akaun Tabung Haji anda dan telah melakukan langkah awal untuk membuat pindahan wang.

    Seterusnya, setelah anda memasukkan jumlah wang yang ingin dipindahkan. Anda akan diminta untuk memasukkan Rujukan Penerima seperti contoh yang telah kami nyatakan di atas.

     

    Ada masalah mengenai Rujukan Penerima Tabung Haji?

    Sekiranya anda masih menghadapi sebarang masalah atau kesulitan mengenai Rujukan Penerima Tabung Haji atau hal-hal berkaitan.

    Anda boleh menghubungi pihak mereka menerusi pilihan di laman web tabunghaji.gov.my ini atau terus bercakap dengan bahagian Khidmat Pelanggan Tabung Haji di talian 03 – 6207 1919 bagi tindakan lanjut.

    Waktu operasi mereka adalah dari hari Isnin hingga Ahad bermula pukul 8.00 pagi sehingga 6.30 petang kecuali pada hari cuti umum.

     

    Akhir kata

    Kami berharap dengan adanya perkongsian ini dapatlah membantu permudahkan lagi urusan perbankan Tabung Haji anda dari semasa ke semasa.

    So, bila dah tahu dan dah faham apa yang boleh dimasukkan pada ruangan Rujukan Penerima itu nanti. Lebih senang lah proses pindahan wang anda dilakukan. Tak adalah ambil masa lama semata-mata nak fikir apa yang sepatutnya nak diisikan di situ.

    Jangan pening-pening lagi dah ya.

    Semoga bermanfaat.

    Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

    Leave A Reply