Tahu tak? Permohonan pinjaman CIMB bukannya senang nak lulus. Walaupun ada banyak sebab kenapa pinjaman bank tidak lulus, punca yang paling utama ialah pemohon tak baca kelayakan pinjaman peribadi CIMB betul-betul. Main hentam sahaja apply dengan CIMB.
Jadi, untuk elakkan anda frust bila personal loan CIMB kena reject, kami kongsikan maklumat penting ini.
Apa dia kelayakan pinjaman peribadi CIMB?
Ini maklumat sahih yang kami ambil sendiri dari laman web CIMB di https://www.cimbclicks.com.my
Syarat kelayakan atau eligibility untuk personal loan CIMB adalah seperti berikut:
Islamik
CIMB Xpress Cash Financing-i
- Merupakan warganegara Malaysia
- Had umur minimum 21 tahun sehingga maksimum 60 tahun
- Berpendapatan sekurang-kurangnya RM800 sebulan
- Berkhidmat sekurang-kurangnya selama 6 bulan
- Berniaga sekurang-kurangnya selama 6 bulan
Konvensional
CIMB Cash Plus
- Berumur sekurang-kurangnya 21 tahun sehingga 60 tahun
- Mestilah seorang warganegara Malaysia
- Mempunyai pendapatan minimum RM2,000 sebulan
- Mestilah bekerja lebih dari 6 bulan (jika berkaitan)
- Perniagaan mestilah telah aktif lebih dari 2 tahun dan ke atas
Jadi, kalau anda rasa anda layak, jangan buang masa.
Jangan berlengah lagi.
Sila terus mohon pinjaman peribadi CIMB sekarang.
Semak kelayakan pinjaman peribadi CIMB terkini
Call CIMB sendiri
Ya, faham.
Semua orang ada ketakutan itu.
Takut tak lulus.
Takut loan kena reject.
Sebab itu sebelum mohon, semak dulu syarat dan kelayakan pinjaman CIMB betul-betul.
Just in case anda tak berapa clear dengan segala terma dan syaratnya, lebih baik call Customer Service CIMB terus.
Tanya apa sahaja yang anda nak tahu tentang pinjaman peribadi CIMB.
Ikuti langkah-langkah berikut:
- Hubungi Customer Service CIMB di talian 03-6204 7788
- Tekan nombor 1, 2 atau 3 untuk pilih bahasa
- Pilih Bahasa Melayu
- Pilih sambungan ke Bahagian Pinjaman atau Financing CIMB
- Tunggu seketika sehingga panggilan anda dijawab oleh Customer Service
- Apabila panggilan sudah dijawab oleh Customer Service, perkenalkan diri anda
- Berikan nombor Kad Pengenalan dan nombor akaun bank untuk pengesahan
- Jika perlu, Customer Service akan tanya beberapa soalan lagi untuk proses pengesahan
- Seterusnya, ajukan soalan kepada Customer Service tentang kelayakan pinjaman yang anda masih lagi belum jelas
- Tanya lagi apa-apa soalan berkaitan pinjaman-pinjaman lain seperti pinjaman ASB (jika ada)
- Walau bagaimanapun, ada kemungkinan Customer Service juga tidak tahu beberapa perkara tentang pinjaman tersebut
- Jadi, mungkin Customer Service akan minta anda pergi ke cawangan untuk maklumat lanjut CIMB Bank
- Catat semua maklumat penting yang dimaklumkan Customer Service berkenaan kelayakan pinjaman yang dikehendaki
- Kekal bertenang dan jangan marah-marah pada CIMB Bank
- Selesai
Check CIMB online
Ada kemungkinan, apa yang kami kongsikan di atas sudah relevan lagi kerana sudah dikemaskini oleh pihak CIMB.
By the time kami tulis panduan ini, sudah pasti CIMB ada terms & conditions yang baru.
Jadi, ada baiknya anda klik dan baca sendiri informasi yang sahih dan original di laman web CIMB.
Andai kata ada maklumat tentang syarat pinjaman peribadi CIMB yang kami belum update lagi, mohon maklumkan pada pasukan editorial MyPinjaman2u dengan kadar segera.
Islamik
Konvensional
Tak penuhi syarat & kelayakan pinjaman peribadi CIMB?
Janganlah sedih-sedih.
Chill-lah!
Dah kenapa nak sangat meminjam dengan CIMB?
Banyak lagi bank-bank lain yang offer personal loan kan?.
Boleh rujuk senarai pinjaman peribadi bank yang kami kumpul satu-satu ini.
Satu lagi alternatif, walau kami tidak recommend sangat, kalau terdesak, boleh cuba dapatkan pinjaman wang berlesen yang boleh dipercayai daripada senarai KPKT yang berdaftar.
Tapi cuba dulu buat pinjaman peribadi dengan CIMB.
Tengok macam mana, boleh approve atau kena reject.
Jangan mengalah awal-awal.
Cuba dulu.
Akhir kata
Diharapkan agar perkongsian berkenaan syarat dan kelayakan pinjaman peribadi CIMB ini akan memudahkan lagi urusan anda.
Kami pun lega.
Tak perlu risau dah.
Kenapa tak perlu risau dah?
Kalau anda meminjam dengan bank, memang confirm ia adalah pinjaman peribadi yang selamat.
Ya, kami memang penat.
Jujur, kami bersengkang mata siang malam buat senarai ini.
Kami tak minta ucapan terima kasih pun.
Cukuplah sekadar anda dapat manfaat daripada list yang kami compile ini.
Dan cukuplah anda tidak terjebak dengan pinjaman dengan ahlong.
Ingat sekali lagi, jangan sesekali buat pinjaman ahlong.
Nanti merana diri.
Semoga bermanfaat.
2 Comments
Kalau nak contact , pls tap message to my whatsapp & introduce yourself clearly , cause it was too much SCAM !
Hello , boleh tak saya nak tau pasal application saya pada 4/5/2023 tu layak ke tak layak ?