Sekiranya anda nak semak nombor akaun Hong Leong Bank tapi tak pasti apakah caranya. Kami cadangkan anda ikuti beberapa kaedah yang kami sediakan di dalam artikel ini.
Izinkan kami berkongsi.
Semak nombor akaun Hong Leong Bank secara online
Kalau anda nak tahu nombor akaun Hong Leong Bank anda dengan mudah. Anda boleh mendapatkannya melalui laman web atau aplikasi Hong Leong Bank.
Anda juga boleh menggunakan cara yang sama untuk membuat semakan nombor akaun ini sama ada menggunakan website atau aplikasi telefon pintar.
Ikuti langkah-langkah di bawah:
- Layari laman web perbankan internet Hong Leong bank di sini hongleongconnect.my atau buka aplikasi HLB Connect di telefon pintar anda.
- Laman utama HLB Connect akan terpapar.
- Pergi ke bahagian Login untuk proses log masuk.
- Masukkan Username dan tekan Next.
- Kemudian, sahkan Security Picture anda dengan tickkan pada kotak yang disediakan.
- Seterusnya, masukkan Password.
- Tekan Login.
- Laman utama profil atau akaun HLB Connect anda akan dipaparkan.
- Sila lihat pada bahagian Account atau My Account.
- Nombor akaun Hong Leong Bank anda akan terpapar.
- Selesai.
Namun begitu, untuk anda yang ingin menggunakan aplikasi Hong Leong Bank. Pastikan anda memuat turun aplikasi tersebut terlebih dulu di Google Play Store atau Apple App Store anda.
Tambahan lagi, bila anda dah ada aplikasi Hong Leong Bank ini. Bukan setakat nak check nombor akaun saja yang dapat anda lakukan. Nak semak baki akaun Hong Leong Bank pun boleh.
Semak nombor akaun Hong Leong Bank melalui panggilan telefon
Tak ada akses internet? Jangan risau. Boleh saja buat panggilan telefon untuk mengetahui nombor akaun Hong Leong Bank anda.
Berikut merupakan cara-caranya:
- Dail talian 03-7626 8899 untuk bercakap dengan Bahagian Khidmat Pelanggan Hong Leong Bank.
- Tunggu seketika sehingga panggilan anda dijawab.
- Jika panggilana anda sudah dijawab, perkenalkan diri dan nyatakan tujuan anda adalah untuk semak nombor akaun.
- Tunggu seketika sehingga panggilan anda disambungkan ke bahagian atau kakitangan berkaitan.
- Apabila panggilan sudah disambung, perkenalkan diri dan nyatakan tujuan anda sekali lagi.
- Sila berikan segala maklumat atau butiran yang diperlukan oleh pihak Hong Leong untuk proses semakan.
- Tunggu seketika sementara permintaan anda sedang diproses.
- Jika tiada sebarang masalah, nombor akaun Hong Leong Bank anda akan dimaklumkan serta-merta.
- Catat atau rekod nombor akaun tersebut jika perlu.
- Selesai.
Check account number di kaunter Hong Leong Bank
Jika anda ada banyak masa lapang dan lebih suka membuat apa-apa urusan bank secara fizikal. Anda boleh membuat semakan nombor akaun anda di mana-mana cawangan Hong Leong Bank berhampiran anda.
Ikuti panduan di bawah:
- Pastikan anda membawa sebarang dokumen pengenalan diri seperti kad pengenalan.
- Hadir di mana-mana cawangan Hong Leong Bank berdekatan anda.
- Dapatkan nombor giliran di kaunter atau kiosk pada hadapan pintu masuk utama bank.
- Ambil tempat duduk anda dan tunggu sehingga nombor anda dipanggil.
- Apabila nombor anda sudah dipanggil, sila pergi ke kaunter urusan yang telah dinyatakan.
- Nyatakan tujuan anda adalah untuk semak nombor akaun.
- Berikan segala maklumat atau butiran diri anda yang diperlukan oleh kakitangan bertugas.
- Tunggu seketika semasa permintaan sedang diproses.
- Sekiranya tiada sebarang masalah, nombor akaun anda akan diberitahu serta-merta.
- Catat atau rekod nombor akaun tersebut jika perlu.
- Selesai.
Semak nombor akaun dekat mesin ATM
Di bawah adalah langkah-langkah untuk check nombor akaun Hong Leong Bank anda menggunakan mesin ATM:
- Kunjungi mana-mana cawangan Hong Leong Bank berhampiran anda.
- Masukkan kad ATM anda di ruangan yang disediakan.
- Tunggu seketika sehingga kad anda berjaya disahkan.
- Pilih BAHASA.
- Kemudian, masukkan nombor PIN ATM anda.
- Tunggu seketika sehingga akaun anda berjaya disahkan.
- Halaman utama akan dipaparkan.
- Tekan pada menu LAIN-LAIN.
- Kemudian, tekan pada bahagian PENYATA MINI.
- Ikuti arahan seterusnya dan tunggu seketika sementara permintaan anda diproses.
- Penyata mini akaun anda akan dikeluarkan.
- Sila semak nombor akaun Hong Leong Bank anda pada penyata tersebut.
- Selesai.
Akhir kata
Sekian saja penulisan kami mengenai bagaimana untuk semak nombor akaun Hong Leong Bank. Diharapkan dengan adanya perkongsian ini dapat membantu urusan perbankan anda menjadi lebih mudah.
Semoga bermanfaat.
9 Comments
sy mohon mcm mane nak semak semula no ekaun sy
SAYA LUPA NO AKAUN HONG LEONG
Lupa no akaun bank hong Leong bank
Lupa no akaun bank inn
Saya sudah lupa num akaun hong Leong bank saya… dan kad ATM juga sudah expired bulan 8/23…. boleh kah saya renew kad ATM secara online dan dapatkan kembali num akaun bank saya?
Saya lupa username and password hong leong bank saya.sekarang ni saya berada di luar negara,boleh cek akaun saya ni no kad saya 4678 5128 9008 1240
Semak no account hong leong bank
Check balance in my account
Check my balance amout in my account bank