What's Hot

    Sekiranya anda mahu check balance duit anda dalam akaun RHB anda, tidak perlu sampai ke ATM. Ada beberapa cara untuk semak baki akaun RHB secara online di logon.rhb.com.my.

    Dalam artikel kali ini, kami akan kumpulkan dan ringkaskan berapa panduan untuk check baki akaun RHB anda.

    Cara semak baki akaun RHB online di logon.rhb.com.my

    Anda mesti mendaftar terlebih dahulu sebelum menggunakan perkhidmatan perbankan Internet daripada RHB yang disediakan secara percuma.

    Sekiranya anda sudah memiliki akaun yang berdaftar, sila ikuti langkah-langkah seterusnya seperti yang dikongsikan di bawah:

    1. Buka laman web rasmi RHB di sini: https://logon.rhb.com.my
    2. Masukkan nama pengguna dan kata laluan
    3. Pilih menu My Account
    4. Pilih menu Account Balance
    5. Maklumat baki Anda akan dipaparkan pada skrin
    6. Selesai

    Cara semak baki akaun RHB melalui aplikasi RHB Now

    Adakah anda tahu yang RHB bank turut memiliki aplikasi mudah alihnya sendiri iaitu RHB Now?

    Jika anda belum install, anda boleh memuat turun aplikasi RHB Now di Google Playstore dan App Store.

    Aplikasi ini mengandungi pelbagai perkhidmatan yang mampu membantu anda melakukan pelbagai transaksi seperti menyemak baki akaun, pemindahan wang, menambah nilai dan lain-lain perkhidmatan.

    Sila ikuti langkah-langkah menggunakan aplikasi RHB Now seperti di bawah:

    1. Buka aplikasi RHB Now
    2. Masukkan nama pengguna dan kata laluan
    3. Pilih menu My Account > Account
    4. Maklumat baki akaun RHB Anda akan dipaparkan sepenuhnya
    5. Selesai

    Cara check balance akaun RHB melalui ATM

    Andai kata anda tidak ada data Internet, memanglah tidak akan boleh buat semakan secara online.

    Walau bagaimanapun, anda masih boleh check balance duit dalam akaun RHB anda melalui mesin ATM.

    Sila lawati mana-mana ATM RHB yang terdekat, bersama kad ATM anda yag masih aktif.

    Seterusnya ikuti langkah-langkah untuk memeriksa baki akaun RHB melalui ATM seperti di bawah:

    1. Masukkan kad debit ATM Anda
    2. Pilih bahasa Malaysia/English
    3. Masukkan PIN Anda
    4. Tekan Menu Transaksi Lain/Other
    5. Tekan Maklumat Akaun/Account Summary
    6. Tekan Menu Maklumat Baki/Semak Akaun Simpanan
    7. Maklumat baki akan terpapar di skrin
    8. Selesai

    Akhir kata

    Diharapkan agar perkongsian berkenaan cara semak baki akaun RHB online ini akan memudahkan lagi urusan perbankan anda.

    Jika mempunyai pinjaman, sila semak baki pinjaman RHB anda dan pastikan tidak lupa membayar hutang setiap bulan.

    Semoga bermanfaat.

    Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

    3 Comments

    Leave A Reply