What's Hot

    Kalau lupa password untuk log masuk RHB Bank, itu biasa. Tak perlu nak panik sangat sebab boleh reset balik. Dan tak susah pun nak reset kata laluan RHB Bank.

    Dalam artikel ini, kami akan berkongsi cara nak reset password RHB Bank anda secara online.

    Reset Kata Laluan RHB Bank Online

    Berikut ialah cara untuk anda buat tetapan semula kata laluan RHB Bank melalui Perbankan Internet RHB Bank:

    1. Pergi ke laman web rasmi RHB di sini: https://onlinebanking.rhbgroup.com/my/login
    2. Halaman utama RHB Online akan terpapar
    3. Klik FORGOT USERNAME / PASSWORD
    4. Anda perlu mengesahkan identiti anda sebagai pemilik akaun RHB Bank ini
    5. Masukkan Card Number / Loan Account Number seperti yang dikehendaki
    6. Klik butang Next
    7. Ikuti arahan selanjutnya yang diberikan RHB Bank
    8. Cuba log masuk RHB Bank semula
    9. Sekiranya proses reset kata laluan berjaya, akan akan dapat masuk semula ke dalam Perbankan Internet RHB Bank
    10. Selesai

    Kalau anda lupa atau tak ingat langsung Card Number atau Loan Account Number atau apa-apa sahaja yang berkaitan, sila hubungi Khidmat Pelanggan RHB Bank

     

    Dah Try, Tapi Gagal Reset Password RHB Bank?

    Andai kata anda dah cuba banyak kali tapi masih tak berjaya, hubungi sahaja RHB Bank.

    Berikut ialah cara untuk anda hubungi Khidmat Pelanggan RHB Bank untuk minta bantuan:

    1. Hubungi pihak RHB Bank di talian 03-9206 8118
    2. Tekan 1, 2 atau 3 untuk pilih bahasa
    3. Untuk lebih mudah, pilih Bahasa Melayu
    4. Tunggu sekejap sehingga panggilan anda dijawab oleh Khidmat Pelanggan RHB Bank
    5. Apabila panggilan sudah dijawab, perkenalkan diri
    6. Berikan nombor akaun atau nombor Kad Pengenalan
    7. Maklumkan Khidmat Pelanggan, anda ada masalah untuk log masuk dan tak boleh reset kata laluan
    8. Jika perlu, Khidmat Pelanggan di talian akan tanya beberapa soalan untuk proses pengesahan identiti samada anda benar-benar pemilik akaun yang sah
    9. Untuk proses pengesahan identiti ini, sila jawab soalan-soalan yang diberikan dengan tepat
    10. Agak leceh, tapi ini memang salah satu SOP untuk pastikan bahawa anda bukan ‘scammer’ yang cuba menipu
    11. Pihak Khidmat Pelanggan di talian akan membuat proses pengesahan identiti terlebih dahulu
    12. Seterusnya, pihak Khidmat Pelanggan akan buat semakan
    13. Setelah identiti anda disahkan, Khidmat Pelanggan akan bantu reset kata laluan
    14. Terus kekal di talian sementara pihak Khidmat Pelanggan membantu menyelesaikan masalah anda
    15. Sekiranya semuanya berjalan lancar, masalah log masuk anda akan diselesaikan oleh Khidmat Pelanggan
    16. Selesai

     

    Lepas Berjaya Reset, Login RHB Bank Semula

    Jangan terus rasa senang hati kalau sudah berjaya reset kata laluan RHB Bank anda melalui https://onlinebanking.rhbgroup.com.

    Pastikan anda log masuk RHB Bank untuk pastikan masalah ini telah selesai.

    1. Berikut ialah cara untuk login RHB Bank sekali lagi:
    2. Sila layari Internet Banking RHB di sini: https://onlinebanking.rhbgroup.com/my/login
    3. Muka hadapan RHB Online akan terpapar
    4. Sila login ke akaun onlinebanking.rhbgroup.com anda macam biasa
    5. Isikan Username
    6. Seterusnya, teruskan dengan menekan butang LOGIN
    7. Sila sahkan Secure Word dengan menekan butang ‘Check Mark’ menandakan ‘Yes’
    8. Isikan Password
    9. Klik butang LOGIN
    10. Jika tiada ada apa-apa masalah login, anda akan dapat masuk ke dalam sistem RHB Online
    11. Teruskan dengan urusan perbankan yang dikehendaki seperti pembayaran bil, pemindahan wang dan lain-lain melalui RHB Online
    12. Selesai

     

    Kenapa Perlu Reset Semula?

    Berikut ialah beberapa perkara yang mungkin menyebabkan anda perlu buat tetapan semula password RHB Bank:

    1. Anda memang tak ingat langsung dan telah memasukkan kata laluan yang salah melebihi 3 kali, atau melebihi had yang ditetapkan oleh RHB Bank
    2. Anda tidak pernah login RHB Bank beberapa bulan, iaitu melebihi tempoh masa yang ditetapkan
    3. Anda sudah mendaftar, tetapi belum pernah log masuk ke akaun RHB Bank
    4. Lain-lain sebab yang dinyatakan oleh pihak bank

    Anda perlu faham bahawa pihak RHB Bank sangat mementingkan keselamatan pengguna.

    Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk mengemaskini kata laluan setiap beberapa bulan untuk memastikan akaun RHB Bank tetap selamat.

     

    Jangan Salah Reset!

    Menetapkan semula kata laluan RHB Bank itu mudah. Walau bagaimanapun, jangan buat sambil lewa kerana ia boleh mendatangkan masalah yang lebih besar.

    Jadi, adalah penting untuk mengelakkan kesilapan yang paling kerap berlaku di kalangan pengguna.

    1. Pertama, semak dua kali bahawa anda memasukkan semua maklumat peribadi anda dengan betul semasa membuat pengesahan identiti anda. Ia mungkin kelihatan seperti butiran kecil, tetapi kesilapan titik, huruf kecil, huruf besar atau kesilapan lain boleh menyebabkan proses penetapan kata laluan ini bermasalah.
    2. Kedua, pastikan bahawa setiap kata laluan baru yang anda cipta memenuhi syarat keselamatan bank. Ini biasanya termasuk mempunyai bilangan aksara tertentu, termasuk nombor dan simbol. Cipta kata laluan baru yang tak pernah digunakan langsung itu bagus. Cuma pastikan anda ingat dan simpan baik-baik dalam otak!

     

    Akhir kata

    Diharapkan agar perkongsian berkenaan cara reset kata laluan RHB Bank ini mudah difahami.

    Terakhir, jika sesiapa sahaja menghubungi anda mengatakan mereka dari RHB Bank dan meminta maklumat peribadi, nombor Kad Pengenalan atau kata laluan, JANGAN PERCAYA!

    Pihak RHB Bank tidak akan meminta maklumat sensitif pelanggan melalui panggilan telefon semata-mata.

    Sila hubungi RHB Bank sendiri untuk mengelakkan penipuan oleh scammer.

    Duit hilang nanti, siapa nak bertanggungjawab?

    Semoga bermanfaat.

    Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

    Leave A Reply