Apa itu MyTemuJanji JPN?
MyJanjiTemu atau MyTemuJanji merupakan satu sistem yang diperkenalkan oleh JPN untuk memudahkan pengguna membuat penempahan urusan di kaunter JPN secara online terlebih dahulu mengikut tarikh dan masa yang telah ditetapkan.
- Antara perkhidmatan kaunter yang boleh ditempah melalui sistem ini adalah:
- Kad Pengenalan
- Kematian
- Anak Angkat
- Perkahwinan
- Perceraian
- Warganegara
Cara login mytemujanji.jpn.gov.my
Berikut ialah cara untuk log masuk MyTemuJanji JPN:
- Layari laman web rasmi MyTemuJanji di sini: https://mytemujanji.jpn.gov.my
- Pilih MULA TEMPAHAN
- Baca Terma dan Syarat
- Tick pada kotak Saya telah membaca dan bersetuju dengan Terma dan Syarat
- Klik butang SETERUSNYA
- Pilih Negeri
- Pilih Pejabat JPN
- Pilih Perkhidmatan
- Klik SETERUSNYA
- Pilih Tarikh
- Tekan Semak
- Pilih Slot Masa pada tarikh yang telah dipilih
- Klik SETERUSNYA
- Masukkan Nama, No Pengenalan Diri, Telefon dan Email
- Klik HANTAR
- Slip Tempahan akan dipaparkan
- Sila cetak atau simpan untuk rujukan
- Selesai
Tak boleh login sebab terlupa kata laluan?
Sekiranya ada masalah berkaitan password atau penggunaan MyJanjiTemu, boleh hubungi talian 03-8880 7077 atau terus menghantarkan emel ke alamat [email protected]
Perlu daftar MyTemujaji JPN ke?
Penggunaan perkhidmatan di sistem MyTemuJanji tidak memerlukan sebarang pendaftaran akaun
Boleh terus layari laman web MyTemujanji dan terus membuat tempahan