JohorPay adalah platform pembayaran bersepadu secara online yang diterajui oleh Kerajaan Negeri Johor untuk bayaran perkhidmatan agensi-agensi Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan Berkanun. Dahulunya, JohorPay menggunakan URL onlinepayment.johor.gov.my.
Secara ringkasnya, JohorPay adalah platformsatu pembayaran digital yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Johor, Malaysia. Platform ini boleh diakses melalui laman web johorpay.johor.gov.my dan bertujuan untuk memudahkan transaksi kewangan serta meningkatkan kecekapan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat Johor.
Apa kegunaan JohorPay?
Kegunaan JohorPay adalah untuk menyediakan satu saluran yang lebih mudah, selamat dan pantas untuk membuat pembayaran pelbagai jenis bil dan caj, seperti cukai tanah, cukai pintu, saman trafik, bayaran lesen perniagaan, dan sebagainya.
Selain itu, platform ini juga memudahkan pengguna untuk menyemak dan melihat status pembayaran mereka secara online.
Dengan menggunakan JohorPay, pengguna dapat menjimatkan masa dan tenaga kerana mereka tidak perlu mengunjungi pejabat atau kaunter kerajaan untuk membuat pembayaran.
Transaksi dibuat secara digital dan tidak memerlukan interaksi fizikal.
JohorPay memainkan peranan penting dalam era digitalisasi ini, tidak hanya untuk memudahkan urusan harian rakyat, tetapi juga untuk membantu mencapai matlamat
Kerajaan Negeri Johor dalam menghadapi cabaran teknologi dan pembangunan ekonomi.
Cara login johorpay.johor.gov.my
Untuk login JohorPay, and perlu layari laman web rasmi JohorPay:
- Klik pautan https://johorpay.johor.gov.my
- Halaman utama portal akan keluar
- Pilih bahasa sama ada Bahasa Melayu atau English
- Masukkan ID Pengguna / No Pengenalan
- Tekan Log Masuk
- Selesai
Tak boleh login johorpay.johor.gov.my
Sekiranya anda tidak boleh login JohorPay atau mempunyai apa-apa masalah berkaitan penggunaan JohorPay, sila hubungi 07-266 7799.
Anda juga boleh hantar emel terus ke alamat [email protected]
Boleh juga menghantar WhatsApp ke nombor berikut:
- 07-266 7733
- 07-266 7711
Cara daftar JOHORPAY
Untuk mendaftar JohorPay buat kali pertama, sila buka laman web rasmi JohorPay dan ikuti arahan di bawah:
- Klik https://johorpay.johor.gov.my
- Cari dan klik pada butang Daftar Baru
- Pilih Jenis Pengguna
- Masukkan maklumat yang diperlukan seperti:
Jenis ID Pengenalan
No. Pengenalan
Nama Penuh
Emel
Pengesahan Emel
No. Telefon Bimbit
Pengesahan No. Telefon Bimbit
Kata Laluan
Pengesahan Kata Laluan - Kemudian, buat pengesahan akaun melalui sama ada No. Telefon Bimbit (No.Malaysia & Singapura sahaja) atau Emel
- Seterusnya, tick pada kotak Terma dan Syarat tanda bersetuju
- Tick pada kotak Saya bukan robot
- Tekan butang Hantar
- Buat pengesahan akaun melalui saluran yang telah dipilih
- Ikuti arahan seterusnya untuk melengkapkan pendaftaran hingga selesai
- Tamat