Apa itu MySPR?
MySPR merupakan satu sistem yang diperkenalkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia untuk memudahkan urusan berkaitan undi melalui portal online.
Antara urusan yang disediakan di dalam sistem ini adalah semakan pusat mengundi, pendaftaran undi pos dan sebagainya.
Cara login myspr.spr.gov.my
- Layari laman web rasmi MySPR di sini: https://myspr.spr.gov.my
- Lihat pada ruangan Log Masuk Akaun
- Masukkan NO. KAD PENGENALAN
- Masukkan KATA LALUAN
- Masukkan CAPTCHA
- Tekan butang LOG MASUK
- Selesai
Tak boleh login sebab masalah kata laluan MySPR
Untuk sebarang masalah yang berlaku dan pertanyaan, sila hubungi Hotline SPR di talian 03-8892 7018.
Macam mana nak daftar myspr.spr.gov.my
- Layari laman web rasmi MySPR di sini: https://myspr.spr.gov.my
- Tekan pada butang PERMOHONAN AKAUN BAHARU
- Seterusnya, masukkan maklumat yang diperlukan seperti:
NAMA
NO. KAD PENGENALAN
NO. PERKHIDMATAN POLIS / TENTERA (JIKA BERKENAAN)
TARIKH LAHIR
NO. TELEFON BIMBIT
E-MEL
KATA LALUAN
PENGESAHAN KATA LALUAN
SOALAN KESELAMATAN
JAWAPAN KESELAMATAN
ALAMAT - Kemudian, MUAT NAIK GAMBAR DEPAN MYKAD dan SWAFOTO BERSAMA MYKAD
- Masukkan CAPTCHA
- Tick pada kotak persetujuan terma & syarat
- Tekan butang DAFTAR
- Anda akan menerima notifikasi atau emel yang tertera permohonan anda telah berjaya
- Selesai