Apa itu mySST Kastam?

MySST merupakan laman web atau portal rasmi yang dijalankan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk sebarang urusan berhubung cukai jualan dan perkhidmatan di Malaysia (CJP) yang terlibat.

Cara login mysst.customs.gov.my

  1. Layari laman web rasmi MySST di sini: https://mysst.customs.gov.my
  2. Pilih Bahasa Malaysia (Malay)
  3. Tekan pada menu Log Masuk
  4. Seterusnya, masukkan SST Registration Number
  5. Tekan butang Enter
  6. Masukkan USER ID
  7. Masukkan PASSWORD
  8. Tekan butang Log In
  9. Selesai

Tak boleh login sebab masalah kata laluan SST Kastam?

Untuk sebarang masalah berhubung MySST, sila hubungi talian 1 300-888-500 (Jabatan Kastam Diraja Malaysia) bagi mendapatkan bantuan dan maklumat lanjut.

Macam mana nak daftar mysst.customs.gov.my

  1. Layari laman web rasmi MySST di sini: https://mysst.customs.gov.my
  2. Pilih Malay untuk Bahasa Malaysia
  3. Pilih menu Pendaftaran Baharu
  4. Pilih jenis Pendaftaran Baharu iaitu untuk Cukai Jualan, Cukai Perkhidmatan atau Pengguna Tidak Berdaftar : Perkhidmatan Import
  5. Seterusnya, lengkapkan semua butiran yang diperlukan untuk permohonan pendaftaran seperti:
    Bahagian A : Maklumat Perniagaan
    Bahagian B : Butiran Pengilangan / Perkhidmatan
    Bahagian C : Akuan Pemohon
  6. Kemudian, tekan butang Submit
  7. Anda akan menerima notifikasi / emel yang menyatakan pendaftaran anda telah berjaya
  8. Selesai

 

 

Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

Leave A Reply