What's Hot

    Bergegar group Whatsapp bila ramai kawan-kawan share bahawa sekarang sudah boleh claim ePemula daripada semua penyedia eWallet termasuk Shopee. Amaun kredit ini adalah berjumlah RM150 dan akan dikreditkan ke dalam ShopeePay masing-masing.

    Bukan Shopee sahaja. Anda juga boleh claim melalui ewallet yang lain yang menyertai program ini iaitu ePemula TNG, ePemula BigPay dan ePemula Grab. Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan bahawa adalah cara cash out ePemula bagi mendapatkan wang dalam bentuk tinai.

     

    Kenapa pilih ePemula Shopee?

    Tipulah kalau tak suka shopping. Kalau anda salah seorang yang memang addicted dengan Shopee, kredit RM150 ini akan dimasukkan ke dalam ShopeePay anda.

    Kalau sudah ada kredit, maka tangan anda sudah mula boleh clearkan mana-mana cart yang sebelum ini terdiam sepi tanpa bicara.

     

    Boleh beli apa dengan kredit ePemula Shopee?

    Ada yang mengatakan bahawa kredit RM150 itu memang tidak boleh digunakan untuk shopping online. Walau bagaimanapun, anda masih lagi boleh memanfaat duit tersebut dengan shopping offline di mana-mana kedai atau merchant yang menerima ShopeePay.

    Mudah sahaja untuk mengenali kedai tersebut terima ShopeePay atau tidak. Tengok di kaunter pembayaran samada ada logo ShopeePay atau tidak. Selalunya, jika kedai tersebut agak besar, ia akan bersekali dengan GrabPay, TNG eWallet dan DuitNow QR.

    Setidak-tidaknya, boleh beli makanan atau barang keperluan harian.

    Untuk makanan dan minuman, boleh dapatkan senarai di bawah. Namun, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk menyemak status halal di restoran-restoran ini:

    • KFC
    • Starbucks
    • Tealive
    • Kenny Rogers
    • Manhattan Fish Market
    • O’Briens Sandwich
    • Sangkaya
    • Family Mart
    • DubuYo
    • Dominos Pizza
    • Myeongdong Topokki
    • Llao Llao
    • Pizza Hut
    • Secret Recipe
    • Texas Chicken
    • Old Town White Coffee
    • Burger King
    • Salad Atelier
    • Genki Sushi
    • Empire Sushi
    • Marrybrown
    • Boat Noodle
    • Nandos
    • Boost Juice
    • Cool Blog
    • Bubble Bee
    • dan banyak lagi….

     

    Barang keperluan harian:

    • 99 Speedmart
    • Mydin
    • Lotus’s
    • Watsons
    • 7 Eleven
    • KK Mart
    • Mr DIY
    • Eco Shop
    • dan banyak lagi….

     

    Isi minyak:

    • Shell
    • Petron
    • Caltex
    • dan banyak lagi….

     

    Lifestyle:

    • MBO Cinemas
    • TGV Cinemas
    • Book Xcess
    • Gamers Hideout
    • Red Box
    • Samsung Store
    • Xiaomi Store
    • Switch (barang-barang Apple)
    • Huawei Store
    • Uniqlo
    • JD Sports
    • ELLE
    • Giordano
    • Focus Point
    • dan banyak lagi….

     

    Macam mana nak claim ePemula Shopee?

    Menurut laman web rasmi Shopee di shopee.com.my, berikut ialah langkah-langkah ringkas untuk claim ePemula:

    1. Aktifkan ShopeePay anda terlebih dahulu
    2. Tekan butang Claim Now
    3. Isikan borang berkenaan maklumat peribadi seperti di pinta
    4. Permohonan anda akan diproses dalam masa 1-3 hari
    5. Anda akan menerima notifikasi melalu aplikasi Shopee apabila kredit RM150 telah dimasukkan
    6. Selesai

     

    Berapa lama perlu tunggu duit ePemula Shopee masuk?

    Ini bukan duit, tetapi kredit. Jangan salah faham.

    Untuk makluman, setelah maklumat siap diisi, permohonan akan diproses dalam masa 1-3 hari. Kami merasakan bahawa kredit tersebut juga akan dimasukkan ke dalam ShopeePay dalam masa 1-3 hari.

     

    Apa lagi yang bagus dengan ePemula ShopeePay ini?

    Selepas anda berjaya tebus RM150 yang diberikan oleh kerajaan, pihak Shopee akan memberikan voucher bernilai RM500 secara percuma.

    Voucher RM500 ini akan dihantar dalam masa 24 jam selepas penebusan berjaya.

     

    Siapa yang layak tebus ePemula Shopee ini?

    Untuk melayakkan anda menerima kredit RM150 dalam program ePemula, anda mestilah berumur 18-20 tahun pada tahun 2022.

    Masih tak clear?

    Untuk mudah faham, anda mestila lahir pada tahun 2002, 2003 dan 2004 sahaja. Sekiranya anda lahir pada tahun 2001, anda tidak layak kerana anda sudah terlebih umur iaitu 21 tahun. Sekiranya anda lahir pada tahun 2005, anda juga tidak layak kerana masih bawah lingkungan umur yang dibenarkan iaitu 17 tahun.

    Ingat, hanya yang berumur 18, 19 dan 20 tahun sahaja layak menerima ePemula 2022.

     

    Apa syarat lain untuk dapat kredit RM150 ePemula ShopeePay?

    Selain faktor umur, anda juga mestilah seorang pelajar sepenuh masa yang aktif di mana-mana institusi pengajian tinggi di Malaysia.

    Untuk lebih mudah faham, anda mestilah seorang pelajar sepenuh masa yang mengambil diploma, sijil kemahiran SKM4 dan ke atas. Ini termasuk IPTA dan juga IPTS. Yang paling utama, kursus yang diambil mestilah yang diiktiraf oleh kerajaan.

    Macam mana nak tahu diiktiraf atau tidak?

    Permohonan anda akan disemak silang. Takkan kerajaan buta-buta nak bagi duit macam itu sahaja tanpa buat semakan. Kalau anda dah habis sekolah tapi tak sambung belajar dan menganggur di rumah sambil goyang kaki tengok TikTok, anda tidak akan dapat apa-apa. Itulah, suruh belajar tak nak.

     

    Akhir kata

    Tepuk dada, tanya selera. Jika anda suka dengan Shopee, boleh sahaja menebus ePemula dengan Shopee. Jika tidak, masih ada lagi penyedia eWallet yang lain seperti BigPay, GrabPay dan TnG. Jangan salah taip Empula pula. Yang betul ialah ePemula.

    Apa-apa pun, selamat berbelanja! Jangan boros.

    Semoga dipermudahkan segala urusan.

    Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

    2 Comments

    1. Bernstien anak Nilet on

      Ni bantuan untuk beli apa?..beli serum last nk checkout cepat..dalam shopee pay tibe kosong..tpi kat wallet ada rm150?..ce bagitau untuk baya apa sebenarnya?

    2. Darnikeswary on

      Tolong aktifkan account saya please saya nak claim duit tu masuk bigpay sbb akaun shopee saya di bekukan

    Leave A Reply