Ternyata anda bukan seorang sahaja yang ingin tahu tentang perkara ini. Ramai juga yang mahu tahu, adakah perlu buat temujanji BSN online di mybsn.com.my sebelum datang ke bank untuk membuat urusan-urusan perbankan.
Izinkan kami berkongsi.
1. Perlu buat temujanji BSN secara online atau tidak?
Jawapan ringkas, tak perlu buat apa-apa temujanji.
Jawapan panjang, kalau BSN tak ada sediakan sistem untuk booking appointment, buat apa buat appointment? Tak payah fikir panjang-panjang dan buat lebih serabut. Jika BSN kata tak perlu buat janjitemu, tak perlulah buat janji temu.
2. Jadi, boleh datang terus BSN tanpa temujanji?
Ya, boleh terus hadirkan diri ke mana-mana cawangan BSN yang berdekatan dengan tempat tinggal anda.
Confirm?
Ya, confirm.
Kami sudah buat panggilan ke BSN Hotline di talian 1300-88-1900 untuk mengesahkan perkara ini. Habis kredit kami bazirkan semata-mata untuk anda.
Kalau anda berhasrat untuk habiskan kredit telefon anda, bolehlah berbual-bual dengan customer service BSN.
3. Waktu operasi BSN macam mana?
Memandangkan PKP, cawangan BSN tidak dibuka sehingga waktu petang macam dulu-dulu.
Waktu operasi BSN adalah mengikut negeri:
Negeri | Waktu Operasi |
Selangor | 9 pagi – 1 tengahari |
Kuala Lumpur | 9 pagi – 1 tengahari |
Johor | 9 pagi – 2 petang |
Melaka | 9 pagi – 2 petang |
Negeri Sembilan | 9 pagi – 2 petang |
Pahang | 9 pagi – 2 petang |
Terengganu | 9 pagi – 2 petang |
Kelantan | 9 pagi – 2 petang |
Perak | 9 pagi – 2 petang |
Pulau Pinang | 9 pagi – 2 petang |
Kedah | 9 pagi – 2 petang |
Perlis | 9 pagi – 2 petang |
Sabah | 9 pagi – 2 petang |
Sarawak | 9 pagi – 2 petang |
4. Alhamdulillah, lega tak perlu booking appointment BSN
Ya, kami juga rasa lega.
Ini kerana pengguna BSN kebanyakannya orang-orang lama dan juga tinggal di luar bandar. Tentu sekali akan mengalami sedikit kesukaran sekiranya diwajibkan membuat janjitemu BSN secara online.
Akhir kalam
Diharapkan agar perkongsian mengenai temujanji BSN secara online ini akan memudahkan urusan perbankan anda.
Untuk perkhidmatan Kerajaan pula, anda boleh membuat temujanji JPJ untuk urusan renew roadtax dan lesen; ataupun buat temujanji Pos Malaysia secara online. Urusan yang sama, lokasi berbeza.
Semoga bermanfaat.
42 Comments
Buka akaun pelajar untuk bantuan biasiswa
Nk buka kad bsn pun susah ke…bwt la temu janji..aduuuuiii susah la kalau mcm ne..pihak bsn patutnya sediakan temu janji untjt buka kad
Assallammuallaikum..saya sudah ada Akaun BSN..masalah nya sekarang nak buat Online Banking tetapi setiap kali tidak berjaya kerana No IC telah didaftarkan dulu..sebab sy dah tak ingat bila saya Daftar..Persoalannya sekarang bagaimana caranya utk saya DAFTAR BALIK UTK DPT BERURUSAN MELALUI ONLINE BANKING MYBSN..TQ
sya nk kuarkan duit Bpr
sya nk kuarkan duit BPR untuk buka bank
di kaunter BSN boleh buat urusan ASB ke?
sya nk kuar duit bprv
Maaf ingin bertanya berkenaan sspn bg anggota yg berpencen…apa keperluan dokumen yg perlu dibw bersama utk tebus sspn tu…tq
Saya nak tanya kenapa duit BPN saya dapat mai duit BPR dgn BKC saya tak dapat
saya nak tanya dan ambil duit untuk byran bsh.
Sy nak buka account bank bsn ,susah lah kalau tiada appointment. ,klau dtg saja ke bsn nak kena hadap lagi org ramai2 kat bank sana. .skarang sop mok jaga juga . .wlaupun sudah vaccine ,tQ
Saya nak tuntut Wang khairat BSH. TAHUN 2021.. dah Ada kelulusan ke belum? Sy call cawangan.. xpnh angkat.
buat account bank
Saya mahu tanya klu Saya buking nombor masuk bank bsn sandakan
Saya keluar kan duit bkc.di bsn..boleh saya masuk ke..
Saya nak tanya macam mana nak buka akaun SSPN untuk PTPTN
saya nak tanya agentbank bsn blh keluarkan duit klu xda atm kad ke!?sbb atm kad sy hilang..sy tau da yg blh gna ic kuarkan duit bpn tu..sbb tu yg xda akaun dieorg bkk sy punya atm kad hilang nk g bank mohon gantian…bank plak ttp pasal ada kes covid..nk kuarkn duit x tau agentbsn blh ke!?
Hy morning , nak tanya mcm Mana nak buat online banking?? Msti nak buat temu janji kh ??? Dan nak buka akuan BSN yg baru .. info pls sbb Saya nieh jaoh nak pergi miri ..
Sekarang boleh terus buat akaun dan ambil duit bpr dan bkc kah?
Betul ke di BSN tak perlu buat temujanji? Saya nk renew SSM bulan 11 nanti.
Buka acc bank
Renew kad bank
Saya nak buat kad bank bsn
Sya nak buat temujanji di bank simpanan nisonal di Keningau sabah sya bekali² nak buat kad disana tpi asik ditolak seja sebab ramai orng mahu ambil bantuan jadi kmi yg mau buat kad bank bsn ni x kena lain saya harap lepas ni klau buat temu janji harap² pantas dan dipermudahkan lh urusan buat kad sya
Saya nak buat kad bank sebab kad bank saya hilang macam mana nak buat temu janji
Buka acc bank BSN seberang jaya
Pos seberang jaya
Tinggal 25/11/2021
Ingin membuat kad bank
nk aktif kan akaun anak untuk biasiswa
Syukur Alhamdulillah.. tk perlu buat appointment…
BSN Jaya Gading memang kena berjam2 beratur ke? kesian pada warga tua yg menunggu…
Assalamualaikum….saya nak tanye kalau nak bukak akaun untuk warga emas kena bawak dokumen ape ye…
Minta nombor akaun
Untuk masa depan
Saya nk bukak akaun hrini boleh x ke bsn rompin
Saya nak aktif kan kad bank saya
Saya tidak kerja..seorang suri rumah tangga.masa sekarang saya mengandung.suami baru gerak singapore.sekarang saya nak buka basic account bank..boleh ke?borang apa perlu nak bawa yea..current basic account berapa yea?
Saya pun sorang suri rmh jer nk buka ACC bank sbb saya blom buat pun kat bank ni
Saya nak buat account bsn
Buat kad bank
buat kad bank