Gaji pencen merujuk kepada bayaran bulanan yang diterima oleh pesara kerajaan selepas mereka bersara daripada perkhidmatan awam. Ia adalah sebahagian daripada faedah persaraan yang diberikan kepada penjawat awam yang telah berkhidmat untuk tempoh masa yang ditetapkan, biasanya sekurang-kurangnya 10 tahun. Jumlah gaji pencen yang diterima bergantung kepada tempoh perkhidmatan dan gaji terakhir penjawat awam sebelum bersara.
Kalkulator anggaran bayaran bulanan gaji pencen adalah alat atau sistem yang membolehkan penjawat awam menganggarkan jumlah gaji pencen yang akan mereka terima selepas bersara. Kalkulator ini mengambil kira faktor-faktor seperti tempoh perkhidmatan, gaji terakhir, dan skim pencen yang berkaitan untuk memberi anggaran bayaran bulanan gaji pencen.
Kalkulator Pencen untuk Pesara JPA
Adakah Kalkulator Ini Boleh Digunakan Untuk Kira Kenaikan Gaji Pesara?
Ya, kalkulator ini boleh digunakan untuk buat pengiraan kenaikan pencen pesara dan mengira anggaran pelarasan berdasarkan gaji akhir, penghargaan khas, tempoh perkhidmatan dan pencen semasa. Walau bagaimanapun, kalkulator pelarasan gaji pencen ini ialah kalkulator tidak rasmi (unofficial), bukan daripada Bahagian Pencen, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Kalkulator Penyelarasan Pencen Baharu SSPA
FASA 1 (DISEMBER 2024)
FASA 2 (JANUARI 2026)
Kalkulator ini direka untuk tujuan simulasi kenaikan pencen pesara. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian, kerosakan, atau kekeliruan yang timbul akibat penggunaan kalkulator ini. Sila rujuk Bahagian Pencen JPA untuk maklumat yang tepat dan rasmi berkenaan pengiraan pencen pesara.
Adakah Kalkulator Ini Boleh Digunakan Untuk Persaraan Wajib dan Pilihan?
Ya, kalkulator ini boleh digunakan untuk dua jenis persaraan, iaitu persaraan wajib dan persaraan pilihan. Bagi persaraan wajib, kalkulator akan mengira anggaran bayaran bulanan gaji pencen berdasarkan umur persaraan wajib (biasanya 60 tahun) dan tempoh perkhidmatan sehingga tarikh persaraan tersebut. Penjawat awam boleh menggunakan kalkulator ini untuk mendapatkan gambaran tentang jumlah gaji pencen yang akan mereka terima apabila mencapai umur persaraan wajib.Pilihan
Bagi persaraan pilihan, penjawat awam boleh menggunakan kalkulator untuk menganggarkan bayaran bulanan gaji pencen berdasarkan tarikh persaraan yang mereka pilih. Kalkulator akan mengambil kira tempoh perkhidmatan sehingga tarikh persaraan yang dipilih dan mengira anggaran bayaran bulanan gaji pencen berdasarkan maklumat tersebut.
Kalkulator Pencen JPA Untuk Bersara Wajib
Kalkulator pengiraan bayaran pencen pesara kerajaan yang bersara wajib adalah alat (tool) tidak rasmi untuk membantu pesara buat kiraan manfaat dan anggaran gaji pencen yang bakal diterima setiap bulan.
Pengiraan Anggaran Pencen, Ganjaran dan GCR Bagi Persaraan Wajib
* Amaun ini adalah tertakluk kepada hutang kerajaan/majikan, jika ada
Kalkulator pengiraan manfaat dan bayaran pencen ini direka untuk tujuan simulasi sahaja. Untuk kalkulator rasmi, layari portal JPA Pencen dan klik Pengiraan Anggaran Pencen, Ganjaran dan GCR Bagi Persaraan Wajib. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian, kerosakan, atau kekeliruan yang timbul akibat penggunaan kalkulator ini. Sila rujuk dengan Bahagian Pencen, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk maklumat yang tepat dan rasmi berkenaan pengiraan gaji pencen pesara kerajaan.
Kalkulator Pengiraan Anggaran Pencen, Ganjaran dan GCR Bagi Persaraan Wajib yang Rasmi daripada JPA
Pengiraan Anggaran Pencen, Ganjaran dan GCR Bagi Persaraan Wajib adalah kalkulator rasmi JPA yang membolehkan penjawat awam menganggarkan jumlah faedah persaraan yang akan mereka terima apabila mereka mencapai umur persaraan wajib yang ditetapkan oleh kerajaan.
Proses pengiraan bersara wajib ini melibatkan pengiraan tiga komponen utama faedah persaraan iaitu pencen, ganjaran dan gantian cuti rehat.
Perbezaan utama antara pengiraan anggaran bagi persaraan wajib dan persaraan pilihan sendiri adalah dari segi masa dan sebab persaraan. Bagi persaraan wajib, pengiraan anggaran dibuat berdasarkan tarikh persaraan yang telah ditetapkan, manakala bagi persaraan pilihan sendiri, pengiraan anggaran dibuat berdasarkan tarikh persaraan yang dipilih oleh penjawat awam itu sendiri.
Kalkulator Pencen JPA Untuk Bersara Pilihan
Kalkulator pengiraan bayaran pencen pesara kerajaan yang bersara pilihan adalah alat (tool) tidak rasmi untuk membantu pesara buat kiraan manfaat dan anggaran gaji pencen yang bakal diterima setiap bulan.
Pengiraan Anggaran Bayaran Pencen, Ganjaran dan GCR Bagi Persaraan Pilihan Sendiri
* Amaun ini adalah tertakluk kepada hutang kerajaan/majikan, jika ada
Kalkulator pengiraan manfaat dan bayaran pencen ini direka untuk tujuan simulasi sahaja. Untuk kalkulator rasmi, layari portal JPA Pencen dan klik Pengiraan Anggaran Bayaran Pencen, Ganjaran dan GCR Bagi Persaraan Pilihan Sendiri. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian, kerosakan, atau kekeliruan yang timbul akibat penggunaan kalkulator ini. Sila rujuk dengan Bahagian Pencen, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk maklumat yang tepat dan rasmi berkenaan pengiraan gaji pencen pesara kerajaan.
Kalkulator Pengiraan Anggaran Bayaran Pencen, Ganjaran dan GCR Bagi Persaraan Pilihan Sendiri yang Rasmi daripada JPA
Pengiraan Anggaran Bayaran Pencen, Ganjaran dan GCR Bagi Persaraan Pilihan Sendiri merupakan kalkulator rasmi JPA yang membolehkan penjawat awam menganggarkan jumlah faedah persaraan yang akan mereka terima sekiranya mereka memilih untuk bersara secara pilihan sendiri sebelum mencapai umur persaraan wajib.
Proses pengiraan bersara pilihan ini melibatkan pengiraan tiga komponen utama faedah persaraan iaitu pencen, ganjaran dan gantian cuti rehat.
Pengiraan anggaran ini penting bagi penjawat awam yang sedang mempertimbangkan persaraan pilihan sendiri kerana ia membolehkan mereka membuat keputusan yang lebih bermaklumat berdasarkan kedudukan kewangan mereka selepas bersara.
Bagaimana Cara Kira Kenaikan Pencen Pesara?
Untuk mengira kenaikan pencen menggunakan Kalkulator Kenaikan Pencen Pesara yang rasmi daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), pesara perlu akses laman web JPA di sini: https://www.jpapencen.gov.my/pengiraan-pencen-baharu-peratusV3pp.html
Masukkan 4 maklumat penting yang dipinta iaitu gaji akhir sebelum bersara, jumlah penghargaan khas kepada pesara (jika ada), tempoh perkhidmatan pesara dan jumlah pencen semasa. Setelah semua maklumat ini dimasukkan, kalkulator akan mengira anggaran kenaikan pencen berdasarkan formula yang ditetapkan oleh JPA. Pesara akan dapat melihat jumlah pencen baharu mereka selepas penyelarasan, termasuk peratusan kenaikan berbanding pencen semasa mereka.
1 Comment
Adekah JPA akan membuat kiraan utk pesara
Saya bersara pada tahun 1,1,1997 atas pilihanraya kerana pengswastaan