Bagi individu yang perlu bayar tax setiap bulan pada LHDN, baca senarai pelepasan cukai 2021 ini dahulu. Antara pelepasan cukai pendapatan ini termasuklah pembelian komputer / laptop / telefon bimbit / tablet untuk PdPR, SSPN, pembelian buku, bayaran gimnasium dan lain-lain lagi.

Maksud pelepasan cukai

Secara mudahnya, pelepasa cukai ialah amaun cukai yang anda tidak perlu bayar sebab anda layak. Ini bermaknya, dengan dapat pelepasan cukai, anda akan bayar amaun yang lebih rendah.

Perbezaan amaun itu, anda boleh claim semula dari LHDN.

Kurangkan pembayaran cukai

Bila hujung tahun, ramai yang berkira-kira, apa yang perlu dibelanjakan lagi, supaya boleh kurangkan cukai pendapatan untuk tahun depan?

Jangan sampai bila isi borang e-Filing nanti, banyak pula amaun kena bayar. Sentiasalah merancang pelepasan cukai setiap tahun. Kalau betul-betul nak dapat tax relief yang banyak, boleh cuba jadi pelabur mangkin atau angel investor.

Senarai pelepasan cukai

Perlu diingatkan, berbelanja pada tahun 2020, untuk pelepasan e-Filing pada tahun 2021.

Berbelanjalah pada tahun 2021, untuk pelepasan menggunakan sistem e-Filing pada tahun 2021. Begitulah seterusnya.

Bukannya belanja tahun ini, boleh dapat pelepasan pada tahun yang sama. Kena bijak merancang untuk dapatkan ‘tax exemption‘ atau ‘tax relief‘.

Yang penting, pastikan baca dulu senarai pelepasan cukai untuk tahun ini, terutamanya dalam potongan gaya hidup.

Pelepasan cukai 2021, dengan beli buku banyak-banyak

Singgahlah mana-mana kedai buku seperti MPH, Popular dan Kinokuniya. Jangan beli banyak-banyak, tapi beli yang mahal-mahal. Jadi, tidaklah semak rumah dengan banyak buku.

Dan juga, belilah buku yang kita minat. Bukannya nanti bersarang di rak buku sampai tak baca sampai ke sudah.

Pastikan simpan resit. ‘Scan‘ jika perlu dan simpan dalam Dropbox atau Google Drive.

Dalam kategori Gaya Hidup, maksimum kita boleh belanjakan RM2500.

Menurut LHDN:

  1. Pembelian buku, jurnal, majalah, suratkhabar bercetak dan penerbitan (selain bahan bacaan terlarang) untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak
  2. Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak
  3. Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997 (tidak terpakai bagi jenis basikal bermotor) dan bayaran keahlian gimnasium untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak
  4. Bayaran langganan internet

Terhad kepada RM2,500 sahaja, iaitu gabungan buku, komputer, telefon, gimnasium dan langganan Internet.

Pelepasan cukai 2021, dengan beli laptop atau telefon bimbit baru

Jika anda tidak rajin baca buku, beli sahaja komputer and telefon baru. Yang penting, pembelian ini bukan untuk kegunaan syarikat, tetapi hanya untuk individu.

Tidak pasti pula, samada ini dibolehkan setiap tahun. Rasanya, hanya 3 tahun sekali sahaja. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi LHDN untuk maklumat terkini.

Cuma tidak perlu beli iPhone yang mahal sampai beribu-ribu ringgit. Maksimum pelepasan pun cuma RM2,500 sahaja.
Namun, apa yang menarik di sini, pelepasan boleh kepada diri sendiri, pasangan dan anak-anak.

Terhad kepada RM2,500 sahaja, iaitu gabungan buku, komputer, telefon, gimnasium dan langganan Internet.

Join‘ mana-mana gimnasium

Katakan bayaran bulanan gimanasium ialah RM200. Kita boleh tolak cukai sebanyak RM2400 dalam setahun.

Dalam kategori Gaya Hidup, maksimum kita boleh dapat pelepasan RM2500. Jika sudah beli buku RM1000, ada baki lagi RM1500.

Sesuai untuk orang yang jenis tidak baca buku dan tidak mahu beli komputer baru.

Terhad kepada RM2,500 sahaja, iaitu gabungan buku, komputer, telefon, gimnasium dan langganan Internet.

Pelepasan cukai 2021, dengan naik taraf langganan Internet

Langganan Unifi yang sesuai untuk kediaman ialah 100Mbps. Memang ramai kata harga cekik darah, tapi kalau boleh kurangkan cukai pendapatan, apa salahnya.

Kalau kawasan rumah ada TIME, boleh dapatkan dengan harga RM99.

Terhad kepada RM2,500 sahaja, iaitu gabungan buku, komputer, telefon, gimnasium dan langganan Internet.

Beli ‘breast pump‘ untuk ibu yang menyusukan anak

Ini tidak termasuk dalam gaya hidup. Ia memang spesifik dalam kategori embelian peralatan penyusuan. Terhad kepada RM1,000 sahaja.

Harga ‘breast pump’ seperti Medela dan Avent, kadang-kadang tidak masuk akal. Jadi memang logik kalau dimasukkan dalam pelepasan cukai.

Namun, perlu diingatkan bahawa pelepasan cukai untuk penyusuan ibu ini hanya dibenarkan setiap dua tahun taksiran sahaja.

Terhad kepada RM1,000 sahaja.

Bayar yuran nursery anak

Pelepasan cukai 2020 ini sesuai untuk ibu bapa yang bekerja. Anda boleh dapat pelepasan cukai untuk yuran penghantaran anak berumur 6 tahun dan ke bawah, ke mana-mana nursery atau tadika berdaftar.

Apabila anak sudah berusia 7 tahun, iaitu sudah bersekolah, anda tidak lagi layak.

Terhad kepada RM1,000 sahaja.

Menabung dalam SSPN anak

Jika anak-anak masih kecil dan belum masuk universiti, kami sarankan anda ambil pelepasan ini.

Contohnya, jika anda ada anak 4 orang. Masukkan RM2,000 setiap tahun untuk seorang. Dapatlah capai maksimum RM8,000.

Duit itu tidak ke mana-mana. Boleh gunakan untuk anak sambung pelajaran apabila tamat SPM nanti.

Terhad kepada RM8,000 sahaja.

Menabung dalam Sistem Persaraan Swasta

Pelepasan cukai 2020 yang lain ialah dengan memasukkan duit dalam Sistem Persaraan Swasta.

Masuklah KWAP, iaitu alternatif kepada KWSP. Skim pelaburan ini sah dan diiktiraf oleh kerajaan seperti Wahed Invest (ini tiada pelepasan cukai).

Terhad kepada RM7,000 sahaja.

Bayar zakat banyak-banyak

Hanya untuk Muslim.

Ini juga tidak termasuk dalam gaya hidup, tapi ini yang paling ‘best‘ sekali, kerana kita boleh tolak cukai tanpa had.

Katakan kita bayar zakat RM10,000 dalam satu-satu masa, kita boleh tolak cukai RM10,000 juga.

Beruntung, kerana dalam masa yang sama, kita boleh membantu ekonomi orang Islam.

Akhir kata

Kami bukanlah mahu anda semua lari dari cukai. Sebagai seorang rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, cukai tetap kena bayar. Perkongsian pelepasan cukai 2020 ini hanyalah salah satu usaha.

Jika kena caranya, bolehlah membantu sedikit dalam mengurangkan cukai pendapatan kita.

Untuk lihat senarai penuh yang rasmi, boleh rujuk laman web LHDN.

Hati senang, jiwa pun tenang.

Semoga bermanfaat.

Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

2 Comments

Leave A Reply