Bagi anda yang biasa menggunakan Maybank2u, pasti akan jumpa pilihan Instant Transfer. Sebaliknya, jika anda guna Bank Simpanan Nasional, anda mesti akan perasan bahawa tidak ada butang BSN Instant Transfer. Pelik bukan? Adakah ini bermakna memang kena GIRO yang akan memakan masa beberapa hari?
Bertenang. Sebenarnya memang ada cara untuk buat pindahan wang tanpa yang boleh diterima sekelip mata menggunakan DuitNow.
Izinkan kami bantu.
1. Kenapa BSN online tiada Instant Transfer?
Siapa kata tak ada Instant Transfer? Jangan memandai-mandai.
Sebenarnya ada, cuma BSN gunakan nama yang ramai orang tidak maklum iaitu DuitNow.
2. Apa benda DuitNow ini? Sama macam Instant Tranfer?
DuitNow ialah satu perkhidmatan baru yang membenarkan anda untuk memindahkan wang ke akaun penerima. Bukan untuk BSN sahaja, malahan untuk semua bank-bank di Malaysia.
Bezanya dengan pindahan wang biasa menggunakan GIRO ialah anda tidak memerlukan nombor akaun bank penerima untuk melakukan pemindahan.
Sebaliknya, anda hanya memerlukan ID DuitNow penerima untuk melakukan pemindahan. Ini bermakna, anda boleh buat Instant Transfer dari BSN ke bank-bank lain seperti Maybank, CIMB, Bank Islam dan lain-lain hanya menggunakan:
- Nombor Kad Pengenalan
- Nombor Telefon
- Nombor Passport
- Nombor Pendaftaran Perniagaan
- Nombor Akaun
3. Macam mana nak buat BSN Instant Transfer?
Terima kasih kerana anda sudah cool down. Buat kerja melibatkan duit, jangan marah-marah. Pasti ada jalannya.
Selepas anda register BSN online banking, berikut ialah langkah-langkah untuk membuat BSN Instant Transfer:
- Layari laman web rasmi myBSN di sini: https://mybsn.com.my
- Masukkan Username
- Tekan butang Login
- Sahkan Security Image
- Jika imej tersebut ialah imej yang anda pilih semasa buat pendaftaran tempohari, tekan butang Yes
- Masukkan Password
- Tekan butang Login
- Jika tiada apa-apa masalah, anda akan masuk ke dalam sistem online banking myBSN
- Klik menu Transfer di menu sebelah kiri
- Akan ada beberapa pilihan iaitu:
- Own Accounts
- 3rd Party Account
- Interbank Fund Transfer
- Pilih Interbank Fund Transfer
- Anda akan berada di bahagian 1; Enter Transfer Info
- Untuk Enter Transfer Info, akan ada dua pilihan Transfer Type
- DuitNow
- Interbank GIRO
- Pastikan anda pilih DuitNow untuk membolehkan duit diterima sepantas kilat
- Jangan pilih Interbank GIRO. Jika anda pilih ini, transfer akan jadi lambat macam kura-kura
- Lengkapkan yang lain-lain seperti:
- From Account
- Transfer To
- Id Type
- My Favourites
- Amount (RM)
- Recipient Reference
- Additional Info (Optional)
- Other Details
- Notify Via Email
- Anda kini berada di bahagian 2; Transfer Confirmation
- Sila semak buat pengesahan bahawa semua maklumat pindahan wang adalah betul. Antaranya:
- Transfer Type
- From Account
- Beneficiary Details:
- Recipient’s Bank
- Recipient’s Name
- Account Number
- Transaction Type
- Payment Details:
- Amount (RM)
- Service Charge (RM)
- Recipient Reference
- Other Details
- Notify Via Email
- Seterusnya, anda akan dapat lihat ruangan TAC
- Klik Request TAC untuk menerima SMS di telefon bimbit anda yang berdaftar dengan BSN
- SMS ini mengandungi nombor-nombor yang perlu dimasukkan ke dalam ruangan TAC
- Masukkan nombor TAC yang diterima melalui SMS tadi
- Tick Yes, I confirm that I have read and understand for DuitNow Terms and Conditions
- Tekan butang Confirm
- Anda sekarang berada di bahagian 3; Transfer Acknowledgement
- Anda akan dapat lihat beberapa maklumat yang terpapar di sini:
- Reference Number
- Transaction Status (Successful)
- From Account
- Beneficiary Details
- Payment Details
- Amount (RM)
- Service Charge (RM)
- Recipient Reference
- Other Details
- Notify Via Email
- Balance After Transfer (RM)
- Transaction Date, Time
- Tekan butang Print untuk simpan maklumat-maklumat ini untuk rujukan akan datang
- Ini adalah penting sekiranya ada masalah duit tak masuk ke dalam akaun yang kita hantar tadi
- Tekan butang Add to Favourite jika ingin memudahkan urusan pindahan wang akan datang
- Tekan butang Make Another Transfer jika anda ingin buat urusan Instant Transfer ke bank-bank yang lain
- Selesai
Akhir kalam
Siapalah yang sanggup menunggu beberapa hari untuk menerima duit. Nasib baik untuk buat BSN Instant Transfer, kita boleh gunakan DuitNow.
Manfaatkanlah sepenuhnya panduan ini.
Diharapkan agar perkongsian cara buat Instant Transfer BSN ini akan memudahkan lagi urusan perbankan anda.
Semoga bermanfaat.
27 Comments
Pertanyaan.
Macam mana kalau orang lain yang menggunakan data data kita untuk daftar myBSN onlinebtanoa pengetahuan kita..
Sedangkan kita takde pun mendaftar untuk myBSN . Sila respon.
Pertanyaan.
Macam mana kalau orang lain yang menggunakan data data kita untuk daftar myBSN online tanpa pengetahuan kita..
Sedangkan kita takde pun mendaftar untuk myBSN . Sila respon.
saya dah try buat akaun baru..tetapi akaun saya tak ada di papar transfer atau lain”…? da try call bsn tak jawab..habis kena jumpa dekat counter juga ke..?
sama macam saya, tiada option untuk transfer. cuma boleh check baki. macamana nak buat ya?
0189841643
Hari nie Msti Duit Bkc Dh Masuk
Saya juga dah daftar bsn online banking. Menu yang ada cuma Account Overview dan Manage Account saja. Transfer? Tak ada pun dalam menu.
Mohon kepastian, BSN online ni hanya untuk 2 menu itu sajakah? Terima kasih.
X de pn tmpt untuk transfer 😌
Sy pun sama, mcm mna ye
Saya pn dh dftar mybsn.x de pn menu transfer. Jenuh dh dk cari nk buat mcm mna . Saya cuma blh check baki akaun sj
Saya pengguna baru BSN online tp masalahnya xda disediakan ruang “transfer”
kena call hotline bsn dulu, lepastu mintak dia aktifkan bsn online banking transfer baru boleh transfer macam biasa
Macam mane nk transfer duit dekat orang menggunakan online
Saya pengguna baru BSN online tp masalahnya xda disediakan ruang “transfer” Tlg beri penjelasan
Saya dah daftar BSN online transfer tapi dekat menu tidak ada perkataan transfer??? Bleh check Baki akaun & lain2 sahaja? Kena p kaunter ka macam mana??
Saya dah daftar BSN online transfer tapi dekat menu tidak ada perkataan transfer??? Bleh check Baki akaun & lain2 sahaja? Kena p kaunter ka macam mana?? Boleh tolong bgtau mcm mna nk buat?
Saya pun sudah daftar BSN online.
Tidak ada papar utk Fund transfer, payment, dll, spt bank lain online.
Yang boleh tengok balance sahaja.
Saya harap mwnywlwsai masaalah ini.
Tkasih
Sama juga saya X boleh tranfer..banyak Kali keluar masuk akaun Cari nak tempat transfer pun X Ada..kena call care hot line Ker MCM mana
Harap bsn buat lah apps seperti bank2 lain..mudah Dan senang..cek Baki..tranfer duit,Dan lain2..supaya pelanggan sentiasa happy..
Macamana nak transfer….
Aduh la….
I. Love bsn
Sya dh buat acc bsn yg bru tpi ruang utk transfer tu tak de.. what should I do now? Sya mmg kne gi bank ke atau cmna? Mohon reply segera..sbb sya ada buat shopping online
Saya Ade bsn ac saving nak buat traspers online semua ok tapi Tak boleh pergi ke traspers
Saya nak buat traspet duit ke akaun lain dgn cpt boleh
Saya baru aktifkan Mybsn, tgh belajar bagaimana nak guna . Ambil masa nak memahami.
nk transfer akaun buat mcm mna
01133315840