What's Hot

    Jika bawa kenderaan tak ikut peraturan, salah tetap salah. Saman tetap kena bayar. Tahniah kerana anda salah salah seorang Warganegara Malaysia yang bertanggungjawab yang sekarang ini sedang mencari cara bayar saman JPJ secara online.

    Cuma sebelum terburu-buru mahu buat pembayaran, pastikan anda check saman JPJ itu terlebih dahulu. Untung-untung, ada diskaun.

    Cara bayar saman JPJ untuk diri sendiri

    Berikut adalah cara untuk login My JPJ, buat semakan dan seterusnya buat pembayaran saman JPJ. Sila daftar mySIKAP sekiranya anda masih lagi belum ada ID Pengguna dan Kata Laluan.

    1. Layari portal public.jpj.gov.my.
    2. Masukkan ID Pengguna
    3. Masukkan Kata Laluan
    4. Masukkan Kod Sekuriti seperti yang terpapar
    5. Tekan Log Masuk.
    6. Jika tidak ada apa-apa kesulitan, anda akan dapat masuk ke dalam sistem mySIKAP
    7. Akan ada beberapa pilihan di sini:
      • Utama
      • Lesen Memandu
      • Kesalahan & Penalti
      • Kejuruteraan Automotif
      • Resit / Perkhidmatan Lain
    8. Tekan Kesalahan & Penalti
    9. Di bahagian Butiran Saya, sila semak maklumat berikut:
      • No Pengenalan
      • Nama
      • Kategori
    10. Teruskan ke bahagian PEMBAYARAN SAMAN
    11. Di bahagian Carian Saman Untuk, pilih No Pengenalan
    12. Pilih No Pengenalan Saya untuk bayar saman yang dikenakan ke atas diri sendiri
    13. Masukkan Nombor Kad Pengenalan sendiri
    14. Tekan butang Cari
    15. Jika anda mempunyai saman JPJ, ia akan terpapar di sini
    16. Lihat bahagian BUTIR-BUTIR SAMAN
    17. Maklumat semakan yang terpapar adalah seperti berikut:
      • No Saman
      • No Pendaftaran Kenderaan
      • Status
      • Keterangan
      • Amaun (RM)
    18. Jika ada diskaun, amaun yang terpapar adalah yang sudah diberikan diskaun
    19. Pilih saman yang anda ingin bayar
    20. Seterusnya, jika ingin meneruskan untuk membuat pembayaran, klik pautan Bayar Saman di bahagian bawah sekali
    21. Di bahagian KETERANGAN TRANSAKSI, sila double-check saman yang ingin dibayar
    22. Di bahagian PILIH KAEDAH PEMBAYARAN, ada dua pilihan:
      • Kad Kredit (VISA, MASTERCARD)
      • Perbankan Internet (Contohnya Maybank2u, CIMB Clicks dan lain-lain)
    23. Di bahagian BAYAR, tekan butang Bayar
    24. Untuk melancarkan urusan, pastikan anda matikan popup
    25. Seterusnya, ikut sahaja arahan seperti yang tertera di skrin
    26. Teruskan transaksi sehingga selesai pembayaran saman JPJ
    27. Selesai

    Cara bayar saman JPJ untuk orang lain

    Ikuti langkah-langkah di bawah ini sekiranya anda ingin membuat pembayaran saman JPJ untuk orang lain.

    Contohnya, jika isteri bawa kereta menggila dan melanggar had laju yang ditetapkan sehingga kena saman, suami yang sayang isteri pasti akan bayarkan untuk dia.

    1. Layari portal public.jpj.gov.my.
    2. Masukkan ID Pengguna
    3. Masukkan Kata Laluan
    4. Masukkan Kod Sekuriti seperti yang terpapar
    5. Tekan Log Masuk.
    6. Jika tidak ada apa-apa kesulitan, anda akan dapat masuk ke dalam sistem mySIKAP
    7. Akan ada beberapa pilihan di sini:
      • Utama
      • Lesen Memandu
      • Kesalahan & Penalti
      • Kejuruteraan Automotif
      • Resit / Perkhidmatan Lain
    8. Tekan Kesalahan & Penalti
    9. Di bahagian Butiran Saya, sila semak maklumat berikut:
      • No Pengenalan
      • Nama
      • Kategori
    10. Teruskan ke bahagian PEMBAYARAN SAMAN
    11. Di bahagian Carian Saman Untuk, pilih No Pengenalan
    12. Pilih No Pengenalan Lain untuk bayar saman orang lain
    13. Masukkan Nombor Kad Pengenalan individu tersebut
    14. Tekan butang Cari
    15. Jika anda mempunyai saman JPJ, ia akan terpapar di sini
    16. Lihat bahagian BUTIR-BUTIR SAMAN
    17. Maklumat semakan yang terpapar adalah seperti berikut:
      • No Saman
      • No Pendaftaran Kenderaan
      • Status
      • Keterangan
      • Amaun (RM)
    18. Jika ada diskaun, amaun yang terpapar adalah yang sudah diberikan diskaun
    19. Pilih saman yang anda ingin bayar
    20. Seterusnya, jika ingin meneruskan untuk membuat pembayaran, klik pautan Bayar Saman di bahagian bawah sekali
    21. Di bahagian KETERANGAN TRANSAKSI, sila double-check saman yang ingin dibayar
    22. Di bahagian PILIH KAEDAH PEMBAYARAN, ada dua pilihan:
      • Kad Kredit (VISA, MASTERCARD)
      • Perbankan Internet (Contohnya Maybank2u, CIMB Clicks dan lain-lain)
    23. Di bahagian BAYAR, tekan butang Bayar
    24. Untuk melancarkan urusan, pastikan anda matikan popup
    25. Seterusnya, ikut sahaja arahan seperti yang tertera di skrin
    26. Teruskan transaksi sehingga selesai pembayaran saman JPJ
    27. Selesai.

    Bolehkah bayar saman JPJ melalui Maybank2u?

    Buat masa ini, tidak ada pilihan untuk bayar saman JPJ secara terus melalui Maybank2u.

    Walau bagaimanapun, semasa pembayaran menggunakan mySIKAP seperti yang diterangkan di atas, anda boleh pilih pembayaran menggunakan FPX atau DuitNow Maybank2u.

    Bolehkah bayar saman JPJ melalui ATM Maybank?

    Setakat yang kami tahu, buat masa ini, tidak ada pilihan untuk bayar saman JPJ melalui ATM Maybank.

    Walau bagaimanapun, bayaran saman PDRM iaitu saman trafik boleh dilakukan melalui ATM Maybank.

    Apa yang akan jadi kalau tak bayar saman JPJ?

    Jika anda tidak membayar saman yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), berikut adalah beberapa perkara yang mungkin berlaku:

    1. Nama anda akan disenaraikan dalam sistem JPJ dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai pemandu yang mempunyai saman tertunggak. Anda mungkin akan ditahan semasa operasi jalan raya oleh pihak berkuasa.
    2. Anda mungkin akan dikenakan denda tambahan. Jika saman tidak diselesaikan dalam tempoh masa yang ditetapkan, denda tambahan mungkin dikenakan atas kelewatan pembayaran.
    3. Anda mungkin akan dihadapkan ke mahkamah. Jika anda masih gagal untuk membayar saman walaupun selepas dikenakan denda tambahan, anda mungkin akan dipanggil ke mahkamah. Jika didapati bersalah, hukuman yang lebih berat mungkin dikenakan termasuk denda yang lebih tinggi atau penjara.
    4. Anda mungkin akan menghadapi kesukaran untuk memperbaharui lesen memandu, cukai jalan atau insurans kenderaan.
    5. Anda mungkin dihalang daripada membuat transaksi atau urusan berkaitan kenderaan seperti pendaftaran kenderaan baru, pindah milik kenderaan dan lain-lain.
    6. Anda mungkin diisytihar sebagai bankrap jika jumlah saman yang belum dibayar mencapai jumlah tertentu.

    Sebagai pemandu dan rakyat Malaysia yang prihatin, adalah tanggungjawab anda untuk membayar saman tepat pada masanya untuk mengelakkan sebarang kesan negatif.

    Bayar saman JPJ tanpa naik mahkamah

    Ambillah peluang untuk membayar saman JPJ ini tanpa naik ke mahkamah. Kalau sudi naik mahkamah, susah. Lebih baik selesaikan awal-awal.

    Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

    1 Comment

    Leave A Reply