Cara bayar saman JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) secara online merupakan satu langkah yang mudah dan pantas. Anda hanya perlu mengakses laman web rasmi JPJ atau menggunakan aplikasi mySIKAP JPJ. Melalui portal ini, anda boleh memeriksa saman yang belum dibayar dan melakukan pembayaran menggunakan kad kredit atau debit anda. Pastikan anda mempunyai maklumat saman seperti nombor saman dan nombor pendaftaran kenderaan.
Untuk maklumat lebih lanjut, teruskan membaca untuk dapatkan cara bayar saman JPJ secara online yang ringkas ini melalui public.jpj.gov.my.
Bayaran saman JPJ online
Berikut ialah cara untuk membuat pembayaran saman JPJ secara online. Namun, sebelum boleh menggunakan perkhidmatan MySIKAP, anda perlu mengikut langkah-langkah untuk buat pendaftaran dan login.
Kami akan kongsikan satu persatu.
Cara daftar MySIKAP untuk bayar saman JPJ
Pendaftaran MySIKAP tidak boleh dilakukan secara online. Pendaftaran perlu dilakukan di kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan yang berhampiran dengan tempat anda.
- Anda perlu membawa MyKad / MyPR / Passport
- Nombor Rujukan akan diberikan sejurus proses pendaftaran selesai.
- Nombor rujukan ini akan digunakan untuk proses daftar masuk kali pertama.
Pendaftaran peribadi ialah bagi kategori pengguna awam seperti berikut:-
- Orang awam Malaysia yang mempunyai MyKad yang sah
- Penduduk tetap Malaysia yang mempunyai MyPR yang sah
- Pemegang passport yang belum tamat tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh pendaftaran ID mySIKAP
- Berumur sekurang-kurangnya 16 tahun
- Mempunyai sekurang-kurangnya satu rekod dengan JPJ
Cara login MySIKAP pertama kali
Selepas dapat nombor rujukan dari JPJ, anda perlu masuk buat pertama kali.
- Klik pautan ini untuk daftar masuk buat kali pertama: https://public.jpj.gov.my/public/login.zul
- Masukkan nombor rujukan seperti yang diberi di kaunter JPJ
- Lengkapkan butiran peribadi seperti berikut:
- No MyKad
- Telefon Bimbit
- E-mel
- Pengesahan E-mel (Masukkan email sekali lagi)
- Masukkan Kod Sekuriti
- Tekan butang Teruskan
- Sahkan pendaftaran
- Semak email untuk memastikan pendaftaran berjaya
Cara login MySIKAP di public.jpj.gov.my
- Layari laman web rasmi MySIKAP di sini: https://public.jpj.gov.my
- Di bahagian Pilihan Bahasa, pilih bendera Malaysia untuk Bahasa Melayu
- Seterusnya, pilih Warganegara jika anda ingin buat pembayaran bagi individu atau orang persendirian
- Sebaliknya, pilih Syarikat jika anda ingin buat pembayaran atas kapasiti company
- Masukkan ID Pengguna
- Masukkan Kata Laluan
- Masukkan Kod Sekuriti seperti yang terpapar
- Tekan butang Log Masuk
- Jika tiada apa-apa masalah, anda akan boleh masuk ke dalam sistem MySIKAP
Cara bayar saman JPJ di public.jpj.gov.my
- Tukar bahasa dari English ke Bahasa Malaysia untuk memudahkan lagi proses untuk mendaftar
- Tekan butang DAFTAR
- Anda juga boleh terus klik pautan ini untuk mendaftar: https://mybayar.rmp.gov.my/registration
- Isikan maklumat yang dikehendaki seperti berikut:
- Nama Penuh
- Nombor Kad Pengenalan
- Alamat Penuh
- Poskod
- Negeri
- Nombor Telefon Bimbit
- Tekan butang SETERUSNYA
- Masukkan nombor OTP yang dihantar melalui SMS ke nombor telefon yang anda daftarkan sebentar tadi
- Masukkan Kata Laluan yang dipilih
- Sahkan Kata Laluan
- Semak email untuk confirm pendaftaran berjaya
- Selesai