What's Hot

    Selain menggunakan aplikasi percuma MyUnifi untuk membayar bil Unifi anda, anda juga boleh menggunakan laman web maybank2u.com.my.

    Pastikan anda mempunyai akaun Maybank2u sebelum membuat pembayaran Unifi online payment.

    Bayar Unifi online melalui Maybank2u versi baru

    Berikut ialah cara untuk membuat pembayaran bil Unifi menggunakan Maybank2u:

    1. Layari laman web Maybank2u.com di https://www.maybank2u.com.my
    2. Seterusnya, login ke akaun anda
    3. Masukkan username di ruangan My Username
    4. Tekan butang Login
    5. Jika gambar dan security phrase adalah betul, tekan butang YES
    6. Masukan password di ruangan My Password
    7. Jika tiada apa-apa masalah, anda akan berjaya log masuk Maybank2u
    8. Pergi ke bahagian Pay & Transfer
    9. Klik New Payment di menu atas
    10. Cari Telekom Malaysia (TM)
    11. Tak perlu cari Unifi sebab tak akan jumpa
    12. Masukkan nombor akaun Unifi yang ingin dibayar ke dalam ruangan
    13. Tekan butang Confirm
    14. Nama yang didaftarkan atas akaun tersebut akan muncul pada bahagian Registered Bill Name
    15. Pastikan nama akaun yang ingin dibayar betul.
    16. Masukkan nilai amaun yang ingin dibayar
    17. Klik butang Pay
    18. Masukkan nombor TAC yang diterima di telefon bimbit yang berdaftar.
    19. Jika berjaya, akan butiran transaksi akan dipaparkan
    20. Unifi juga akan memaklumkan pembayaran berjaya dengan menghantar mesej pengesahan bayaran.
    21. Selesai.

    Bayar Unifi online melalui M2U MY app

    Berikut pula ialah cara untuk membuat pembayaran bil Unifi menggunakan aplikasi M2U MY:

    1. Pastikan anda sudah download dan install aplikasi Maybank2u MY:
    2. Login aplikasi M2U MY
    3. Pergi ke bahagian PAY
    4. Anda akan diminta untuk login
    5. Pastikan username anda betul
    6. Masukkan password
    7. Tekan butang PROCEED
    8. Pilih akaun di bahagian PAY FROM, contohnya Savings Account-i
    9. Klik butang + pada NEW PAYEE
    10. Cari Telekom Malaysia (TM)
    11. Masukkan nombor akaun Unifi di bahagian Bill Account Number
    12. Tekan CONTINUE
    13. Masukkan nilai amaun yang dikehendaki
    14. Teruskan sehingga pembayaran selesai

    Apa akan jadi kalau tak bayar bil Unifi?

    Jika anda tidak membayar bil Unifi anda, berikut adalah beberapa hal dan perkara yang mungkin terjadi:

    1. Sekatan Sementara: Jika anda terlambat membayar bil anda, perkhidmatan Unifi anda mungkin disekat sementara. Ini bermakna anda tidak akan dapat menggunakan Internet atau perkhidmatan lain yang disediakan oleh Unifi sehinggalah anda membayar bil tersebut.
    2. Sekatan Sepenuhnya: Jika anda terus tidak membayar bil anda selama tempoh yang lebih lama, Unifi mungkin akan memutuskan perkhidmatan anda sepenuhnya. Ini bermaksud anda akan kehilangan akses ke semua perkhidmatan Unifi.
    3. Caj Tambahan: Selain itu, anda mungkin dikenakan caj tambahan untuk pembayaran lewat. Ini mungkin termasuk faedah atau caj lewat bayar bil.
    4. Kesan pada Kredit: Jika anda tidak membayar bil anda, ini mungkin akan memberi kesan buruk kepada pada skor kredit anda. Unifi mungkin melaporkan pembayaran lewat anda kepada biro kredit seperti CTOS, yang mungkin akan menurunkan skor kredit anda. Impak besar jika skor kredit teruk, sukar untuk mohon pinjaman.
    5. Tindakan Undang-Undang: Dalam kes yang jarang berlaku, jika anda secara berterus tidak membayar bil anda, Unifi mungkin mengambil tindakan undang-undang untuk mendapatkan pembayaran. Ini mungkin termasuk membawa anda ke mahkamah atau menggunakan agensi pengutipan hutang.

    Akhir kata

    Maka selesailah urusan bayaran bil Unifi anda melalui Maybank2u. Selepas ini, bolehlah bayar bil-bil utiliti yang lain seperti bayar bil air online dan juga bil Astro melalui Maybank2u.

    Paling penting, pastikan anda membayar bil anda setiap bulan agar internet anda tidak dipotong.

    Diharapkan agar perkongsian cara bayar bil Unifi guna Maybank2u ini memudahkan lagi urusan anda.

    Semoga bermanfaat.

    Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

    1 Comment

    Leave A Reply