What's Hot

    Sebelum membuat sebarang pinjaman, pihak pemberi kredit akan menyemak nature pembayaran bagi individu peminjam untuk mengetahui sama rekod pembayaran individu terbabit di tahap yang baik atau tidak. Sekiranya rekod pembayaran anda di tahap yang baik, permohonan pinjaman juga akan mudah untuk diluluskan. Izinkan kami untuk berkongsi cara daftar CCRIS online di eCCRIS. Salah satu cara untuk semak skor kredit kita adalah melalui Central Credit Reference Information System atau lebih dikenali sebagai CCRIS. Semakan ini boleh dibuat secara online di eCCRIS yang dilancarkan oleh Bank Negara Malaysia pada 2018. Berbeza dengan CTOS, CCRIS diuruskan oleh badan kerajaan iaitu Biro Kredit Bank Negara Malaysia. Makala, CTOS pula diuruskan oleh badan swasta yang berdaftar. Klik pada pautan ini untuk mengetahui demgan lebih lanjut mengenai CTOS.

    1. Cara daftar CCRIS online

    Laporan penyata dari CCRIS akan merekodkan bayaran bulanan peminjam bagi 12 bulan terkini. Ini termasuk dengan details pinjaman dari setiap institusi kewangan di Malaysia.

    1. Pergi ke cawangan Bank Negara Malaysia (BNM) yang terdekat.
    2. Buat pendaftaran di kaunter BNM bagi mendapatkan PIN 6-digit anda.
    3. Setelah itu, pergi ke laman web eCCRIS.
    4. Di halaman utama, klik pada link First Time Login.
    5. Di paparan seterusnya, anda perlu mengisi maklumat peribadi anda.
    6. Maklumat yang dipinta adalah Nationality atau kewarganeraan anda, ID Number iaitu nombor kad pengenalan anda serta PIN 6-digit yang anda dapatkan dari kaunter BNM tadi.
    7. Apabila selesai, klik pada butang Submit.
    8. Ikuti arahan seterusnya di paparan skrin anda bagi melengkapkan proses pendaftaran eCCRIS anda.
    9. Setelah cara daftar CCRIS online selesai, anda akan di bawa ke halaman utama semula bagi proses login.
    10. Login akaun anda.
    11. Klik pada butang Enquiry di halaman utama bagi mendapatkan laporan CCRIS anda oleh eCRISS Bank Negara.

     

    2. Cara baca laporan CCRIS online

    etelah daftar CCRIS secara online, anda akan mempunyai akses untuk membaca laporan CCRIS di eCCRIS. Merujuk kepada laporan yang dipaparkan di skrin anda, begini tips dan cara untuk baca laporan CCRIS bagi memahami tahap skor kredit anda di paras yang baik ataupun tidak.

    • 0 – Tiada bayaran lewat / tunggakan
    • 1 – Pembayaran lewat selama 1 bulan
    • 2 – Pembayaran lewat selama 2 bulan
    • 3 – Pembayaran lewat selama 3 bulan

    Sekiranya laporan anda menunjukkan nombor 0, 0, 0, 0, 0 bermakna anda tidak mempunya sebarang tunggakan dan ini membuatkan peluang untuk permohonan pinjaman anda diluluskan lebih tinggi. Manakala, sekiranya terdapat tunggakan atau rekod pembayaran lewat, proses meluluskan permohonan pinjaman akan menjadi lebih sukar.

    3. Ada masalah? Hubungi eCCRIS

    Sekiranya pendaftaran CRISS online anda di eCCRIS anda gagal, anda boleh menghubungi servis khidmat pelanggan mereka di

    • No telefon : 1300885465 (Lokal) / +60321741717 (Internasional)
    • Email: [email protected]

     

    Akhir kalam

    Harapan kami agar perkongsian cara daftar CCRIS online ini dapat membantu dalam memudahkan lagi urusan permohonan pinjaman anda.

    Semoga bermanfaat.

    Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

    17 Comments

    1. chui kok choi on

      untuk mendapatkan pin number untuk mendaftar eCCRIS adakah perlu terus pergi ke BNM atau kene membuat temujanji dahulu?

    2. Saya ingin mendaftar akaun ccris dan di dalam borang untuk daftar akaun ccris kena datang ke bank negara malaysia dan saya tinggal di pendang kedah Darul aman untuk pergi ke bank negara buat masa sekarang pkp sebelum ini bank negara ada di kedah dan sekarang sangat susah sikit untuk pergi bank negara sebab pkp dan saya hendak meminta bantu bagai mana saya dapat menuruskan terima kasih

    3. Boleh saya tahu adakah kita tidak boleh hadir ke BNM ? Ini kerana dah dua kali sy ke BNM tetapi pintu depan & belakang tutup & tiada sekuriti disana utk sy bertanya .. Mohon pencerahan , Terima Kasih ..

    Leave A Reply