Jika anda termasuk dalam senarai essential services yang dibenarkan beroperasi, ikuti cara daftar CIMS 3.0 MITI di notification.miti.gov.my seperti di bawah.

[su_note]

RINGKASAN

  • Semua surat MITI terbatal kecuali yang baru dikeluarkan pada 1 Jun 2021 sahaja
  • Surat lama hanya boleh digunakan sehingga 3 Jun 2021 sahaja
  • Permohonan baru CIMS MITI di sini: https://notification.miti.gov.my/register
  • Anda mungkin akan lihat paparan ralat berikut:
    • Ralat 500 “CIMS 3.0 sedang menerima aliran trafik yang tinggi pada waktu ini. Kerjasama dan kesabaran dari pihak anda amatlah dihargai”. Ini bermakna line jammed.
    • Error 503 Backed fetch failed. Guru Meditation: XID: 739737615 Varnish cache server. Ini juga mungkin sebab terlalu ramai yang cuba masuk ke dalam sistem CIMS MITI 3.0
    • Apa perlu buat? Tunggu sahaja dan cuba lagi
  • Selepas daftar dan mohon, status akan tukar kepada Baharu
  • Tunggun sehingga status bertukar kepada Lulus
  • Jika Lulus, sila print surat kebenaran MITI
  • Jika ada perubahan jumlah pekerja, sila kemaskini permohonan MITI
  • Sila ambil maklum, permohonan untuk beroperasi di CIMS 3.0 bagi PKP bertarikh 1 – 14 Jun 2021 TERHAD bagi Sektor Perkilangan sahaja.
  • Permohonan bagi sektor-sektor lain boleh dirujuk kepada Kementerian-kementerian yang mengawal selia sektor tersebut.
  • Join group Telegram #kitajagabisneskita di sini: https://t.me/joinchat/yXOt6nGwDn9hNGQ9
  • Join channel Telegram Peniaga Kecil Terjejas semasa PKP 3.0  di sini: https://t.me/joinchat/VjFXrTdSlT1kY2Jl

[/su_note]

1. Cara daftar CIMS 3.0 MITI (New Registration)

Ini adalah untuk pengguna baru sahaja.

Ikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Layari laman web rasmi MITI di sini https://notification.miti.gov.my
  2. Klik Daftar
  3. Sila download, baca dan fahamkan SOP dan Protokol bagi kelulusan beroperasi semasa PKP yang berkaitan dengan syarikat anda iaitu:
    • SOP dan Protokol yang Am
    • SOP dan Protokol bagi Perkhidmatan Sains
    • SOP dan Protokol bagi Perkhidmatan Sosial Kesihatan
    • SOP dan Protokol bagi Sektor Pembuatan
  4. Tick “Saya telah membaca dan bersetuju dengan SOP yang disebutkan di sebelah. Saya mengesahkan bahawa saya akan memenuhi kesemua SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri”
  5. Isikan maklumat berikut:
    • Isikan Nama Penuh
    • Isikan Email
    • Isikan Nombor Kad Pengenalan Baru atau Nombor Passport
    • Masukkan Kata Laluan
    • Masukkan Kata Laluan sekali lagi
    • Pilih dan isikan maklumat salah satu sahaja:
      • No Lesen Pengilang
      • No Pendaftaran SSM
      • No Ahli Badan Profesional / Pesuruhjaya Sukan / ROY / ROS
  6. Tekan Daftar
  7. Andai semuanya berjalan lancar, anda akan di bawa ke Dashboard CIMS 3.0 ini
  8. Anda juga akan menerima surat Pengesahan Pendaftaran Syarikat dan Kebenaran Beroperasi MITI

 

2. Cara login CIMS 3.0 MITI di notification.miti.gov.my

Kami andaikan anda sudah mendaftar sebelum ini. Jika belum, sila baca panduan berkenaan cara login MITI dan proses pendaftaran seperti di atas.

Seterusnya, sila ikuti langkah-langkah ringkas ini:

  1. Layari laman web rasmi CIMS 3.0 MITI di sini: https://notification.miti.gov.my
  2. Masukkan email di ruangan Emel
  3. Masukkan password anda di ruangan Kata Laluan
  4. Tekan butang Log Masuk

 

3. Cara print surat kebenaran CIMS MITI (Approval Letter)

Ikuti langkah-langkah seperti di bawah:

  1. Pastikan anda sudah berjaya Log Masuk melalui https://notification.miti.gov.my
  2. Klik Borang Notifikasi di sebelah kiri
  3. Klik Notifikasi Beroperasi
  4. Klik Daftar Notifikasi Baru di sebelah kanan atas
  5. Lengkapkan semua maklumat yang dipinta menggunakan template Microsoft Excel
  6. Isikan senarai pekerja seperti dalam template Microsoft Excel yang disediakan yang mengandungi:
    • Company Name
    • Company Registration No
    • Workers Name
    • Nationality
    • IC / Passport No
  7. Jika anda gagal mengikut format yang ditetapkan, permohonan akan ditolak
  8. Seterusnya, di bahagian bawah sekali, ada ruangan Muat naik dokumen senarai Pekerja
  9. Tekan Choose file
  10. Muat naik fail Microsoft Excel tadi
  11. Tekan butang Simpan & Terus / Save & Exit
  12. Pastikan maklumat yang diberikan adalah lengkap dan tepat
  13. Tick di bahagian AKUJANJI / PENGESAHAN
  14. Tekan butang Hantar Notifikasi / Submit Notification
  15. Sekiranya berjaya, akan keluar paparan BORANG PERMOHONAN KEBENARAN BEROPERASI SEPANJANG TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN / REQUIRE FORM TO OPERATE DURING MOVEMENT CONTROL ORDER
  16. Tekan butang Kembali / Back untuk buat semakan permohonan yang dihantar tadi
  17. Keputusan untuk permohonan akan dipaparkan di sini
  18. Tekan butang Papar untuk print borang kebenaran

 

4. Senarai ralat semasa daftar CIMS MITI 3.0

Berikut ialah beberapa ralat yang mungkin ada lihat ketika buat permohonan untuk terus beroperasi:

Ralat 500

  • CIMS 3.0 sedang menerima aliran trafik yang tinggi pada waktu ini. Kerjasama dan kesabaran dari pihak anda amatlah dihargai”. Ini bermakna line jammed.

 

Error 503 Backed fetch failed

  • Error 503 Backed fetch failed. Guru Meditation: XID: 739737615 Varnish cache server. Ini juga mungkin sebab terlalu ramai yang cuba masuk ke dalam sistem CIMS MITI 3.0

 

Transaksi tidak sah

  • Maaf, kami masih belum pasti kenapa berlaku ralat ini

 

Pendaftaran tidak berjaya

  • No Kad Pengenalan / Passport 800101-01-XXXX telah berdaftar

 

 

Apa perlu buat?

Memandangkan ramai sangat yang cuba register untuk mendapatkan kebenaran, tidak boleh buat apa-apa.

Cuba mohon lagi semasa waktu kurang sesak.

Kami cadangkan, jam 12 malam dan ke atas.

 

Akhir kata

Terus patuhi SOP. Sambil cari rezeki, sambil-sambil jaga kesihatan.

Semoga bermanfaat.

Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

35 Comments

  1. I have send an email requesting email password since few days before, but still have not got any reply via emails. Hope cidb can response as soon to ease our job.

  2. CHEONG MEI MENG on

    Hi,Macam mana tukar alamat beroperasi,kerana sudah pindah tempat,
    alamat berbeza dari alamat yang register dulu.

  3. Tan Sai Tiang on

    1. NO SSM BARU
    & LAMA sama jer kena isi ke?
    2. No Lesen Agensi Tempatan – kurang
    faham nak isi apa?

    3. No Lesen Agensi Kawal Selia – x ambil
    Tarikh di perbadankan – tulis tiada btl x?

    4. No Lesen Pengilang Mida – x payar isikan ? sebab ini KEDAI RUNCIT

    5. No Rujukan Surat Pengecualian Mida
    6. No Lesen PBT
    7. No PBT
    YG ATAS TU SEMUA TULUS ( – )
    Betul x?

  4. Tidak boleh log in. Kata laluan salah, email salah nak tukar pun tak boleh. Kalau register balik pun tak boleh…kata sudah register. Minta tolong.

  5. company distribution and service market and essential product as well, why cannot approved?
    SIN HUAT HIN MACHINERY (M) SDN. BHD.

  6. MUHAMMAD ADNAN ANNATHA BIN ABDULLAH on

    Hi sir
    my enterprise are contract maintanace to food factory
    please advice how to apply MITI leters.

  7. KUAN YEE Hou on

    Saya nak bertanya sama ada kedai restoran kena memohon permit miti.
    Masalah yang di hadapi adalah line
    Permohonan Miti selalu hang.

  8. Lim Lee Teck on

    01/06/21 sudah berjaya membuat pendaftaran, tapi status sampai hari ini masih lagi show BAHARU.
    Boleh tahu nak macam mana buat?
    No. Notifikasi: O-00862496

  9. 01/06/21 sudah berjaya membuat pendaftaran, tapi status sampai hari ini masih lagi show BAHARU.
    Boleh tahu nak macam mana buat?
    No. Notifikasi: O-00862496

  10. Fatimah Hashim on

    Mcmn nk bt kg n x tau lah asyik pendaftaran tidak berjaya?? HR nie dah 4 Jun tp masih belum dpt masuk sistem lg n mcmn adakah perlu bt surat UTK ditandatangani oleh pihak polis UTK surat sementara shgga dpt surat Dr miti???

  11. LEE SUN HAI on

    SUDAH LOGIN MASUK. SEMASA SEMAK KATA TIADA MAKLUMAT. NAK DAFTAR BARU TAK BOLEH DAFTAR. MACAM MANA BUAT.

  12. Chuah Lay Kuan on

    sudah daftar dan hantar. bila tekan papar tiada surat kebenaran.
    apa saya hendak buat?

    Saya suadah hantar sebanyak 5 kali ??

  13. Nak tanya Perkhidmatan Makanan & Minuman – Old Town xboleh operasi ?

    Sudah lulus xpi sebelah kanan mention = Perkhidmatan anda tidak tersenarai dalam perkhidmatan perlu

    Situasi sekarang macam ini apa yang saya boleh buat ?

    Saya telah pun apply baru dan status mention Baharu ( dah 2 hari apply )

    TQ

  14. Hani muzhaffar bin abdullah on

    kami dah register tapi bila tekan papar semua ok, hanya nak tahu mana nak print surat kebenaran?
    no. notifikasi 0-00798785.

  15. Syarikat dah buat rayuan. Tetapi kami sub-kontraktor bukan kontraktor. Dua staff mempunyai CIDB card. Dokumen2 sokongan sudah diberi. Macamana nak buat kerja ni kalau PKP akan ditangguhkan lagi? Mohon penjelasan MITI sebab bila call asyik engaged atau mesin yang jawab.
    NO PERMOHONAN 0-02187918

  16. 3.6. 2021..saya dah daftar belom ada keputusan lagi..masih BAHARU lg..
    Macamana ada cara lain lg ke nk daftar lg..

  17. Liew Keong Koon on

    Saya sudah daftar pada 12/6/21 tapi keputusan masih Baharu, saya ingin tahu kena tunggu berapa lama baru ada keputusan

  18. Salam…..saya dah membuat permohonan baru…tapi bila log in dia masih menunjuk permohonan lama masa Cims 2.0….tak ada sebarang yang mengatakan samada permohohan 3.0 diterima /baharu /dalam process

    Pada awal saya rasa mungkin server over load, dah 3 kali saya membuat permohonan baru, setiap kali sama issunya, pada muka hadapan masih tertera permohonan lama.

    Harap pihak tuan/puan boleh membantu.

Leave A Reply