Aplikasi mudah alih perbankan i-Muamalat dengan token iM Secure Muamalat yang baru adalah aplikasi pintar yang mudah dan selamat yang memberikan akses pantas ke akaun Bank Muamalat anda.
Mulai Julai 2023, ia telah menyertakan satu ciri baru yang dinamakan i-MSecure token. Untuk makluman, i-Muamalat Secure token ini berfungsi sebagai kaedah inovatif untuk mengesahkan transaksi, menggantikan sistem SMS OTP/TAC sebelum ini.
Pendaftaran i-MSecure Bank Muamalat
Macam mana cara daftar i-MSecure Muamalat?
Berikut adalah panduan ringkas tentang cara untuk mendaftar i-MSecure Bank Muamalat Malaysia Berhad:
- Muat turun Aplikasi Mudah Alih i-Muamalat dari Google Play Store atau Apple Store.
- Untuk pengetahuan anda, i-MSecure hanya tersedia pada Aplikasi Mudah Alih i-Muamalat yang baru.
- Sila uninstall Aplikasi Mudah Alih i-Muamalat yang lama sebelum teruskan.
- Log masuk ke laman web i-Muamalat di https://www.i-muamalat.com.my
- Klik Other Services > My Data > Token Registration pada tab sub-menu. Anda akan dibawa ke halaman Token Registration.
- Klik pada butang ‘Register‘.
- Seterusnya, anda akan dibawa ke halaman Token Registration Confirmation dan nombor TAC akan dihantar ke nombor telefon mudah alih yang berdaftar
- Masukkan nombor TAC yang anda terima dan klik ‘Confirm‘.
- Ini akan membawa anda ke halaman Token Registration Acknowledgement.
- Klik ‘OK‘. Anda akan kembali ke halaman Token Registration, yang kini memaparkan kod QR.
- Buka semula Aplikasi Mudah Alih i-Muamalat terkini pada peranti anda dan tekan pada butang i-MSecure.
- Kamera peranti anda akan diaktifkan secara automatik. Arahkan kamera ke kod QR yang dipaparkan pada halaman Token Registration Web i-Muamalat untuk mengimbasnya.
- Jika kamera peranti anda tidak dapat mengesan kod QR, atau jika anda perlu refresh semula kod QR secara serta-merta
- Klik ‘Token Registration‘ pada tab sub-menu.
- Sekali kod QR berjaya diimbas, sistem akan memaparkan halaman Add New Device – Confirmation page.
- Masukkan nama pengguna dan kata laluan anda dan tekan ‘Seterusnya’.
- Sistem akan menghasilkan nombor TAC dan menghantarnya ke nombor telefon mudah alih yang didaftarkan atas anda.
- Masukkan nombor TAC baru dan klik ‘Confirm‘.
- Anda akan dibawa ke halaman Add New Device – Acknowledgement.
- Anda telah berjaya mengaktifkan i-MSecure i-Muamalat pada peranti mudah alih anda.
- Selesai
Adakah saya perlu guna i-MSecure untuk semua transaksi di Bank Muamalat?
Ya, i-MSecure diperlukan untuk semua transaksi, tidak kisah samada ia bernilai lebih atau RM10,000.
Sebelum bulan Julai 2023, jika transaksi adalah di bawah RM10,000, anda perlu menggunakan kaedah pengesahan dengan Kod Pengesahan Transaksi (TAC) yang dihantar melalui SMS.
Kini, tidak lagi. Anda perlu gunakan i-MSecure untuk semua transaksi.
Macam mana nak sahkan transaksi dengan i-MSecure?
Untuk mengesahkan sebarang transaksi dengan i-MSecure, anda klik dan sahkan notifikasi pada peranti mudah alih yang didaftarkan atas nama anda.
Anda akan menerima notifikasi i-MSecure pada peranti mudah alih yang didaftarkan atas nama anda.
Anda mempunyai pilihan untuk ‘Approve‘ atau ‘Reject‘ transaksi tersebut.
Anda mesti membuat keputusan ini dalam tempoh 60 saat.
Macam mana nak aktifkan notifikasi i-MSecure untuk iPhone?
Jika anda mahu mengaktifkan notifikasi dari aplikasi mudah alih i-Muamalat untuk menunjukkan token i-MSecure pada telefon iPhone, ikuti panduan ini:
- Pergi ke ‘Settings‘ iPhone anda
- Cari ‘Aplikasi Mudah Alih i-Muamalat’
- Buka ‘Notification‘
- Pilih ‘Allow Notification‘
- Selesai
Macam mana nak aktifkan notifikasi i-MSecure untuk telefon Android?
Jika anda mahu mengaktifkan notifikasi dari aplikasi mudah alih i-Muamalat untuk menunjukkan token i-MSecure pada telefon Android, ikuti panduan ini:
- Pergi ke ‘Settings‘ telefon Android anda
- Pilih ‘Apps‘
- Cari ‘Aplikasi Mudah Alih i-Muamalat’
- Klik pada ‘Notifications‘
- Pilih ‘Enable‘ atau tukar ‘ON‘
- Pilih Allow Notification
- Selesai
Adakah aplikasi mudah alih i-Muamalat dan i-MSecure sama?
Tidak, aplikasi i-Muamalat dan i-MSecure adalah tidak sama.
i-Muamalat adalah aplikasi perbankan mudah alih yang disediakan oleh Bank Muamalat Malaysia Berhad, yang membolehkan pelanggan melakukan transaksi perbankan di mana saja dan bila-bila masa menggunakan telefon pintar mereka.
Sebaliknya, i-MSecure adalah satu ciri atau fungsi di dalam aplikasi mudah alih i-Muamalat Secure yang menyediakan lapisan tambahan keselamatan untuk transaksi perbankan dalam talian.
Ia menghasilkan kod keselamatan unik untuk setiap transaksi.
Adakah saya boleh guna aplikasi mudah alih i-Muamalat kalau saya tidak mempunyai akaun perbankan Internet?
Tidak, anda hanya boleh menggunakan aplikasi mudah alih i-Muamalat jika anda sudah berdaftar dan merupakan pengguna perbankan Internet i-Muamalat.
Jika anda tidak mempunyai akaun perbankan Internet, anda mesti mendaftar perbankan Internet i-Muamalat terlebih dahulu.