Selain GrabCar, alternatif yang lain untuk cari duit ialah MyCar. Klik sini untuk baca cara daftar MyCar driver.
Cara daftar MyCar Driver
Berikut ialah langkah ringkas untuk mendaftar untuk menjadi salah seorang pemandu MyCar
- Download aplikasi MyCar Driver di Google Play Store untuk Android, manakala di App Store untuk iOS.
- Akan tertera notifikasi untuk aplikasi mengakses sistem dalam telefon pintar anda seperti kamera, gambar dan media, dan juga untuk membuat dan mengendalikan sebarang panggilan telefon. Tekan Allow untuk membenarkan.
- Pada paparan yang tertera, tekan butang SIGN UP.
- Pada laman seterusnya, terdapat beberapa ruangan untuk diisikan. Pertama sekali, tekan pada bulatan yang tertera di bahagian atas. Bulatan tersebut ialah ikon untuk anda upload gambar profil anda sebagai pemandu MyCar. Setelah tekan, pilih sama ada Camera untuk anda menangkap gambar anda secara terus menggunakan kamera, atau pilih Gallery, sekiranya anda telah mempunyai gambar anda sendiri di galeri telefon pintar anda.
- Kemudian, pada ruangan untuk First Name, masukkan nama pertama/panggilan anda.
- Pada ruangan untuk Last Name, masukkan nama terakhir/keluarga anda. Bagi anda yang beragama Islam, anda boleh menggunakan nama panggilan anda bagi First Name dan Last Name. Contohnya, sekiranya nama anda ialah Mikael, anda boleh meletakkan nama Mikael pada ruangan First Name dan Last Name.
- Pada ruangan Email, masukkan emel anda yang aktif dan boleh diakses.
- Pada ruangan di bawah Email, pilih kod negara untuk nombor telefon anda. Bagi anda warganegara Malaysia, pilih +60 untuk Malaysia.
- Kemudian, pada ruangan untuk Mobile Number, masukkan nombor telefon anda. Tiada tanda sempang ‘-‘
- Pada ruangan Service Type, pilih sama ada e-Hailing sekiranya anda ingin menjalankan servis e-hailing, iaitu mengangkut penumpang dari tempat permulaan ke destinasi yang diingini menggunakan kenderaan anda sendiri, atau Food Delivery, sekiranya anda ingin menggunakan kenderaan anda untuk membuat servis penghantaran makanan kepada pelanggan yang memesan makanan tersebut secara online.
- Pada ruangan untuk Address, masukkan alamat penuh anda.
- Pergi ke bahagian terbawah skrin, dan tekan link Terms & Conditions untuk membaca Terma & Syarat, serta tekan linkPrivacy Policy untuk membaca Polisi Peribadi.
- Sekiranya anda bersetuju dengan semua syarat yang tertera, tick pada kenyataan tersebut.
- Kemudian, tekan butang REGISTER.
- Anda akan dibawa ke laman seterusnya. Pada ruangan untuk Home Address, masukkan alamat penuh tempat tinggal anda yang terkini.
- Pada ruangan untuk Road Tax Expiry, tekan ruangan tersebut dan kalendar akan tertera. Pilih tarikh untuk tamat tempoh cukai jalan anda.
- Pada ruangan untuk EVP Number, masukkan nombor Permit Kenderaan E-Hailing
- Pada ruangan untuk PSV Card Number, masukkan nombor kad PSV anda.
- Pada ruangan Post Code, masukkan poskod untuk tempat tinggal anda.
- Pada ruangan untuk DELIVERY STATE, masukkan negeri untuk anda menjalankan perkhidmatan anda.
- Pada ruangan untuk DELIVERY DISTRICT, masukkan daerah untuk anda menjalankan perkhidmatan anda.
- Pada ruangan untuk LICENSE CLASS, masukkan jenis kelas untuk lesen memandu anda.
- Pada ruangan untuk DISTRICT, masukkan daerah tempat tinggal anda.
- Pada ruangan untuk LICENSE EXPIRED DATE, masukkan tarikh tamat lesen memandu anda.
- Pada ruangan untuk TYPE OF VEHICLE, pilih jenis kenderaan anda.
- Pada ruangan untuk BRAND, pilih jenama untuk kenderaan anda.
- Pada ruangan untuk MODEL, pilih model kenderaan anda.
- Pada ruangan untuk VEHICLE REGISTRATION NUMBER, masukkan nombor pendaftaran kenderaan anda.
- Pada ruangan untuk IC NUMBER/PASSPORT NO, masukkan nombor kad pengenalan baru (MyKad) anda, ataupun nombor passport anda.
- Pada ruangan COLOUR, nyatakan warna kenderaan anda.
- Tekan butang SUBMIT.
- Pada laman seterusnya, terdapat beberapa ruangan yang memerlukan anda untuk upload Diingatkan bahawa anda boleh upload sama ada gambar dokumen tersebut, atau upload dokumen itu sendiri secara softcopy dalam format PDF.
- Dokumen yang perlu upload ialah insurans, MyKad, lesen memandu, lesen PSV, kad pendaftaran kenderaan, insurans e-hailing, kad pemandu teksi, permit teksi, lesen GDL, EVP, kad OKU (sekiranya ada), dokumen PUSPAKOM, dan juga surat kuasa. Tekan butang UPLOAD setiap kali ingin upload setiap satu dokumen. Kemudian, pilih sama ada Camera atau Gallery untuk upload gambar dokumen tersebut, ATAU tekan pdf untuk upload softcopy dokumen tersebut.
- Tekan butang SUBMIT. Kemudian, ikuti langkah-langkah seterusnya untuk menyempurnakan proses pendaftaran anda.