Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) telah mewujudkan satu portal baharu yang dikenali sebagai portal mySIKAP, yang juga ramai orang panggil My JPJ dan Public JPJ. Ada banyak urusan yang boleh diselesaikan menggunakan mySIKAP ini.
Sebelum anda boleh akses mySIKAP melalui public.jpj.gov.my, izinkan kami berkongsi cara daftar mySikap supaya urusan menjadi lebih mudah.
Pendaftaran mySIKAP JPJ
Cara daftar mySIKAP akaun persendirian
Berikut adalah cara mendaftar mySIKAP bagi akaun persendirian:
- Layari portal public.jpj.gov.my.
- Tekan Log Masuk/ Daftar Kali Pertama.
- Pilih Kategori ID.
- Isikan butiran berikut:
- No. MyKad
- Telefon bimbit
- Emel
- Pengesahan emel
- No. Rujukan (hanya untuk eID Advance – anda perlu hadir ke JPJ untuk mendapatkan nombor rujukan ini)
- Masukkan Kod Sekuriti yang dipaparkan.
- Tekan Teruskan.
- Semak dan sahkan maklumat, tekan Teruskan.
- Notifikasi Pengesahan Pendaftaran akan dipaparkan.
- ID Pengguna dan Kata Laluan Sementara akan dihantar pada emel yang didaftarkan.
- Anda akan menggunakan ID Pengguna dan Kata Laluan Sementara dan boleh menukarnya setelah log masuk kali pertama.
- Selesai.
Cara daftar mySIKAP akaun syarikat
Berikut adalah cara mendaftar mySIKAP bagi akaun syarikat:
- Layari portal public.jpj.gov.my.
- Tekan Log Masuk/ Daftar Kali Pertama.
- Tekan Pendaftaran ID Syarikat.
- Masukkan butiran yang diperlukan.
- Muat naik dokumen yang diperlukan berdasarkan jenis pendaftaran.
- Tekan Teruskan.
- Skrin Proses Pendaftaran Tamat akan dipaparkan.
- No. Rujukan akan dipaparkan kepada anda. Tekan Cetak.
- Pendaftaran anda telah berjaya.
Wakil yang dilantik dikehendaki menghadirkan diri di cawangan JPJ dan perlu membawa slip no. rujukan dan dokumen sokongan asal dalam tempoh 7 hari dari tarikh no. rujukan dijana untuk pengesahan.
ID Pengguna dan Kata Laluan Sementara akan dihantar ke emel berdaftar setelah proses pengesahan di kaunter selesai.
Syarat-syarat pendaftaran di portal mySIKAP
Berikut adalah syarat-syarat untuk anda membuka akaun di portal:
- Orang awam Malaysia yang mempunyai MyKad yang sah.
- Penduduk tetap Malaysia yang mempunyai MyPR yang sah.
- Pemegang passport yang belum tamat tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh pendaftaran ID mySIKAP.
- Berumur sekurang-kurangnya 16 tahun
- Mempunyai sekurang-kurangnya satu rekod dengan JPJ.
Kategori pengguna berdaftar mySIKAP
Terdapat dua kategori pengguna berdaftar di mySIKAP iaitu:
1. Persendirian
- Pengguna yang terdiri daripada orang persendirian yang akan hadir ke kaunter JPJ untuk mendaftarkan ID mereka.
- Nombor rujukan akan dijana di kaunter dan diserahkan kepada pengguna.
- Nombor rujukan juga boleh dijana secara online untuk eID Awam.
- Terdapat 2 tahap capaian:
- eID Standard:
- tidak perlu pengesahan biometrik (cap jari)
- tidak perlu hadir ke JPJ untuk daftar
- boleh menggunakan 27 daripada 38 perkhidmatan di Portal mySIKAP
- eID Advance:
- perlu pengesahan biometrik (Cap jari)
- perlu hadir ke JPJ untuk mendapatkan nombor rujukan
- boleh menggunakan kesemua 38 perkhidmatan di mySIKAP
- eID Standard:
2. Syarikat
- Pengguna yang merupakan wakil daripada syarikat/pertubuhan/perbadanan.
- Pengguna perlu hadir ke kaunter JPJ dengan membawa nombor rujukan dan dokumen sokongan untuk pengesahan.
Cara login kali pertama di public.jpj.gov.my
Berikut adalah cara log masuk kali pertama:
- Layari portal public.jpj.gov.my.
- Masukkan ID Pengguna, Kata Laluan dan Kod Sekuriti.
- Tekan Log Masuk.
- Anda sudah boleh meneruskan urusan anda.
Bagaimana jika terlupa kata laluan mySIKAP?
Jika anda terlupa kata laluan, anda boleh menukar kata laluan baru dengan mudah. Berikut adalah cara-caranya:
- Layari portal public.jpj.gov.my.
- Tekan Lupa Kata Laluan?
- Masukkan ID Pengguna, Emel Berdaftar dan Kod Sekuriti.
- Tekan Hantar.
- Masukkan jawapan Soalan Sekuriti.
- Tekan Simpan.
- Anda akan diberi no. TAC melalui emel anda.
- Masukkan no. TAC, Kata Laluan Baru dan Sahkan Kata Laluan Baru.
- Tekan Hantar. Anda sudah berjaya menukar kata laluan anda.
Perkhidmatan mySIKAP melalui public.jpj.gov.my
Antara perkhidmatan yang anda boleh lakukan di portal ini ialah:
1. Lesen memandu
- Pembaharuan lesen memandu
- Permohonan permit memandu antarabangsa
- Rayuan lesen memandu tamat tempoh
- Penukaran lesen dari asing/ tentera/ anggota polis kepada lesen memandu Malaysia
- Kemaskini alamat dan penambahan kelas
2. Kenderaan
- Memperbaharui dan membatalkan lesen kenderaan motor (LKM)
- Memohon atau membatalkan kenderaan untuk sementara waktu
- Pindah milik sukarela
- Membatalkan pendaftaran kenderaan
3. Kesalahan dan Penalti
- Semakan dan pembayaran saman/notis/penalti kenderaan anda
- Status kenderaan (senarai hitam atau dirampas)
- Mata KEJARA
- Tempoh penggantungan lesen
4. Perkhidmatan lain
- Permohonan pendaftaran kereta klasik dan vintaj
- Rayuan jika gagal pemeriksaan PUSPAKOM
Anda ada masalah dan pertanyaan untuk diajukan?
Jika anda mempunyai pertanyaan dan masalah, sila ajukan di:
- 03 8000 8000
Akhir kata
Diharapkan agar perkongsian mengenai cara daftar mySikap ini akan memudahkan lagi urusan anda untuk renew lesen dan renew road tax di JPJ.
Lebih baik beringat sebelum kena saman.
Semoga bermanfaat.
6 Comments
Assalamualaikum. Saya lupa ID saya yg saya pernah daftar Mysikap.. Saya mahu buat pembaharuan lesen memandu.
Nama: Mohd Azley bin Mohd Sim
IC: 830829045095
Tel: 0127922249
tidak dapat register untuk syarikat Milikan Tunggal.. asyik error nombor pendaftaran syarikat tidak wujud.. macam mana ni?
kiranya kene g counter juga utk first time register ? utk dptkn No. Rujukan?
1. Apa maksud pelulus dan wakil syarikat ?
2. Siapa yang boleh jadi wakil syarikat ?
3. Perlu daftar ID pelulus dan wakil syarikat ?
Salam, saya nak register untk acc company sdn bhd. da try online xdpt sebab error ‘TIDAK WUJUD’ jadi mcmna ye?
Adakah ini diperluhkan untuk daftar mySIKAP akaun persendirian?
“No. Rujukan (hanya untuk eID Advance – anda perlu hadir ke JPJ untuk mendapatkan nombor rujukan ini)”
Selain dari kena hadir ke JPJ, ada cara lain untuk dapatkan nomber Rujukan?