Cara paling selamat dan sah untuk download video YouTube adalah dengan menggunakan YouTube Premium. Dengan melanggan YouTube Premium, anda boleh memuat turun video terus melalui aplikasi YouTube di telefon pintar atau tablet dan menontonnya secara offline tanpa perlu sambungan internet. Sesetengah video juga menyediakan butang Download dalam aplikasi YouTube jika pemilik kandungan membenarkannya, tetapi ia hanya boleh ditonton dalam aplikasi dan tidak boleh dipindahkan sebagai fail ke komputer atau peranti lain.
Sebaliknya, penggunaan laman web atau aplikasi pihak ketiga untuk memuat turun video YouTube tidak dibenarkan kerana melanggar Terma Perkhidmatan YouTube dan berisiko melibatkan isu hak cipta. Selain itu, platform tidak rasmi boleh mendedahkan anda kepada malware atau iklan berbahaya. Oleh itu, jika anda ingin memuat turun video YouTube dengan selamat, gunakanlah kaedah rasmi melalui YouTube Premium atau pastikan anda mendapat kebenaran daripada pemilik video.
Panduan Muat Turun Video YouTube
Cara Download Video YouTube Secara Online
Terdapat banyak laman web seperti SaveFrom.net yang menawarkan kemudahan untuk download video YouTube dengan hanya copy-paste URL video ke ruang yang disediakan, pilih resolusi MP4 atau bentuk video lain, dan kemudian klik butang Download. Ada juga pilihan tambahan seperti memasang extension pada pelayar (contohnya Chrome) atau memasang skrip melalui helper seperti TamperMonkey, supaya butang “Download” boleh muncul terus di bawah video di YouTube untuk memudahkan muat turun.
Walau bagaimanapun, perkara ini perlu disahkan dengan teliti dari segi perundangan dan keselamatan. YouTube dalam Terms of Service mereka menyatakan bahawa muat turun video yang tidak menggunakan fungsi rasmi (seperti fungsi “Download” dalam aplikasi YouTube atau YouTube Premium) adalah tidak dibenarkan kecuali jika pemilik kandungan telah memberi kebenaran. Penggunaan SaveFrom.net atau laman serupa mungkin melanggar terma tersebut, dan ada risiko keselamatan seperti iklan palsu, pengalihan ke laman berbahaya, atau malware apabila memasang extension atau skrip pihak ketiga. Ikuti langkah-langkah di bawah untuk cara download video YouTube
- Layari laman web https://en.savefrom.net/1-youtube-video-downloader-1/. Anda akan dibawa ke portal net.
- Terdapat dua cara untuk anda download video di YouTube menggunakan perisian ini.
Cara download video YouTube tanpa aplikasi
- CARA PERTAMA – Download secara terus dari portal net menggunakan URL. Pertama sekali buka YouTube. Kemudian, cari video yang anda ingin download.
- Kemudian, setelah jumpa video tersebut, pergi ke atas skrin desktop/komputer/laptop anda. Kemudian, highlight URL yang tertera dan tekan Copy. Untuk telefon pintar, pada video tersebut, tekan butang Share. Kemudian, ambil Copy Link.
- Seterusnya, pergi ke laman depan net. Terdpat ruangan yang tertulis Enter the URL.
- Masukkan URL ataupun link video yang anda telah copy ke dalam ruangan tersebut dengan menekan Paste.
- Kemudian, tekan butang Download di sebelah ruangan tersebut.
- Tunggu sebentar. Kemudian, video yang anda inginkan akan tertera.
- Pilih sama ada anda inginkan resolusi yang tinggi atau rendah pada video anda. Resolusi yang tinggi akan memakan ruang yang besar untuk video tersebut, dan begitulah jika sebaliknya. Tekan butang yang tertera MP4 serta 720. Anda boleh memilih resolusi video anda di situ.
- Kemudian, tekan butang Download. Video anda akan dimuat turun (download).
Cara muat turun video YouTube di laptop
- CARA KEDUA – Install net ke Google Chrome di komputer/laptop anda (savefrom.net tidak disediakan dalam bentuk aplikasi). Pada laman depan savefrom.net, scroll ke bawah dan tekan butang INSTALL yang berwarna hijau.
- Pada laman seterusnya, tekan butang Instructions yang berwarna hijau.
- Kemudian, akan terpapar cara-cara untuk install net ke Google Chrome anda, di mana ia boleh digunakan untuk download video bukan sahaja di YouTube, malahan di platform lain. Pertama sekali, tekan butang kecil ADD NOW yang tertera pada langkah 1 untuk menambah extension MeddleMonkey. Kemudian, pada paparan seterusnya, tekan butang Add to Chrome.
- Sebuah pop-up notification akan tertera. Tekan butang Add extension.
- Kemudian, kembali semula ke laman savefrom.net, dan masuk ke langkah 2.
- Tekan ADD NOW pada langkah 2 untuk menambah skrip savefrom.net.
- Pada laman seterusnya, tekan butang Confirm installation yang tertera di bahagian atas.
- Anda berjaya install savefrom.net untuk Google Chrome Untuk mengujinya, anda hanya perlu buka YouTube dan pilih video yang anda ingin download. Kemudian, di bawah video tersebut, tertera butang berwarna hijau dengan gambar anak panah ke bawah. Tekan butang tersebut. Anda akan berjaya downloadvideo yang anda inginkan.
Cara muat turun video untuk Mac OS
Jika anda menggunakan Macbook atau iMac dengan perision Mac OS, cara download video YouTube yang terbaik ialah menggunakan aplikasi 4K Downloader
- Layari laman web 4K Download
- Download dan install sehingga selesai
- Buka aplikasi tersebut
- Copy URL yang dikehendaki dari Facebook
- Tekan Paste Link
- Pilih saiz video yang dikehendaki
- Pilih format video
- Muat turun
Untuk makluman, dengan menggunakan aplikasi ini, anda juga boleh convert video YouTube ini ke MP3.