Seperti yang kita ketahui, Maybank telah melancarkan e-wallet pertamanya bagi memudahkan transaksi perbankan para pengguna Maybank dan juga untuk yang bukan pengguna Maybank. Tetapi masih ramai keliru tentang cara guna MAE Maybank ini.
Tetapi jangan risau kerana kami akan berkongsi dengan anda cara menggunakan MAE Maybank ini dan kami juga akan berkongsi features atau fungsi menarik yang terdapat pada aplikasi MAE yang disediakan untuk anda.
MAE atau nama panjangnya iaitu “Maybank, Anytime, Everyone” dilancarkan untuk tujuan memastikan teknologi Maybank setaraf dengan teknologi pada masa kini dan juga menaik taraf sistem servisnya kepada rakyat jelata.
Jadi izinkan kami membahas tentang cara guna MAE Maybank dan fungsi fungsi menarik yang terdapat pada aplikasi MAE Maybank ini.
Cara guna MAE Maybank
Sebelum itu, anda perlu tahu bahawa MAE menggunakan kaedah pembayaran “cashless” kerana ianya sesuai dan setaraf dengan teknologi pada alaf baru ini. Sekiranya anda masih belum mempunyai akaun MAE dan anda tidak tahu bagaimana untuk daftar akaun MAE anda, anda boleh rujuk di sini.
Kebiasaannya soalan yang sering timbul adalah bagaimana untuk membuat pembayaran menggunakan MAE ini ? Jadi kami akan berkongsi dengan anda cara membuat pembayaran menggunakan MAE.
1. Cara bayar guna MAE Maybank
Sekiranya anda berada di lokasi anda dan ingin membuat pembayaran menggunakan kaedah QR code, MAE akan memudahkan urusan pembelian anda. Hanya ikut langkah di bawah ini.
- Anda perlu buka aplikasi MAE anda dan klik pada “Money Out”.
- Setelah itu anda perlu memilih untuk membayar dengan QR ataupun klik pada butang “Pay With QR”. Seperti yang dihuraikan sebentar tadi, MAE menggunakan kaedah pembayaran “cashless”.
- Kemudian, anda perlu ke tempat pembayaran yang mempunyai tempat untuk anda ”scan QR code” anda. Pergi sahaja ke ruangan QR code yang disediakan dan scan menggunakan aplikasi MAE anda tadi.
- Setelah anda scan, masukkan nilai yang ingin anda bayar untuk tujuan pembelian anda sebentar tadi pada ruangan “Enter Amount”.
- Kemudian tekan butang “OK” dan sekiranya transaksi anda berjaya anda akan dapat mesej yang menyatakan pembayaran anda “Successful”.
- Selesai sudah urusan pembayaran anda menggunakan MAE QR code payment.
Setelah selesai membahas tentang cara guna MAE Maybank, anda juga perlu tahu bahawa MAE Maybank juga menyediakan banyak fungsi-fungsi (features) yang menarik untuk para pelanggan dan pengguna aplikasi MAE Maybank.
2. Cara transfer duit MAE Maybank e-wallet ke akaun lain
Dengan MAE, anda boleh transfer duit ke mana-mana akaun bank. Sebagai contoh jika anda bukan seorang pengguna Maybank, namun anda menggunakan aplikasi MAE Maybank ini dan anda ada top up masuk sejumlah wang ke dalam e-wallet MAE anda, anda boleh transfer duit daripada e-wallet anda ke akaun bank anda yang lain. Hebat kan!
- Tekan fungsi Transfer pada paparan MAE anda.
- Masukkan kata laluan anda
- Pilih sama ada anda ingin membuat Instant Transfer ataupun DuitNow.
- Setelah memilih anda perlu ke paparan berikutnya di mana anda perlu memilih bank yang anda ingin transfer duit e-wallet anda sebentar tadi.
- Masukkan account number dan jumlah yang ingin anda transfer.
- Masukkan recipient reference dan tekang butang Continue.
- Pilih funds transfer dan klik Continue.
- Baca maklumat dengan betul dan klik Transfer Now.
- Anda perlu klik butang Approve pada paparan berikutnya.
- Selesai urusan anda.
3. Cara keep track of expenses dan semak perbelanjaan anda menerusi MAE Maybank
Sebagai contoh jika sudah hujung bulan dan anda ingin membuat semakan untuk kesemua perbelanjaan anda, anda tidak perlu lagi untuk view statement pada akaun bank anda.
Anda hanya perlu klik pada Spending Summary pada aplikasi MAE Maybank anda. Di sana anda akan dapat melihat perbelanjaan bulanan anda dengan sangat-sangat terperinci dan dapat memudahkan urusan anda untuk menyemak perbelanjaan harian dan bulanan anda.
4. Cara menyimpan duit melalui tabung MAE
Sekiranya anda ada matlamat tertentu seperti ingin berkahwin atau ingin bercuti pada satu masa nanti, ada kini boleh cipta tabung matlamat anda sendiri bersama aplikasi MAE Maybank anda.
Anda tidak perlu lagi menyimpan tabung secara fizikal dan dapat mengelakkan risiko kecurian dan kerugian. MAE Maybank akan memberitahu anda tentang maklumat dan berapa jumlah wang yang perlu anda simpan untuk mencapai matlamat tabungan anda itu.
5. Cara dapatkan kad fizikal MAE Maybank
Anda juga boleh mendapatkan kad MAE anda secara fizikal. Antara langkah untuk anda mendapatkan kad fizikal anda adalah:
- Anda perlu ke bahagian Maybank2u dan tekan butang Cards.
- Tekan pada MAE Debit Card.
- Tekan pada butang Apply For Physical MAE Card.
- Selesai urusan anda dan permohonan anda akan diuruskan oleh pihak Maybank.
Untuk maklumat lanjut tentang Maybank anda boleh klik di sini.
Akhir kalam
Diharapkan agar ilmu yang dikongsi akan memanfaatkan dan memudahkan urusan perbankan harian anda. Jangan lupa untuk sentiasa bijak dalam menguruskan perbelanjaan harian kita dan elakkan daripada pembaziran kerana membazir itu adalah amalam syaitan.
Semoga bermanfaat.
5 Comments
Sy still bwh umur… Bru msuk umur 15… Bleh daftar ke utk yg bwh umur ni???… Klau boleh… Utk yg debit card tu boleh guna utk kluarkan duit kat atm ke??… Tq…
Kenapa saya tidak boleh membuat “transfer” kepada mana ii bank..
Tetiba duit boleh transfer tanpa password (cubaan hari ini )
Kalau ada acc maybank2u dia akan link terus dgn MAE kan. What if acc maybank kita ada buat autodebit tapi duit kita simpan dlm akaun MAE. Possible tak diorg deduct?
Saya dah penah guna mae sebelum nie…ok sangat…tapi saya tahu kenapa sudah tak boleh keluar atau transfer ke mana2 bank…macam mana saya nak buat untuk keluar guna duit Mae…?