What's Hot

    Bagi anda yang baru pertama kali daftar i-Citra secara online, proses kemaskini i-Citra hanya boleh dilakukan di Bahagian 2: Maklumat Permohonan.

    yang tersilap memasukkan jumlah amaun pengeluaran sebab salah tarik jumlah yang sepatutnya, anda pasti mahu tahu cara kemaskini i-Sinar bukan? Adakah dibenarkan untuk update secara online di isinar.kwsp.gov.my?

    [su_panel]

    Makluman:

    Untuk kemaskini no telefon, sila rujuk cara tukar no telefon KWSP

    [/su_panel]

    1. Cara kemaskini i-Citra KWSP (Email & Alamat Rumah)

    Apa yang kami kongsikan ini adalah shortcut dari cara mohon i-Citra yang agak panjang. Empat perkara utama yang perlu dikemaskini ialah:

    • Alamat E-mel
    • Alamat Surat-Menyurat Terkini
    • Nama Bank
    • Nombor Akaun Bank

    Ikuti langkah-langkah seperti di bawah:

    1. Layari portal rasmi i-Citra di sini: https://icitra.kwsp.gov.my
    2. Lengkapkan ruangan Nombor MyKad / MyPR
    3. Lengkapkan ruangan Nombor Telefon Bimbit
    4. Tekan butang TERUSKAN
    5. Tunggu SMS dari pihak KWSP. Contoh kandungan SMS tersebut adalah seperti berikut: “RM0 KWSP: Permohonan i-Citra. OTP 999999. Sila hubungi KWSP di 03-89224848 sekiranya tidak membuat permohonan”.
    6. Masukkan NOMBOR OTP yang diterima
    7. Tekan butang SAHKAN NOMBOR OTP
    8. Selesaikan Bahagian 1: Amaun Pengeluaran
    9. Seterusnya, anda akan masuk ke Bahagian 2: Maklumat Permohonan
      • Semak MAKLUMAT PEMOHON
        • Nama Penuh
        • Nombor MyKad / MyPR
        • Nombor Telefon Bimbit
      • Kemaskini butiran peribadi sekiranya perlu
        • Alamat E-mel (Untuk pengesahan permohonan)
        • Alamat Surat-Menyurat Terkini
        • Poskod
        • Bandar
        • Negeri
    10. Teruskan dengan mengikuti panduan di bawah untuk kemaskini Nama Bank dan Nombor Akaun Bank.

     

    2. Cara kemaskini i-Citra KWSP (Nama Bank & Nombor Akaun Bank)

    Ini adalah kesinambungan selepas anda kemaskini alamat E-mel dan Alamat Surat-Menyurat Terkini.

    [su_note]

    PENTING:

    Sila pastikan bahawa Akaun Bank anda adalah:

    • Milik sendiri
      • Bukan akaun bank suami / isteri / anak / adik / kakak / ibu / bapa / saudara
    • Masih lagi aktif
      • Masih boleh keluarkan duit lagi melalui ATM
    • Bukan Akaun Bank Bersama (Joint Account) / Akaun Bank Syarikat
      • Hanya akaun peribadi milik sendiri sahaja dibenarkan

    [/su_note]

    1.  Di ruangan Adakah anda mempunyai Akaun Bank untuk bayaran pengeluaran?, pilih Ya
    2. Masukkan Nama Bank
    3. Pilihan yang ada adalah seperti berikut:
      • AFFIN BANK BERHAD
      • AGROBANK
      • AL RAJHI BANK (M) BHD
      • ALLIANCE BANK
      • AMBANK (M) BHD
      • BANK MUAMALAT (M) BHD
      • BANK RAKYAT
      • BANK ISLAM (M) BHD
      • BANK SIMPANAN NASIONAL
      • CIMB BANK BHD
      • CITIBANK BERHAD
      • EON BANK BERHAD
      • HSBC BANK (M) BHD
      • HONG LEONG BANK
      • KUWAIT FINANCE HOUSE (M) BHD
      • MAYBANK
      • OCBC BANK (M) BHD
      • PUBLIC BANK BHD
      • RHB BANK BHD
      • STANDARD CHARTERED
      • UOB (M) BHD
    4. Masukkan Nombor Akaun Bank
    5. Setelah anda masukkan Nombor Akaun Bank, akan keluar satu lagi ruangan yang menunjukkan paparan “Sila isikan semula nombor akaun bank”
    6. Jangan abaikan paparan ini. Jika anda tidak masukkan Nombor Akaun Bank sekali lagi, anda tidak boleh kemaskini dan teruskan permohonan i-Citra.
    7. Jadi, masukkan Nombor Akaun Bank sekali lagi di ruangan “Sila isikan semula nombor akaun bank”
    8. Pilih jawapan kepada soalan Saya memohon Pengeluaran i-Citra kerana
        • Kehilangan sumber pendapatan utama (tidak boleh bekerja atau diberi cuti tanpa gaji)
        • Kehilangan pekerjaan (diberhentikan)
        • Telah lama tiada pekerjaan / pendapatan
        • Mengalami penguran pendapatan / gaji
        • Membantu pasangan / ahli keluarga yang terjejas
        • Menambah sumber kewangan walaupun pekerjaan / pendapatan tidak terjejas
        • Sebab-sebab lain
    9. Pilih jawapan kepada soalan Pengeluaran i-Citra akan membantu saya untuk
        • Menampung perbelanjaan keperluan asas harian / bulanan
        • Membayar tunggakan hutang (rumah , kereta dan lain-lain)
        • Perbelanjaan / ubahsuai rumah bagi keperluan pekerjaan (WFH) dan norma baharu
        • Menampung kos pendidikan / pembelajaran anak-anak
        • Menambah simpanan / dana kecemasan
        • Membuat pelaburan (saham, emas dan lain-lain)
        • Membiayai kos melakukan kerja harian / pernagaan kecil-kecilan
        • Membantu ahli keluarga yang terjejas kewangan
        • Membeli hadiah untuk pasangan, ibu bapa atau orang tersayang
        • Perbelanjaan bukan keperluan asas
        • Hal-hal lain
    10. Tekan butang TERUSKAN
    11. Proses kemaskini i-Citra di Bahagian 2: Maklumat Permohonan selesai di sini
    12. Namun, jangan berhenti di sini kerana permohonan masih lagi belum selesai sepenuhnya
    13. Sila selesaikan Bahagian 3: Pengesahan Permohonan dan juga Bahagian 4: Selesai

     

    3. Ada masalah untuk kemas kini i-Citra KWSP?

    Ada beberapa cara untuk hubungi pihak KWSP:

    • Boleh bertanya dengan menggunakan fungsi ASK LEYA di laman utama icitra.kwsp.gov.my
    • Boleh gunakan talian hotline i-Citra di 03-8922 4848

     

    Akhir kata

    Diharapkan agar perkongsian cara kemaskini i-Citra KWSP secara online ini akan memudahkan lagi urusan anda.

    Semoga bermanfaat.

    Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

    17 Comments

    1. Ummi a/p hashim on

      Nak kemaskini nombor telefon baru nak i citra nombor telefon lama dah tak guna lagi. Ni nombor telefon baru 0143821726 terima kasih

    2. Nur Asyura Binti Ahmad Zulfi on

      Nak kemaskini nombor telefon baru nak i citra nombor telefon lama dah tak guna lagi. Ni nombor telefon baru 0165081997 terima kasih

    3. Akaun bank saya dah tak aktif..saya tutup sebab kena scam..saya dah daftar pakai no akaun bank tu tp akaun tu dah tutup..so saya nak buat cm mna ya..cara bayaran dia cm mna..

    4. Akaun bank saya dah tidak aktif. saya terbagi no akaun bank yg saya sudah tutup. so saya nak tukar pada no akaun bank yang aktif. bagaimana cara bayaran dia.

    5. LOKE KAH JUN on

      Akaun Maybank saya dah tak aktif..saya tutup . Sila hubungi saya Loke Kah Jun – 012-858 1239 Dari Maybank account tukar kepada Public Bank Account (PBB 6-4020712-33) – No.Ahli KWSP : 19927414
      Terima Kasih

    Leave A Reply