Apple One ialah pelan langganan yang menggabungkan empat perkhidmatan utama iaitu Apple Music, Apple TV+, Apple Arcade, dan iCloud dalam satu pakej dengan harga yang berpatutan. Ia memudahkan pengguna menggunakan produk Apple tanpa perlu melanggan setiap perkhidmatan secara berasingan.
Pengguna boleh memilih antara Pelan Individu dengan 50 GB storan iCloud, atau Pelan Keluarga yang boleh dikongsi dengan hingga lima ahli keluarga dan 200 GB storan iCloud. Di negara-negara tertentu, Apple One turut menawarkan Pelan Premier yang merangkumi Apple News+, Apple Fitness+ dan 2 TB storan iCloud.
Apple One Subscription
Bagaimana Cara Langgan Apple One?
Berikut adalah langkah-langkah mudah untuk melanggan Apple One:
- Buka Tetapan (Settings) pada iPhone.
- Tekan pada nama pengguna di bahagian paling atas skrin.
- Pilih Subscriptions, dan tunggu beberapa saat sehingga pilihan Apple One dipaparkan.
- Setelah muncul, tekan Get Apple One.
- Pilih pelan yang sesuai, sama ada pelan Individu (RM19.90/sebulan) atau pelan Keluarga (RM33.90/sebulan).
- Tekan Start Free Trial dan sahkan langganan.
- Langganan Apple One kini berjaya.
Berapa Harga Pakej Langganan Apple One?
Pengguna boleh memilih langganan Apple One bagi pelan Individu atau Keluarga. Pelan Individu berharga RM19.90 sebulan dan merangkumi Apple Music, Apple TV+, Apple Arcade, serta storan iCloud sebanyak 50 GB. Pelan ini sesuai untuk pengguna individu yang tidak berkongsi akaun dengan orang lain.
Pelan Keluarga pula ditawarkan pada harga RM33.90 sebulan, termasuk perkhidmatan yang sama seperti pelan Individu tetapi dengan storan iCloud yang lebih besar iaitu 200 GB. Pelan ini boleh dikongsi dengan sehingga 5 orang ahli keluarga, menjadikannya pilihan yang lebih menjimatkan untuk kegunaan bersama keluarga.
Berapa Banyak Penjimatan Apple One Tawarkan?
Apple One menawarkan penjimatan ketara berbanding melanggan setiap perkhidmatan secara individu. Di Malaysia, pelanggan pelan Individu boleh menjimatkan sehingga RM40.70 sebulan, manakala pelan Keluarga memberi penjimatan lebih besar jika dikongsi dengan ahli keluarga.
Apakah Perbezaan Antara Pelan Individu dan Keluarga?
Apple One mempunyai dua pelan utama di Malaysia iaitu Pelan Individu dan Pelan Keluarga. Perbezaan ketara adalah dari segi harga, akses kepada aplikasi, perkongsian dan saiz storan.
1. Pelan Individu
RM19.90/sebulan dengan akses kepada Apple Music, Apple TV+, Apple Arcade, dan storan iCloud sebanyak 50 GB.
2. Pelan Keluarga
RM33.90/sebulan dan boleh dikongsi dengan sehingga 5 orang ahli keluarga, dengan storan iCloud sebanyak 200 GB.
Bolehkah Tambah Saiz Storan iCloud Pada Pelan Apple One?
Ya, pengguna boleh membeli storan iCloud tambahan jika mereka memerlukan lebih banyak ruang daripada yang disediakan oleh pelan Apple One. Ini adalah pilihan tambahan dan boleh diuruskan melalui Tetapan peranti.
Apple One Premier Ditawarkan atau Tidak di Malaysia?
Tidak, pelan Apple One Premier tidak ditawarkan di Malaysia buat masa ini. Pelan Premier ini menyediakan storan iCloud sehingga 2 TB dan turut menawarkan perkhidmatan Apple News+ serta Apple Fitness+. Walau bagaimanapun, perkhidmatan tersebut mungkin akan diperkenalkan di Malaysia pada masa akan datang, bergantung kepada strategi pengembangan Apple di rantau ini.
Bagaimana Cara Mengakses Perkhidmatan Apple One Pada Peranti?
Apple One boleh diakses melalui pelbagai peranti Apple seperti iPhone, iPad, Mac, Apple TV dan Apple Watch.
Pada iPhone dan iPad, pengguna boleh menggunakan aplikasi khusus seperti Apple Music, Apple TV, dan iCloud untuk mengakses perkhidmatan berkenaan. Pengguna Mac pula boleh menggunakan aplikasi desktop atau melayari laman web perkhidmatan tersebut. Bagi pemilik Apple TV, mereka boleh menikmati Apple TV+ dan Apple Music melalui aplikasi yang tersedia pada peranti itu. Apple Watch pula menyokong Apple Music dan notifikasi Apple TV+, membolehkan pengguna mengakses hiburan mereka di pergelangan tangan.
Di samping itu, Apple Music turut boleh diakses pada peranti Android melalui aplikasi khas, manakala Apple TV+ boleh distrim melalui beberapa peranti pihak ketiga yang serasi, termasuk smart TV tertentu atau peranti penstriman, memperluaskan capaian perkhidmatan Apple ke luar ekosistem mereka sendiri.
Bagaimana Cara Membatalkan Langganan Apple One?
Untuk membatalkan langganan Apple One, ikuti langkah-langkah berikut:
- Buka aplikasi Tetapan (Settings) pada peranti Apple.
- Ketik pada nama penguna di bahagian atas skrin.
- Pilih “Langganan” (Subscriptions).
- Cari dan pilih langganan Apple One.
- Ketik “Batalkan Langganan” (Cancel Subscription).
Pengguna boleh membatalkan langganan pada bila-bila masa sebelum tarikh pembaharuan bulanan. Selepas pembatalan, pengguna masih boleh menggunakan perkhidmatan tersebut sehingga akhir tempoh bil semasa.