What's Hot

    Nak tengok baki Tabung Haji terus dalam Maybank2u tak? Izinkan kami kongsi cara link Tabung Haji dengan Maybank2u.

    Antara kelebihannya, kalau login Maybank2u, tak perlu login ke THIJARI pula. Mudah kerana perlu rujuk satu tempat sahaja.

    Cara link Tabung Haji dengan Maybank2u

    1. Pertama sekali, pergi ke mesin ATM Maybank yang berdekatan dengan anda.
    2. Masukkan kad ATM anda pada mesin tersebut.
    3. Kemudian, masukkan nombor PIN anda seperti biasa
    4. Menu utama akan terpapar. Pilih TABUNG HAJI (TH).
    5. Pada paparan seterusnya, masukkan nombor akaun TH anda. Setelah memasukkan dan pasti bahawa ia tepat, tekan YA.
    6. Paparan pengesahan akan tertera. Sahkan nombor akaun TH yang tertera, serta nombor siri buku akaun TH. Sekiranya kedua-dua nombor ini adalah milik anda, tekan pada YA.
    7. Proses anda selesai, kemudian, buka laptop/komputer/telefon pintar anda.
    8. Pada web browser anda, layari laman web rasmi Maybank2u di sini: https://www.maybank2u.com.my
    9. Pada laman tersebut, tekan butang Back to the Classic Maybank2U.
    10. Kenapa guna Classic? Kami rasakan ini lebih mudah berbanding yang baru.
    11. Kemudian, login ke akaun anda. Mula-mula, masukkan username anda pada ruangan Username. Masukkan Username anda dan tekan butang Next.
    12. Seterusnya, sahkan gambar dan Security Phrase yang tertera. Sekiranya milik akaun anda, tekan butang Yes.
    13. Selepas itu, masukkan password anda pada ruangan Password.
    14. Tekan butang Login.
    15. Kemudian, menu akan tertera. Tekan link Accounts & Banking.
    16. Pada paparan seterusnya, pergi ke bahagian kiri skrin (sekiranya menggunakan komputer/laptop). Tekan link Tabung Haji.
    17. Anda akan dapat akses ke akaun Tabung Haji anda melalui Maybank2U,kerana anda telah melengkapkan pendaftarannya untk disambung dengan Maybank2U melalui mesin ATM.
    18. Di paparan skrin, anda boleh melakukan pelbagai perkara seperti menyemak baki akaun anda, melakukan transaksi pindahan wang ke akaun lain, mengeluarkan wang Tabung Haji anda dan sebagainya.
    19. Proses pendaftaran anda selesai.

     

    Akhir kalam

    Cara link Tabung Haji dengan Maybank ini cukup mudah. Tak perlu lagi pergi ke cawangan Tabung Haji semata-mata untuk check balance.

    Semoga bermanfaat.

    Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

    4 Comments

    1. Dato hj aznel b.ibrahim on

      Minta tabung hj cari kaedah yg lg baik.wargamas tak pandai seperti yg di tulis.wargamas tak ada apa2 kad atm pun.Saya sendiri pun buat temujanji ditbg hj baling.Pada 6hb baru dpt msk tbg hj.Tengok dlm list 7 org saja yg dpt msk buat urusan.Semua urusan blh buat kecuali keluarkan duit.saya ubah saja ok la.Keluar dari tabung hj tgk rmh yg dok tunggu minta nak msk.saya sempat tanya mak wargamas ni.Datang dari mana.kata kg weng.dlm 20km dari baling.Mak Cik nak ambik duit.nak beli brg mkn dan byr duit api dan air.saya lihat dia nak menangis bila saya kata kena buat temujanji.harini tak blh ambik duit.saya tanya ada kad apa2 Atm tak.kata tak dak.Akhirnya saya bg rm100 minta belilah apa2 keperluan utk mkn dulu.Saranan saya tabung haji kena cari makanisma yg terbaik utk atasi masaallah ni.Kesian wargamas atau ayat kami disini.kesian la kami org Kampung yg tak tahu cara terkini masa pkp 3.0.t.kasih

    Leave A Reply