What's Hot

    Janganlah tunggu yang cetak rompak. Sokonglah produk tempatan. Jadi, kalau berminat dengan cerita-cerita tempatan seperti 18 Puasa Kampong Pisang lakonan Bell Ngasri, Nam Ron, Elizad; yang diarahkan oleh Mamat Khalid, anda perlu beli dan keluarkan duit sedikit. Kena baca cara langgan Astro First terlebih dahulu.

    Izinkan kami berkongsi.

    Cara melanggan Astro First

    Bagi anda sebagai pengguna Astro, melanggan Astro First channel adalah sangat mudah. Pastikan pilih channel yang betul seperti yang disenaraikan di atas.

    1. Pada decoder Astro anda, tune ke saluran 480.
    2. Anda akan dibawa ke saluran 480. Tunggu sehingga menu keluar.
    3. Akan tertera menu yang mengandungi filem-filem yang terbaru. Pilih filem yang anda ingin tonton.
    4. Gunakan butang arah yang terdapat pada alat kawalan untuk memilih. Anda boleh tekan butang bahasa yang terdapat pada alat kawalan jauh anda untuk menukar bahasa pada laman.
    5. Tekan butang OK pada alat kawalan anda untuk memilih filem yang anda ingin. Kemudian, sekiranya anda inginkan maklumat tentang filem tersebut, tekan butang Info.
    6. Anda akan dibawa ke laman untuk penerangan tentang filem yang anda pilih. Penerangan tentang filem ini adalah lengkap merangkumi genre, pelakon, pengarah, audio (bahasa untuk filem ini), sari kata yang ada, rating umur untuk filem tersebut, penerangan ringkas tentang filem, waktu tayangan yang ada di Astro First untuk filem tersebut serta harga untuk melanggan filem ini. Untuk satu langganan, sesebuah filem akan diulang di saluran Astro First channel selama 48 jam.
    7. Anda boleh tekan butang berwarna hijau pada alat kawalan anda untuk ke menu utama.
    8. Untuk melanggan filem yang anda mahukan, tekan butang berwarna biru untuk Beli.
    9. Akan tertera arahan di televisyen yang anda harus ikuti. Ikuti semua arahan dan hantar ke 32999 di telefon anda.
    10. Anda akan menerima SMS daripada Astro, menandakan pengesahan pembelian anda.
    11. Langganan Astro First anda selesai

    Caj dan harga langganan Astro First

    Cara melanggan Astro First sudah jelas seperti di atas.

    Harganya tidak mahal. Cuma RM15 untuk satu movie.

    Namun, berapa lama kita boleh tonton movie yang dibeli?

    Untuk makluman, bagi setiap filem, pembelian hanya untuk sekali caj sahaja. Untuk setiap pembelian, filem tersebut akan terus ditayangkan di Astro First selama 48 jam tanpa henti, berdasarkan pada waktu tayangan yang telah ditetapkan.

    Bagi yang rasa Astro itu mahal dan rasa terbeban, boleh cuba cara langgan NJOI dan cara topup NJOI untuk tonton apa yang kita mahu sahaja.

    Beza Astro First dan Astro Best

    Astro First adalah untuk filem tempatan seperti Paskal, Polis Evo, Polis Evo 2, Boboiboy The Movie, 16 Puasa, Munafik, Munafik 2, Abang Long Fadil, Bikers Kental, Sangkar, Misteri Dilaila, Ejen Ali The Movie, Tombiruo, Kami Histeri, Hantu Bungkus Ikat Tepi, Kimchi Untuk Awak, Manisnya Cinta di Cappadoccia, Upin Ipin Keris Siamang Tunggal, Bisik Pada Langit, Ola Bola, Rock Oo dan macam-macam lagi. Tidak dilupa, ada juga cerita dari Asia seperti Korea.

    Astro Best pula khas untuk filem dari Hollywood, yang selalunya box-office. Jadi, para peminat movie seperti Avengers, Aquaman, Venom, Lion King dan macam-macam lagi. Untuk menonton pelbagai movie baru yang menarik di Astro Best, boleh baca tentang cara melanggan Astro Best.

    Maklumat lanjut Astro First

    Sekiranya anda sudah cuba cara melanggan Astro First dan mengikuti arahan yang diberi, tetapi masih tiada filem yang ditayangkan di Astro First, anda disarankan mencuba sekali lagi.

    Namun, jika masalah tidak dapat diselesaikan, anda boleh menghubungi Bahagian Khidmat Pelanggan Astro di talian 03-95433838.

    Selain itu, bagi Astro NJOI, anda boleh menghubungi di talian 03-95438100, manakala untuk IPTV, hubungi 03-95431543.

    Akhir kata

    Dengan adanya perkongsian tentang cara melanggan Astro First ini, kami harap anda dapat menonton filem kegemaran anda dengan lebih mudah.

    Tayangan tanpa henti selama 48 jam berturut-turut dengan harga yang berpatutan sememangnya memberi kepuasan kepada anda sebagai pelanggan Astro.  Apa tunggu lagi? Langgan Astro First anda sekarang.

    Sebagai alternatif, anda cuba boleh baca cara langgan Netflix juga.

    Semoga bermanfaat.

    Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

    6 Comments

    1. Syed Mohd Jehan Nazri. on

      Apabila tekan chanel 480 hanye kluar servis tergendala sebentar (SCNA) seperti yg selalu tertera apabila cuaca buruk..tiada menu astro first tertera seperti yg kebiasaan tertera utk pilihan movie..walau telah berulang kali mencuba hasilnya tetap sama sedangkan tiada masalah pada tontonan untuk chanel astro yg lain seperti citra,ria,aura,rania dan chanel2 yg lain…
      HARAP DAPAT MEMBANTU …

    Leave A Reply