Bagi mana-mana guru yang ingin sambung pengajian, boleh baca cara mohon ePenawaran untuk mendapatkan biasiswa dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Penajaan biasiswa ini adalah khas untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang masih lagi berkhidmat. Apa yang menarik, anda boleh mohon cuti belajar dengan bergaji penuh.
Persediaan sebelum mohon ePenawaran KPM
Sebelum membuat permohonan, guru-guru yang masih berkhidmat di sekolah dinasihatkan untuk kemaskini eOperasi terlebih dahulu. Ini adalah untuk memudahkan dan melancarkan proses permohonan.
Walau bagaimanapun, jika anda tidak bertugas di sekolah, boleh terus mengisi maklumat dalam borang permohonan ePenawaran.
Syarat permohonan ePenawaran Biasiswa Pergurusan Persekutuan ISMP
Berikut ialah syarat-syarat sebelum memohon biasiswa ISMP e-IJAZAH1
- Calon mestilah Warganegara Malaysia
- Umur calon tidak melebihi 25 tahun pada 1 Januari 2021 (tahun permohonan);
- Calon memiliki Sijil Penuh bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melayakkan lantikan ke perkhidmatan awam termasuk kepujian dalam Bahasa Melayu dan Ujian Lisan pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
- Calon sedang mengikuti pengajian tahun pertama atau tahun kedua di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan seperti bidang di bawah dan perlu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.50 dan ke atas bagi keputusan semester terkini untuk memohon;
- Penawaran biasiswa ISMP ini tidak terhad kepada pelajar daripada Fakulti Pendidikan, tetapi turut dibuka kepada semua pelajar dari Fakulti lain sekiranya ijazah yang bakal diperoleh adalah dengan pendidikan;
- Hanya calon yang memilih berdasarkan bidang kursus major sahaja yang akan ditawarkan biasiswa;
- Bagi calon Bidang Bahasa Inggeris, calon perlu mendapat kelayakan minimum Band 5 bagi keputusan Malaysian University English Test (MUET);
- Bagi calon Bidang Dini dan Bidang Tahfiz, calon perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Arab DAN wajib mengemukakan dokumen berkaitan seperti salinan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)/ Sijil MenengahAgama (SMA)/ Sijil Menengah Ugama (SMU) atau mana-mana dokumen yang boleh menyokong kemahiran bahasa untuk memohon;
- Bagi calon yang mengambil jurusan teknikal dan vokasional, calon boleh mengemukakan dokumen berkaitan seperti salinan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) atau Diploma dalam bidang TVET (sekiranya ada);
- Calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat sahaja akan dipanggil untuk menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG) secara dalam talian dan penilaian video pembentangan oleh panel yang dilantik;
- Calon yang berjaya ditawarkan Biasiswa KPM perlu melepaskan tajaan yang sedia ada; dan
- Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) tidak layak memohon.
Cara mohon ePenawaran Biasiswa Perguruan
Berikut ialah cara untuk buat permohonan e-IJAZAH1:
- Layari laman web rasmi e-Penawaran di sini: https://epenawaran.moe.gov.my
- Lihat tawaran terkini
- Untuk tahun 2021, ada TAWARAN BIASISWA PERGURUAN BAGI PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (ISMP)
- Pastikan anda berada di tab PERMOHONAN BARU
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan
- Masukkan Kata Laluan
- Sahkan Kata Laluan
- Pilih Program PENDIDIKAN
- Tekan butang MASUK
- Lengkapkan permohonan untuk memohon ISMP seperti berikut:
- Menu DIRI
- Menu PENGAJIAN
- Menu AKADEMIK
- Menu KO-KURIKULUM
- Menu IBUBAPA / PENJAGA
- Sila MUAT NAIK dokumen yang dikehendaki. Tidak perlu hantar hardcopy.
- Sila baca dan buat perakuan dengan tanda tick
- Tekan butang SIMPAN
- Tekan butang HANTAR
- Selesai
Cara kemaskini permohonan Biasiswa Perguruan Persekutuan
- Layari laman web rasmi e-Penawaran di sini: https://epenawaran.moe.gov.my
- Klik terus TAWARAN BIASISWA PERGURUAN BAGI PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (ISMP)
- Pastikan anda berada di tab KEMASKINI PERMOHONAN
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan
- Masukkan Kata Laluan
- Pilih Program PENDIDIKAN
- Tekan butang MASUK
- Sila kemaskini maklumat permohonan seperti:
- DIRI
- PENGAJIAN
- AKADEMIK
- KO-KURIKULUM
- IBUBAPA / PENJAGA
Semakan Biasiswa Perguruan ePenawaran
Buat masa ini, belum ada maklumat berkenaan semakan permohonan. Sila check semula laman web rasmi ePenawaran untuk tarikh terkini.
Maklumat lanjut
Jika guru-guru ingin mendapatkan maklumat lanjut berkenaan ePenawaran, sila hubungi urusetia seperti di bawah: terdapat sebarang pertanyaan sistem e-Penawaran, boleh menghubungi urusetia berikut:
1. Bahagian Tajaan Pendidikan (pertanyaan umum berkaitan program):
- 03-8321 7138
- [email protected]
2. Bahagian Pengurusan Maklumat (bantuan teknikal):
- 03-8884 3823
- 03-8884 3674
Akhir kata
Pada kami, ini adalah peluang yang tak patut dilepaskan oleh guru yang berminat. Sudahlah dapat cuti dari mengajar, dapat pula gaji penuh.
Selagi ada kekuatan dan keinginan, teruskan.
Semoga bermanfaat.