Selain moratorium Maybank dan moratorium Bank Islam, rakyat Malaysia kini boleh mohon moratorium Bank Rakyat juga. Izinkan kami berkongsi bagaimana untuk memohon dan semak permohonan bantuan bayaran pembiayaan PEMULIH dari Bank Rakyat ini.
Bank Rakyat memang terkenal dengan pinjaman peribadi. Jadi, bantuan lanjutan saat PKP 3.0 memang sangat sesuai untuk individu yang bukan sahaja mempunyai personal loan. Ia juga untuk individu yang mempunyai pinjaman kereta dan pinjaman perumahan dengan Bank Rakyat.
1. Cara mohon moratorium Bank Rakyat online
Permohonan boleh dilakukan secara online sahaja.
- Layari laman web Permohonan Bantuan Bayaran Pembiayaan PEMULIH Bank Rakyat di sini: https://cv19-support.bankrakyat.com.my
- Lihat ikon PERMOHONAN BARU
- Klik butang MEMOHON
- Masukkan Maklumat Pelanggan seperti dipinta
- Kategori Permohonan
- Individu
- Mikro-i
- Mempunyai lebih dari 1 akaun pembiayaan di Bank Rakyat
- Ya
- Tidak
- Mempunyai akaun pembiayaan bersama
- Ya
- Tidak
- Nama Penuh
- No Kad Pengenalan Baru
- No Pendaftaran Syarikat
- NO KP Alternatif
- Polis
- Tentera
- KP Lama
- Alamat
- Poskod
- Negeri
- Nombor Telefon Untuk Dihubungi
- Bimbit
- Rumah
- Pejabat
- Alamat emel
- Kategori Permohonan
- Di bahagian Pilihan Bantuan, pilih Jenis Bantuan iaitu:
- Moratorium 6 bulan
- Pengurangan Ansuran 50% selama 6 bulan
- Di bahagian Perakuan Pelanggan, sila tick bahagian ini:
- Saya dengan ini mengaku bahawa:
- Pembiayaan saya bukan di bawah Program Pengurusan Hutang AKPK;
- Saya bukan seorang yang diisytharkan bankrap atau sedang di bawah prosiding kebankrapan; dan
- Saya tidak mempunyai penjamin / penama bersama pembiayaan; atau telah mendapat kebenaran dari penjamin / penama bersama pembiayaan bagi pilihan bantuan saya.
- Saya dengan ini mengaku bahawa:
- Seterusnya, sila tick semua yang di bawah ini:
- Saya faham bahawa:
- Keuntungan bulanan akan terus dicajkan and diakru sepanjang tempoh tangguhan. Ini akan mengakibatkan tempoh pembiayaan saya dilanjutkan.
- Saya mempunyai pilihan untuk menghubungi Bank untuk menukar jumlah ansuran bulanan dan/atau jadual ansuran jika kedudukan kewangan saya bertambah baik untuk mengurangkan kos keseluruhan pembiayaan saya.
- Saya bersetuju mengemukakan maklumat berkaitan kepada Bank jika diminta selepas bantuan bayaran pembiayaan saya diluluskan;
- Jika dikehendaki, saya perlu menandatangani dokumen berkaitan untuk menyempurnakan dokumen perjanjian, termasuk yang berkaitan dengan penjamin atau penama bersama pembiayaan dan/atau perjanjian berbeza untuk Sewa Beli Kenderaan atau Pembiayaan Kadar Tetap.
- Pihak Bank mempunyai hak untuk mengubah/menarik balik bantuan bayaran ini jika saya didapati mengemukakan maklumat yang salah, mengelirukan atau tidak sempurna dalam permohonan ini; dan
- Jika saya mempunyai tunggakan ansuran dan tidak membayar keseluruhan jumlah tunggakan ansuran melebihi 90 hari pada masa permohonan ini dibuat, saya bersetuju untuk Bank menawarkan kaedah penyelesaian khusus yang lebih sesuai dengan keadaan kewangan saya. Ini termasuk berkongsi maklumat terperinci pembiayaan saya kepada AKPK bagi mendapatkan nasihat lanjut dalam menguruskan hutang saya dan saya membenarkan AKPK untuk menyemak maklumat CCRIS saya.
- Saya bersetuju dan memahami Notis Privasi Data. (Privasi data anda adalah penting bagi kami. Sila rujuk Notis Privasi kami di www.bankrakyat.com.my untuk maklumat lanjut)
- Saya dengan ini mengakui bahawa maklumat yang dinyatakan seperti di atas adalah betul dan tepat serta seterusnya membenarkan Bank untuk memproses permohonan bantuan bayaran saya
- Saya faham bahawa:
- Tekan butang Hantar
2. Semakan permohonan moratorium Bank Rakyat
Semakan moratorium juga boleh dilakukan secara online sahaja.
- Layari laman web Permohonan Bantuan Bayaran Pembiayaan PEMULIH Bank Rakyat di sini: https://cv19-support.bankrakyat.com.my
- Lihat ikon SEMAKAN PERMOHONAN
- Klik butang SEMAKAN
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan
- Tekan ikon Cari
- Sekiranya lulus, maklumat akan terpapar di sini
3. Ada masalah semasa cuba apply?
Jika anda menghadapi masalah atau mempunyai apa-apa pertanyaan berkenaan moratorium Bank Rakyat, sila hubungi Khidmat Pelanggan di talian berikut:
- 1300 80 5454
Waktu operasi adalah seperti berikut:
Waktu Operasi | Penerangan |
7:30 pagi hingga 9:30 malam | Talian dibuka untuk semua pertanyaan |
9:30 malam hingga 7:30 pagi | Talian dibuka terhad untuk menyemak status permohonan, urusan perbankan internet dan melaporkan kehilangan kad |
Akhir kalam
Diharapkan agar perkongsian berkenaan cara mohon moratorium Bank Rakyat ini akan memudahkan lagi urusan anda.
Bersyukurlah, ada sedikit kelapangan dari komitment bulanan.
Semoga bermanfaat.