Adakah anda masukkan password yang salah sehingga kena block? Adakah akaun Maybank sekarang kena locked? Atau mungkinkah ada attempt dari hackers di luar sana yang cuba masuk akaun Maybank anda? Apa pun situasinya, jangan bimbang, izinkan kami berkongsi cara reset password Maybank2u.
Jemput juga baca cara daftar MAE Maybank dengan fungsi e-wallet yang terbaru.
Terlupa password Maybank2u?
Pernahkah anda menghadapi situasi apabila anda terlupa password akaun online banking anda? Langsung tak ingat.
Bagi platform online bankingseperti Maybank2U milik Maybank, keselamatan akaun anda sentiasa terjaga, asalkan anda tidak mendedahkan username dan password anda kepada orang lain.
Asalkan anda adalah pemilik akaun itu, masih ada jalannya.
Jika anda guna CIMB, jemput baca cara tukar password CIMB Clicks.
Untuk situasi lain, anda mendapati ada penambahan atau pengurangan jumlah wang di dalam akaun tanpa pengetahuan anda.
Di sini, amat logik untuk anda mengandaikan bahawa terdapat individu lain yang dapat memecah masuk akaun anda. Dengan mengetahui username anda dan juga kata laluan anda, individu tidak bertanggungjawab ini boleh melakukan segalanya, daripada mencuri wang anda sehinggalah menggunakan akaun bank anda untuk melakukan jenayah.
Oleh itu, anda perlu bertindak pantas. Cara yang terbaik dan boleh anda lakukan setelah anda dapat akses masuk ke akaun Maybank2U milik anda, adalah dengan menukar kata laluan. Bagaimana caranya?
#1 Cara reset password Maybank2u (Sistem baru)
Berikut ialah cara untuk tukar kata laluan Maybank2u menggunakan sistem yang baru.
- Layari laman web https://www.maybank2u.com.my, untuk ke paparan utama laman web Maybank2U.
- Kemudian, login ke akaun anda. Pada My Username, masukkan username
- Tekan pada logo mangga kunci di sebelahnya.
- Seterusnya, sahkan Security Phrase yang tertera. Sekiranya milik akaun anda, tekan butang YES.
- Kemudian, untuk password, tekan butang FORGOT PASSWORD.
- Pada laman seterusnya, pada ruangan CARD/ACCESS NO., masukkan nombor kad 16 digit yang tertera pada bahagian hadapan kad ATM Debit/Kredit anda.
- Pada ruangan PIN NO., masukkan nombor PIN untuk kad ATM Debit/Kredit anda.
- Kemudian, pada laman seterusnya, tekan butang RESET PASSWORD.
- Seterusnya, masukkan password baru yang anda ingin gunakan untuk akaun anda.
- Pada ruangan di bawahnya, sahkan password anda dengan memasukkan password anda sekali lagi pada ruang tersebut.
- Kemudian, tekan butang REQUEST OTP (One Time Password). One Time Password akan dihantar ke telefon anda secara SMS. Pastikan nombor telefon anda ini telah berdaftar dengan Maybank2U.
- Masukkan kod OTP yang anda terima ke ruang yang disediakan.
- Tekan butang CONFIRM.
- Penukaran password anda berjaya. Anda boleh logout dan login semula menggunakan password yang baru dikemaskini.
#2 Cara reset password Maybank2u (Sistem Classic)
Berikut ialah cara untuk tukar kata laluan Maybank2u menggunakan sistem Classic yang lama.
- Layari laman web https://www.maybank2u.com.my/home/m2u/common/login.do, untuk ke paparan utama laman web Maybank2U.
- Kemudian, tekan pada butang Back to the classic Maybank2U.
- Pada laman seterusnya, masukkan username anda pada Username. Tekan butang Next.
- Pada laman seterusnya, sahkan security phrase dan gambar yang tertera. Sekiranya milik akaun anda, tekan butang Yes.
- Kemudian, tekan link Forgot Username/Password.
- Pada laman seterusnya, pada ruangan Card/Access No., masukkan nombor kad 16 digit yang tertera pada bahagian hadapan kad ATM Debit/kredit anda.
- Pada ruangan PIN, masukkan nombor PIN untuk kad ATM Debit/kredit anda.
- Tekan butang Next.
- Pada laman seterusnya, username anda akan tertera. Tekan butang Reset Password.
- Kemudian, pada laman seterusnya, isi pada ruang-ruang yang tertera. Pada ruangan Password, letakkan password baru yang anda ingin gunakan untuk akaun anda. Password anda mestilah mempunyai 8-12 aksara, tiada jarak dibenarkan dan mesti alphanumeric (gabungan nombor, abjad, huruf besar, huruf kecil dan simbol)
- Pada ruangan Confirm Password, masukkan sekali lagi password
- Kemudian, tekan butang Request for TAC. Anda akan menerima kod TAC secara SMS di telefon anda. Setelah mendapat SMS ini, masukkan nombor TAC yang terdapat dalam SMS, ke ruangan TAC yang disediakan.
- Tekan butang Next.
- Penukaran password anda berjaya. Anda boleh login semula dengan menggunakan password yang baru ini untuk akaun anda.
Maklumat lanjut, jika masih lupa kata laluan Maybank 2u
Jika anda rasa ada orang cuba masuk akaun Maybank2u hingga kena block atau sudah locked, sila hubungi:
Fraud Hotline:
- +603 5891 4744
Untuk bantuan atau pertanyaan lain seperti cara tukar password Maybank2 atau requirement untuk kata laluan, sila hubungi:
Customer Care Hotline:
- 1-300 88 6688 (Malaysia)
- +603-7844 3696 (Overseas)
- Email: [email protected]
Akhir kalam
Kesimpulannya, proses menukar password untuk akaun Maybank2U anda tidaklah sukar. Sekiranya anda menghadapi masalah untuk menukar password anda, sila cuba semula dan patuhi semua syarat yang diberikan oleh Maybank.
Sekiranya tidak boleh juga, cuba kemudian atau hubungi nombor yang terdapat di belakang kad debit atau kredit anda untuk mendapatkan bantuan.
Diharapkan agar perkongsian cara reset password Maybank2u ini dapat memudahkan lagi urusan anda.
Semoga bermanfaat.
16 Comments
Terima kasih mantap
Terlupa password
Lupa
Lupa passwords
lupa
lupa password
lupa password
Lupa password
Tiada passwor
Tiba tiba tak boleh log masuk pasword salah.. pasword betul tapi kena reset pasword
Lupa password
Lupa password
ROZITA ANAK BIRI
No Telefon yg daftar maybank2u hilang..tak boleh login maybank2u online password lupa
Reset password
Lupa password