Angka giliran Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah nombor unik yang digunakan untuk mengenal pasti calon semasa peperiksaan. Angka giliran SPM amat penting untuk menyemak keputusan peperiksaan SPM anda. Apabila keputusan SPM diumumkan, anda perlu memasukkan angka giliran yang unik ini bersama nombor kad pengenalan di portal My Result SPM untuk melihat gred yang anda peroleh bagi setiap mata pelajaran.
Tanpa angka giliran, anda tidak akan dapat mengakses keputusan SPM anda secara dalam talian. Jika anda terlupa atau kehilangan angka giliran, berikut adalah 4 cara untuk mendapatkannya angka giliran SPM. Angka giliran SPM juga diperlukan untuk urusan pendaftaran semula peperiksaan (SPMU) dan permohonan salinan sijil.
Semakan Nombor Angka Giliran Sijil Pelajaran Malaysia
Semakan Angka Giliran SPM Bagi Calon Persendirian (SPMU)
Bagi mereka yang menduduki SPM sebagai calon persendirian, anda boleh menyemak angka giliran melalui portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia. Portal yang berkenaan ialah Semakan Status Pendaftaran Calon Persendirian SPM.
Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:
- Layari portal SPPAT
- Masukkan nombor kad pengenalan anda.
- Butiran pendaftaran termasuk angka giliran akan dipaparkan sekiranya pendaftaran anda berjaya. Satu perkara yang perlu diingat ialah semakan ini hanya boleh dibuat dalam tempoh pendaftaran yang ditetapkan sahaja.
Hubungi Sekolah Lama Anda (Calon Sekolah)
Bagi calon-calon yang menduduki SPM melalui sekolah, anda boleh menghubungi sekolah di mana anda mendaftar peperiksaan tersebut. Pihak sekolah lazimnya menyimpan rekod peperiksaan dan sedia membantu anda mendapatkan kembali angka giliran. Ikuti langkah-langkah berikut:
- Hubungi pejabat sekolah melalui panggilan telefon atau emel.
- Berikan butiran peribadi seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, dan tahun peperiksaan yang diduduki.
- Pohon bantuan daripada pihak sekolah untuk mendapatkan semula angka giliran anda atau meminta salinan slip peperiksaan.
Rujuk Slip Peperiksaan atau Sijil Asal
Angka giliran turut tertera pada slip peperiksaan SPM dan juga sijil SPM yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan. Sekiranya anda masih menyimpan dokumen-dokumen tersebut, anda hanya perlu merujuknya untuk mendapatkan angka giliran anda.
Permohonan Salinan Keputusan Melalui e-Lembaga Peperiksaan (e-LP)
Jika anda kehilangan slip peperiksaan atau sijil, anda boleh memohon salinan melalui portal e-Lembaga Peperiksaan atau e-LP. Ikuti langkah-langkah berikut:
- Daftar akaun baharu atau log masuk ke portal e-LP sedia ada.
- Klik pada menu “Salinan Keputusan”.
- Pilih jenis peperiksaan iaitu SPM dan tahun peperiksaan.
- Lengkapkan butiran yang diperlukan dan buat bayaran sebanyak RM30.
- Pilih kaedah penghantaran sama ada mengambil sendiri atau menerima melalui pos dengan tambahan RM10. Sekiranya anda terlupa angka giliran, anda boleh membiarkan ruangan tersebut kosong dalam borang permohonan.
Hubungi Lembaga Peperiksaan Malaysia Andai kesemua kaedah di atas tidak berjaya, anda boleh terus menghubungi pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia untuk mendapatkan bantuan lanjut. Berikut adalah maklumat perhubungan mereka:
- Alamat: Aras 2, Blok E11, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya, Malaysia
- Telefon: 03-8884 3785 / 03-8884 3787
- Emel: [email protected]
Apabila membuat pertanyaan, sila sediakan maklumat peribadi seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, dan tahun peperiksaan anda untuk memudahkan proses.