What's Hot

    Anda orang Perak atau menetap di negeri ini, tapi tak pernah tahu atau masih tercari-cari bagaimana cara nak semak no akaun bil air Perak atau Lembaga Air Perak (LAP)?

    Buat pengetahuan anda, LAP sudah bangunkan satu aplikasi yang memudahkan urusan penggunaan air, semakan bil, buat aduan atau apa-apa urusan berkaitan melalui apps MyLAPApps. Dah ada apps ini, lebih mudahlah anda nak pantau atau nak semak bil air anda. Nak buat bayaran bil pun mudah dengan MyLAPApps ini. Izinkan kami berkongsi.

    Untuk semak no akaun bil LAP ini mudah saja, anda hanya memerlukan bil air yang anda dapat dari pembaca meter. Bagaimanapun, untuk kediaman di Perak, bil air dikira untuk dua bulan sekali.

    Jadi kemungkinan untuk bil air hilang tinggi sebelum sempat nak buat pembayaran. Jangan bimbang, senang saja cara nak check no akaun anda semula.

    Caranya, anda boleh hubungi LAP di talian 1800-88-7788 atau 15353 selain boleh juga emel ke [email protected] untuk membuat semakan no akaun anda. Anda hanya perlu sertakan apa masalah (semakan no akaun) bersama nombor meter, alamat penuh dan nombor kad pengenalan pemilik akaun.

    Cara daftar aplikasi MyLAPApps

    Sekarang anda dah ada no akaun bil LAP, jadi anda dah boleh daftar akaun anda dalam aplikasi MyLAPApps.  Berikut langkah-langkah mendaftar dengan apps MyLAPApps.

    1. Muat turun aplikasi MyLAPApps di App Store atau Google Play
    2. Buka apps, klik butang Daftar
    3. Masukkan emel anda yang aktif
    4. Masukkan kata laluan, klik persetujuan terma dan syarat dan tekan Daftar.
    5. Selepas pendaftaran berjaya, semak emel dan klik pengesahan dalam emel.
    6. Tahniah, akaun anda sudah diaktifkan

    Jadi, selepas ini semakin mudahlah anda nak semak no akaun bil Lembaga Air Perak, semuanya hanya di hujung jari, di mana-mana saja anda berada.

    Cara bayar bil air LAP online

    Kalau sebelum ini anda dah muat turun apps MyLAPApps dan daftar akaun anda, dengan menggunakan maklumat pendaftaran yang sama anda juga boleh login MYLAPApps secara online.

    Maknanya, kalau anda tak mahu muat turun aplikasi LAP untuk buat semakan bil pun tak mengapa, boleh juga layari laman web https://mylapapps.lap.com.my/ untuk bayar bil atau membuat transaksi lain.

    Kami kongsikan cara bayar bil melalui MyLAPApps.

    1. Login akaun dengan masukkan emel dan kata laluan yang didaftarkan.
    2. Klik butang Akaun dan pilih Semakan.
    3. Masukkan no akaun bil anda
    4. Selepas nombor akaun dimasukkan, jumlah bil akan dipaparkan
    5. Klik pada butang Bayaran
    6. Pilih bank untuk buat pembayaran.
    7. Pembayaran selesai

    Cara bayar bil air LAP melalui JomPAY

    Kalau anda yang tiada masa nak buka aplikasi MyLAPApps, jangan bimbang sebab anda juga boleh bayar bil air melalui perbankan mudah alih di bank anda.

    Berikut kami kongsikan langkah-langkahnya:

    1. Login ke akaun bank anda.
    2. Klik pada Pay
    3. Klik pada JomPAY dan masukkan kod biller iaitu 4135
    4. Pada Ref-1, masukkan ni akaun bil air anda
    5. Pada Ref-2, masukkan nombor telefon bimbit anda
    6. Masukkan no TAC yang dihantar pada akaun anda.
    7. Pembayaran selesai.

    Mudah, bukan? Selain dua cara ini untuk buat pembayaran online, anda boleh buat bayaran menggunakan medium lain seperti melalui mesin ATM bank anda, kiosk secara tunai sahaja di Kaunter UTC Ipoh, melalui pos atau kaunter Lembaga Air Perak.

    Akhir kata

    Kami andaikan yang anda kini sudah tahu cara nak semak no akaun bil Lembaga Air Perak, cara daftar aplikasi MYLAPApps dan cara bayaran bil air anda. Semoga info yang kami ketengahkan ini memberi manfaat kepada anda.

    Selain bil air, anda juga boleh semak cara bayar bil Astro untuk pelanggan Astro. Semoga bermanfaat.

    Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

    Leave A Reply