Anda nak tahu cara share kredit Celcom, bukan? Tapi kurang memahami dengan caranya? Jadi, izinkan kami kongsikan panduan yang paling ringkas melalui SMS dan USSD.
Persediaan
Bagi menggunakan perkhidmatan kredit share:
- Anda mesti berada di Malaysia.
- Boleh share kredit dari akaun postpaid atau prepaid Celcom .
- Pastikan anda mempunyai baki kredit minima sebanyak RM2.
- Amaun kredit yang dipinda mempunyai tempoh sah kredit yang berlainan seperti di bawah:
- Tempoh sah kredit, 1 hari (RM1 – RM2).
- Tempoh sah kredit, 3 hari (RM3 – RM25)
- RM0.50 akan dikenakan bagi transaksi yang berjaya.
- RM0.20 akan dikenakan bagi yang minta (request) kredit untuk dipinda.
Cara share kredit Celcom
#1 Cara share kredit Celcom melalui SMS
Berikut merupakan cara share kredit Celcom melalui SMS. Sekiranya anda ingin tahu cara topup biasa bagi Celcom, sila baca cara masukkan topup Celcom.
Anda juga boleh baca cara tambah nilai online Celcom tapi pastikan ada akaun online banking terlebih dahulu.
Sekiranya anda perlukan bantuan kecemasan untuk topup, sila baca SOS topup celcom.
- Buka aplikasi Messages pada telefon anda.
- Kemudian, klik New Message (mesej baru).
- Taip RM diikuti amaun dan hantarkan ke 1 (nombor penerima). Caranya seperti berikut:
- Contohnya, masukkan RM 3 (pada ruang mesej baru).
- Pada ruang nombor penerima pula, letakkan 1 diikuti dengan 013xxxxxxx.
- Jadi, 1013xxxxxxx merupakan format tepat pada ruang nombor penerima.
- Selesai.
#2 Cara share kredit Celcom melalui USSD
Cara share kredit Celcom melalui USSD pula seperti di bawah.
- Buka aplikasi Phone pada telefon anda.
- Kemudian, dial *365*3#.
- Klik 1 untuk hantar kredit.
- Klik Send.
- Klik 1 untuk masukkan nombor. (enter a number)
- Klik Send.
- Masukkan amaun kredit dan nombor telefon telefon penerima seperti berikut:
- Contohnya, RM3 diikuti dengan nombor telefon penerima, 013xxxxxxx.
- 3 013xxxxxxx pada ruang yang diberikan.
- Klik Send.
- Kemudian, klik 1 untuk Proceed.
- Masukkan nama samaran (nickname) dengan 8 patah perkataan pada ruangan yang diberikan.
- Klik Send.
- Keluar satu menu kecil yang mengatakan nickname has been updated.(nama samaran anda telah dikemaskini)
- Selesai.
#3 Cara request topup Celcom melalui SMS
Setelah anda baca tentang cara share kredit Celcom melalui USSD dan SMS, terdapat pula cara request kredit Celcom melalui SMS. Penghantar bukan sahaja boleh share sahaja tapi juga boleh minta kredit. Berikut merupakan caranya.
- Buka aplikasi Messages pada telefon anda.
- Kemudian, klik New Message (mesej baru).
- Taip RQ diikuti RM amaun dan hantarkan ke (nombor telefon penerima). Caranya seperti berikut:
- Contohnya, taip RQ RM 3 (pada ruang mesej baru).
- Pada ruang nombor penerima pula, letakkan nombor penerima sahaja, 013xxxxxxx.
- Selesai.
#4 Cara transfer kredit Celcom ke negara lain di Asia
Antara negara yang diberi peluang untuk share kredit seperti Bangladesh, India, Indonesia, Pakistan, Philippines, Thailand, Vietnam, China, Sri Lanka, Nepal, Cambodia dan Myanmar. Anda boleh baca share kredit luar negara bagi mengetahui kod negara yang digunakan oleh negara berikut. Caranya bagaimana?
- Pertama sekali, anda perlu ada minimum RM10 dan akaun aktif bagi melakukan transaksi tersebut.
- Kalau USSD, caranya seperti berikut:
- Bukakan aplikasi Phone pada telefon anda.
- Kemudian, dial *162#.
- Pilih negara yang ingin anda share kredit.
- Klik Send.
- Masukkan kod negara berserta nombor penerima.
- Klik Send.
- Pilih amaun (RM) yang ingin transfer.
- Klik Send.
- Tekan 1 untuk confirm.
- Klik Send.
- Ada satu pop-up yang akan menyatakan bahawa transaksi anda diterima dan penghantar akan menerima SMS tentang status transaksi tersebut.
- Klik Ok.
- Selesai.
Akhir kalam
Diharapkan agar perkongsian seperti di atas dapat memudahkan lagi urusan anda.
Sekiranya anda pengguna Digi atau Maxis tapi tidak tahu cara share kredit, sila baca cara share kredit Digi dan cara share kredit Maxis.
Semoga bermanfaat.
4 Comments
Macam mana nak ambil kredit tu.. Saya dah buat pemindahan ke telefon lain.. Sudah masuk mesej tapi kredit tu tak masuk dalam balance kredit.. Masuk ke balance lain.. Mcm mana tu
Share topup 20 ringgit digi
Bagaimane cara untuk meminta kredit dari maxis..seperti celcom minta dari maxis.
Share kredit celcom RM7