Ada banyak situasi yang kita boleh guna untuk transfer kredit. Contohnya, kita boleh kongsi kredit dengan keluarga kita, iaitu pengguna Maxis juga yang sudah tak ada duit untuk buat panggilan. Kelebihannya di sini, tak perlu beli topup semata-mata untuk buat panggilan. Boleh share kredit sahaja. Persoalannya, macam mana cara share kredit Maxis ke Maxis?
Sebelum itu, sila ambil maklum bahawa panduan ini hanya untuk pengguna Maxis Hotlink pelan prepaid, bukan postpaid.
Izinkan kami berkongsi.
Cara share kredit Maxis ke Maxis
Dalam bahasa mudah, kita panggil share kredit sahaja. Walau bagaimanapun, di laman web Maxis ia dipanggil:
Maxis Hotlink Share-A-Top-Up
Ini adalah fungsi untuk share kredit Maxis dengan kawan atau keluarga. Anda adalah seorang pemberi.
#1 Cara share kredit Maxis guna app Hotlink RED
- Anda perlu download dulu aplikasi Hotlink RED
- Jika guna iPhone, sila download dari App Store
- Jika guna Android, sila download dari Google Play Store
- Klik ‘Tambah nilai’ untuk tambah kredit jika tidak mencukupi
- Pilih ‘Share-A-Top-Up’.
- Masukkan nombor telefon penerima, iaitu orang yang kita mahu share kredit tersebut
- Pilih jumlah yang dikehendaki dan tekan ‘SEND ‘.
- Anda akan menerima SMS pengesahan setelah permintaan anda berjaya.
#2 Cara transfer kredit Maxis dengan SMS
- Tulis satu mesej SMS
- Taip SHARE.
- Masukkan nombor telefon penerima dan jumlah yang ingin dikongsi.
- Kemudian hantar mesej anda ke 22121.
- Sila pastikan anda berkongsi jumlah yang tepat dan menghantar kepada penerima yang betul.
- Kemudian jawab YES.
- Setelah perkongsian berjaya, anda akan menerima SMS pengesahan daripada Hotlink.
- Setelah perkongsian berjaya, rakan anda juga akan menerima SMS pengesahan daripada Hotlink
#3 Cara kongsi topup Maxis dengan SMS interaktif
UMB ialah kependekan untuk USSD Mobile Browser. Dalam bahasa yang mudah faham, ia adalah SMS interaktif yang kita boleh pilih.
- Untuk guna fungsi ini, anda perlu dail *100*4*2#
- SMS interaktif akan keluar
- Masukkan nombor telefon yang anda ingin ‘SHARE’ kredit bersama
- Tidak perlu letak dash atau space
- Contohnya 0123333222
- Masukkan jumlah yang anda ingin KONGSI (RM1-RM100)
- Tidak perlu masukkan RM
- Contohnya 20
- Sila pastikan anda memindahkan jumlah yang tepat dan menghantar kepada nombor penerima yang betul.
- Kemudian jawab 1.
- Setelah pemindahan berjaya, anda akan menerima SMS pengesahan daripada Hotlink
Cara minta kredit dari pengguna Maxis lain
Dalam bahasa mudah, kita panggil minta kredit sahaja. Walau bagaimanapun, di laman web Maxis ia dipanggil:
Maxis Hotlink Ask-A-Top-Up
Ini adalah fungsi untuk terima atau transfer kredit Maxis dari kawan atau keluarga. Anda adalah seorang penerima.
Apabila anda menerima top-up dengan perkhidmatan ini, tempoh aktif anda juga akan dilanjutkan.
#1 Cara minta kredit Maxis guna app Hotlink RED
- Anda perlu download dulu aplikasi Hotlink RED
- Jika guna iPhone, sila download dari App Store
- Jika guna Android, sila download dari Google Play Store
- Klik ‘Tambah nilai’ untuk menambah kredit jika perlu
- Pilih ‘Ask-A-Top-Up’.
- Masukkan nombor telefon penerima. Pilih jumlah dan tekan ‘SEND’.
- Anda akan menerima SMS pengesahan setelah permintaan anda berjaya.
#2 Cara minta kredit Maxis dengan SMS interaktif
UMB ialah kependekan untuk USSD Mobile Browser. Dalam bahasa yang mudah faham, ia adalah SMS interaktif yang kita boleh pilih.
- Untuk guna fungsi ini, anda perlu dail *100*4*3#
- SMS interaktif akan keluar
- Masukkan nombor telefon yang anda ingin ‘ASK’ kredit bersama
- Tidak perlu letak dash atau space
- Contohnya 0123333444
- Masukkan jumlah yang anda ingin ASK (RM1-RM100)
- Tidak perlu masukkan RM
- Contohnya 20
- Sila pastikan anda memindahkan jumlah yang tepat dan menghantar kepada penerima yang betul.
- Kemudian jawab 1.
- Setelah pemindahan berjaya, anda akan menerima SMS pengesahan daripada Hotlink.
Syarat share kredit yang perlu dipatuhi
- Hanya pelanggan Maxis Hotlink yang aktif sahaja boleh menggunakan perkhidmatan ini
- Aktif di sini bermaksud nombor itu masih aktif dalam masa 30 hari
- Pastikan anda mempunyai baki sebanyak RM1 atau lebih untuk terima kredit
- Had transfer dalam masa sehari ialah 100 kali sahaja
- Nilai minimum untuk share kredit ialah RM1
- Had nilai maksimum untuk terima kredit ialah RM500 sahaja
- Had nilai maksimum bulanan pula ialah RM1000
Pengguna telekomunikasi lain
Sekiranya anda adalah pengguna telekomunikasi yang lain seperti Celcom atau Digi; dan tidak tahu cara share kredit, sila rujuk panduan berikut:
- Celcom: Cara share kredit Celcom
- Digi: Cara share kredit Digi.
- U-Mobile: Cara share kredit U Mobile
Akhir kalam
Diharapkan agar perkongsian cara share kredit Maxis ke Maxis ini dapat membantu anda yang dalam kecemasan.
Untuk makluman, dengan menggunakan perkhidmatan ini, tidak ada cara untuk transfer kredit Maxis ke penyedia lain seperti Celcom, Digi, U Mobile dan lain-lain. Perkhidmatan share kredit ini hanya untuk Maxis ke Maxis sahaja.
Untuk semak kelajuan Internet anda pula, boleh cuba guna TM Speedtest.
Seperkara lagi, jika anda tidak puas hati dengan Maxis Fibre, boleh rujuk cara terminate Maxis Fibre.
Semoga bermanfaat.
13 Comments
Boleh tak kalau kita nak share kredit dari telco lain ke telco lain contohnya umobile ke maxis?
Sya x dpt mesej pengesahan tpi kredit saya dipotong..mcm mna nak cek?
kalau maxis prepaid ke maxis postpaid bole tak??
Bagai mana nak batal kan credit share yg Salah hantar
Macam mana nak batalkan kredit share yang salah hantar ke nombor orang lain?
Bagaimana cara share top up maxis ke u mobile
Terimakasih
Macam mana nak share topup Maxis ke Celcom ye
bagaimanakah tranfer kredit maxis prepaid ke akaun bank
macam mana nk dapatkan balik share topup yang tersalah hantar ke nombor yang salah
Tlong bagi saya harga 8 ringgit ja kredit mexis
cara nk share kredit dari maxis postpaid98
Mantap bang tutorial nya sangat membantu dan bermanfaat
Help me share toup masix ke nombor